Resepi Lemang Tradisional Sedap Asli

 

lemang
lemang

  • Lemang dimasak menggunakan ruas buluh dan isi beras pulut dilapik menggunakan daun pisang. 
  • Untuk memasak lemang, basuh beras pulut dan kemudian toskan.
  • Dalam ruas buluh lemang, lapikkan bahagian dalam buluh dengan gulungan daun pisang.
  • Setelah itu, masukkan beras pulut yang telah ditos dengan sempurna sehingga hampir penuh ruas buluh.
  • Tinggalkan ruang dalam dua inci, jangan terlalu penuh. 
  • Kemudian, masukkan santan yang telah digaul dengan garam secukup rasa.
  • Masukkan santan itu sehingga ke paras atas.
  • Ruas buluh yang telah dimasukkan bahan-bahan tadi kemudian diletakkan separa condong ke arah, ia mestilah dimasak dengan api yang sederhana kuat.
  • Bagi memastikan lemang dimasak dengan betul, sekata dan tidak berkerak, buluh lemang perlu dipusing-pusingkan atau dibalik-balikan setiap 15 minit.
  • Dalam 5 minit pertama, saya nasihatkan anda lihat lemang anda, jika nampak seolah agak kering, tuangkan sedikit santan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...