BUTTERED PRAWNS

BUTTERED PRAWNS
BUTTERED PRAWNS

Bahan-bahan:
  • 10 ekor udang saiz besar - diperap dengan sedikit lada hitam, sos tiram, jus lemon dan kicap manis dan digoreng hingga masak.
  • 1 biji telur gred A - dipukul sedikit
  • 2 ulas bawang putih - dicincang
  • 2cm halia - dicincang
  • Sesenduk mentega - boleh adjust sendiri
  • 1-2 sudu makan kelapa parut
  • 1-2 tangkai daun kari
  • 2 sb susu cair
  • 1 sudu makan gula
  • 5-6 biji cili padi - dihiris
Cara:
1. Cairkan mentega di dalam kuali leper.
2. Tumis bawang dan halia hingga perang.
3. Masukkan daun kari dan cili padi. Kacau lagi.
4. Masukkan kelapa parut dan gula. Kacau lagi hingga naik bau.
5. Tuangkan telur yg sudah dipukul tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau secara memutar.
6. Masukkan susu cair dan kacau lagi. Tapiskan sebelum digaulkan bersama udang. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...