RESEPI CRONUT PIE

Resepi gabungan daripada croissant dan juga donut, memang sedap.

BAHAN-BAHAN

BAHAN A (KULIT PUFF)
1 pek kecil kulit puff pastry jenama Kawan

BAHAN B (INTI)
1 biji epal merah
1 sdb gula
1 sdb butter
1/4 sdk cinnamon powder
1/2 sdb jus lemon atau limau nipis

CARA PENYEDIAAN
Buat inti dahulu. Potong dadu epal dan masukkan di dalam periuk bersama gula dan mentega. Apabila dah nak tutup api, masukkan jus lemon dan serbuk kayu manis.
Tutup inti dengan plastik wrap dan sejukkan di dalam peti sejuk sekejap.
Gunakan cetak donut yang kecil, kalau nak guna besar pun boleh dan untuk base, gunakan semua bulatan termasuk yang tengah-tengah untuk tutup bahagian atas, ambil yang berbentuk donut sahaja. Tak perlu bulatkan tengah-tengah.
Bakarkan dalam ketuhar dengan suhu 160 darjah  selama 25-30 minit mengikut tahap kepanasan ketuhar masing-masing.
Letakkan sama ada Biscoff spread , Nutella atau karamel di atasnya supaya lebih sedap.

No comments:

Post a Comment