Resepi Semperit Red Velvet

 

Semperit Red velvet


Bahan-bahan:
  • 250g butter/ marjerin
  • 4 cawan tepung jagung 
  • 2sudu tepung kastard 
  • 2sudu pewarna merah 
  • 1sudu teh cuka makan 
  • 1sudu serbuk koko 
  • 1cwn susu pekat

Cara-cara:
  • Whisk butter / marjerin kacau sebati bersama susu, pewarna merah & cuka makan. 
  • Kemudian masukkan tepung jagung , tepung kastard & serbuk koko.
  • gunakan senduk @ hujung jari semasa membuat adunan..
  • apabila adunan sebati, bolehla mulakan menekan doh ke dalam acuan sehingga habis.
  • Bakar suhu 160°C 20minit..Ikut oven masing-masing 

*Sukatan cawan mungkin tak sama..
jadi jika adunan lembut sangat , tambahkan tepung jagung sedikit sehingga tak melekat di tangan..
Agak-agak sesuai tekan di acuan.
Selamat Mencuba


No comments:

Post a Comment