Makan nasi kandar di Restoran Nasi Kandar Yasmeen, Kulim Kedah

Restoran Nasi Kandar Yasmeen
Restoran Nasi Kandar Yasmeen

beratur nak ambil nasi kandar
beratur nak ambil nasi kandar
Restoran Nasi Kandar Yasmeen ni terletak di Kota Kenari, Kulim Kedah. Orang Kulim yang tak pernah makan nasi kandar Yasmeen ni, rogiiiii oiiii.... Nasi kandar diorang ni pun sempoi gak. Kari-kari yang pekat likat melekat kalau makan pakai tangan bau kari masih lekat di tangan walaupun dah basuh..hahahah. Selain nasi kandar, diorang ada juga menu-menu lain yang standard menu kedai mamak la.. Tapi untuk kali ni aku memang dah berhajat nak makan nasi kandar, jadi aku fokus ja pada nasi kandar.
ayam goreng mamak
ayam goreng mamak

Pelbagai lauk untuk dipilih
Pelbagai lauk untuk dipilih
Satu ja spoi sikit restoran ni.....pinggan diorang ni kecil, tak puas nak makan.. minta pakai pinggan besar sikit. Puas sikit pelanggan nak makan.
nasi kandar kuah campur
nasi kandar kuah campur

nasi kandar kuah campur
nasi kandar kuah campur
Kepada yang mencari Restoran Nasi Kandar Yasmeen ni, boleh cari cari di Kulim. Korang juga oleh rujuk google map dan gps koordinat seperti di bawah.

GPS koordinat : 5°22'24.3"N 100°34'06.4"E atau 5.373429, 100.568435

No comments:

Post a Comment