RESEPI RENDANG LANDAK

RENDANG LANDAK
RENDANG LANDAK

Bahan-Bahan:
  • 1/2 kilo daging landak
  • 3 ulas Bawang merah**
  • 2 ulas Bawang putih**
  • 1/2 inchi halia**
  • 1/2 inchi lengkuas**
  • 1 peket rempah rendang
  • Kerisik
  • 1 kotak santan
  • 3 sudu makan cili kisar**
  • Daun kunyit
  • Minyak Masak
  • Limau nipis/ sambal
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa
Cara Memasak:
  • Cuci daging landak dengan limau nipis jika takde limau nipis boleh cuci dengan asam jawa bagi menghilangkan hanyir daging. 
  • Kemudian kisarkan bahan-bahan yang bertanda **, 
  • panaskan minyak masuk kan bahan-bahan yang dikisar tadi kedalam kuali goreng sehingga garing & naik bau. 
  • Campurkan rempah rendang dengan sedikit air sehingga menjadi paste kemudian masuk kan kedalam kuali dan goreng lagi sehingga betul-betul garing. 
  • Setelah rempah garing masuk kan daging landak dan gaul kan sebati masuk kan air & biarkan sehingga daging landak empuk. 
  • Bila daging dah empuk masuk kan santan, & kerisik tunggu sehingga mendidih masuk kan bahan-bahan perasa mengikut citarasa. 
  • Biarkan kuah sedikit pekat masuk kan daun kunyit dah gaul sebati.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...