Restoran Kak Cik Ikan Bakar, Kepala Batas Pulau Pinang

 Restoran Kak Cik Ikan Bakar ni terletak di Kepala Batas, Pulau Pinang, bersebelahan dengan Jalan Butterworth. Jalan Butterworth ni, kalau straight ke arah utara, korang akan sampai ke Sungai Petani (ikut jalan dalam(bukan highway)). Alamat Restoran ni adalah No 1, Lorong Aman Putera 1, Taman Aman Putera, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang

Restoran Kak Cik Ikan Bakar, Kepala Batas Pulau Pinang
Restoran Kak Cik Ikan Bakar, Kepala Batas Pulau Pinang
Ramai juga yang datang unuk makan tengahari di Kak Cik Ikan Bakar ni. Masa aku datang ni, walaupun dah pukul 2 lebih, tapi masih ada ramai lagi yang datang. Walaupun restoran ni service makan tengahari hingga pukul 4 petang, tapi kebanyak lauk/masakan dah habis or dah nak abis. Jadi aku layan je la apa yang ada......
antara lauk-lauk, lambat datang dah habissss
antara lauk-lauk, lambat datang dah habissss
Ikan bakar pun masa aku datang ni dah habissss.....jadi takde la nak ambil gambar ikan bakar...lain kali kita mai awai sikit. Kari kat sini pun padu gak la.. sesuai dengan selera aku..layaaaaannn...                                 

hasil dapatan makan tengahari aku (nampak sama tapi tak serupa)

Sebenarnya banyak juga pilihan lauk pauk yang ada di kak cik ikan bakar ni. Korang kena datang awal la sikit. Antara menu masakan yang ada di sini, korang boleh tengok dalam senarai menu kat bawah ni.
senarai menu restoran Kak Cik Ikan Bakar
senarai menu restoran Kak Cik Ikan Bakar
Kepada yang nak datang ke Restoran Kak Cik Ikan Bakar ni, aku sertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan korang.
GPS koordinat : 5°31'01.8"N 100°25'27.4"E atau 5.517156, 100.424264

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...