10 KHASIAT HALIA YG PERLU ANDA TAHU

1.mengurangkan keradangan
Halia mengandungi sebahagian daripada analgesik yag kuat atau d kenali sebagai ubat penahan sakit dan bersifat sebagai pencegah keradangan yang mana berkesan dalam mengurangkan sakit dan bengkak bagi pesakit penghidap osteoarthritis dan rheumatoid arthritis.

2.Melegakan loya
Sebatian aktif dalam halia bertindak sebagai ubat yang berkesan untuk melegakan loya yang berkait dengan mabuk. Dengan mengambil 1 gram halia setiap hari ia dapat membantu mengurangkan loya bagi wanita mengandung yang sering mengalami alahan ‘morning sickness’.
3.Mengurangkan kesakitan haid
Mengambil halia pada awal tempoh haid boleh mengurangkan gejala sakit haid tatkala datang bulan, atau dysmenorrhea dalam kalangan wanita. Teh halia juga sering digunakan dalam rawatan sakit haid.

4.Merendahkan paras kolestrol
Menurut ramai pengkaji, halia membantu dalam merendahkan paras ‘Low Density Lipoproteins’ atau kolestrol buruk, yang dikenali sebagai peningkat risiko bagi kadar sakit jantung. Bagi mendapatkan hasil yang terbaik tambahkan halia dalam diet seharian.

5.Menguatkan imuniti
Halia membantu dalam memperbaiki imuniti dalam badan. Dengan pengambilan hirisan kecil halia sehari, dapat membantu dalam mengurangkan risiko penyakit strok dengan menghapuskan lemak yang terkumpul di dalam saluran arteri.

6.Membantu penghadaman
Pengambilan halia menggalakkan pundi hempedu merembeskan cecair coklat kekuningan atau dikenali sebagai ‘bile’, yang meransang penghadaman. Halia juga mampu melegakan kejang perut, diarrhea dan kembung yang disebabkan oleh gastritis. Kita boleh mengambil halia dalam bentuk teh atau makanan tambahan untuk membantu penghadaman.

7.Mengurangkan berat badan
Halia mampu bertindak sebagai agen pembakar lemak bagi menghapuskan lemak tepu di dalam badan. Ia juga membantu dalam proses penghadaman dan meningkatkan kadar metabolisme di dalam badan.

8.Mencegah pertumbuhan sel kanser
Hadirnya satu kompaun di dalam halia yang dikenali sebagai 6-gingerol menjadi agen pencegah sel kanser. Terutamanya dalam rawatan kanser payudara dan juga kanser ovari.

9.Dapat melegakan batuk dan sakit tekak
Potongkan sedikit halia segar menjadi kepingan kecil dan masukkan ke dalam air yang mendidih selama 3-5 minit. Biarkan ia terendam seketika kemudian campurkan madu secukup rasa dan minum ketika air dalam keadaan hangat atau suam bagi melegakan sakit tekak.

10.Mengurangkan sakit kepala
Kunyah sedikit halia mentah atau rebus halia di dalam air kemudian hidu wap yang terhasil. Selain itu, kaedah penggunaan serbuk halia kering yang dicampurkan dengan sedikit air dan sapukan didahi dapat membantu mengurangkan sakit kepala.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...