Singgah makan di Restoran Muhamad Loh, bertam Kepala Batas


Restoran Muhamad Loh
Restoran Muhamad Loh
Restoran Muhamad Loh ni terletak di Bertam, Kepala Batas Pulau Pinang. Makanan di sini makanan berkonsepkan masakan cina tapi halal la sebab di masuk oleh orang Islam. Aku dah pernah datang makan dalam 2-3 kali sini dan pernah juga buat posting pasal restoran Muhamad Loh ni dalam blog aku ni. Boleh tengok balik posting aku tu DISINI.

Kali ni aku datang makan terikat sikit la dengan SOP covid19. Asal ikut SOP, boleh je nak makan di restoran.

Tapi kali ni aku tak makan mewah sangat la. Sebab yang nak makan aku dengan wife aku jer. Anak-anak dah settle makan MacD. Jadi aku just order ayam telur masin dan ayam kam heong dan makan dengan nasi putih. Itu pun menyelerakan di tambah pula dengan perut yang betul-betul lapar, jadi apa lagi, kita bedal je la sampai lincin..hahaha

ayam telur masin
ayam telur masin

ayam telur masin
ayam telur masin
layannnnnnnnn... sedap pun sedap gak tu...
Yang nak makan maskan cina muhamad loh ni, boleh datang ke Restoran Muhamad Loh di Bertam, Kepala Batas. Gps koordinat dan google map seperti dibawah.
GPS koordinat : 5°31'02.2"N 100°27'03.5"E atau 5.517268, 100.450983

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...