Melawat Zoo Taiping, Perak

 Zoo Taiping ni dah banyak kali aku pergi dan dah pernah sekali aku tulis dalam blog aku ni. Boleh refer posting yang lepas tu kat SINI. Masa tu tahun 2018. Kali ni aku datang lagi. Tapi kali ni datang waktu pendemik covid-19. Bezanya kena jaga SOP la. Tapi seronok la jalan-jalan bawa anak-anak tengok binatang dalam zoo ni.

Banyak juga binatang dalam zoo Taiping ni. Kawasan pun luas gak. Aku cadangkan bila korang masuk je zoo Taiping ni, naik terus train tour.. Train ni akan bawa korang pusing satu zoo. Lepas tu baru la korang plan untuk jalan kaki tour zoo. At least kalau tak larat nak jalan, korang dah habis pusing dengan train. Naik train ni free je. Tak macam zoo lain, train kena bayar asing, tak termasuk dalam tiket.

Gambar kat bawah ni antara binatang yang aku sempat snap yang ada di Zoo Taiping ni...

zirafah
zirafah

badak sumbu
badak sumbu

buaya tembaga
buaya tembaga

singa
singa
Best Zoo Taiping ni. Boleh la bawa anak jalan-jalan. Lokasi Zoo Taiping ni adalah seperti berikut:

GPS koordinat: 4°51'18.0"N 100°45'03.7"E atau 4.854995, 100.751031

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...