1

2

3

4

Showing posts with label kuih raya. Show all posts
Showing posts with label kuih raya. Show all posts

RESEPI BISKUT CORNFLAKES

 

BISKUT CORNFLAKES
biskut cornflakes

Bahan-Bahan:
  • 1 cawan gula halus (kurangkan kalau tak nak manis sangat)
  • 1 1/2 cawan planta/butter
  • 1 cawan kismis (potong kecil)
  • 2 biji kuning telur
  • 2 1/2 cwn tepung gandum
  • 2 cawan cornflake (ramas kasar)
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu teh vanilla
  • 1 susu teh baking pwder
  • Extra conflakes untuk celup
Cara-cara:
  • Pukul margerin & gula hingga sebati masukkn telur, esen dan susu pekat manis, gaul sebati dan masukkan smua bahan-bahan lain. Gaul hingga rata.
  • Sudukan dan celup dalam cornflakes yg diramas. Letak atas dulang dan bakar Pada suhu 150'c selama lebih kurang 25 minit bergantung pd oven masing-masing.
  • Bakar sehingga biskut dah rupa golden brown.Tunggu sejuk dan bolehlah disimpan dlm bekas kedap udara.
Nota:
Selain kismis, boleh letak chocolate chips, almond cincang. Nak campur pun boleh.
adunan memang lembik, jangan tambah tepung, nanti dah masak dalam gebu macam kek tapi rangup diluar.

Resepi Nutella Pod Cookies

Nutella Pod Cookies
Nutella Pod Cookies 

Bahan-bahan:
  • 380g tepung gandum
  • 1 tsp soda bikarbonat
  • 1/2 tsp baking powder
  • 50g serbuk hazelnut
  • 250g mentega
  • 220g gula pasir halus
  • 1 biji telur gred A
  • 1 tsp esen vanilla
  • Acuan muffin kecil - di gris
  • 1 botol nutella
Cara-cara:
  • Ayak tepung, soda bikarbonat & baking powder. Satukan dengan serbuk hazelnut.
  • pukul mentega & gula hingga kembang dan gebu. Masukkan telur & esen vanilla. Putar rata.
  • masukkan tepung dan uli menjadi doh yang lembut. Rehatkan selama 15 minit.
  • bulatkan doh 25g, tekan ke dalam acuan.
  • bakar suhu 170 darjah selama 10-15 minit.
  • keluarkan dari oven, kemudian tekan menggunakan penekan kayu untuk membuat lubang di tengahnya. Buat ketika biskut masih panas, jangan tunggu sehingga biskut sejuk kerana ia akan retak dan susah di tekan.
  • bakar semuka selama 5 minit.
  • sejukkan dahulu sebelum di paipkan nutella di tengahnya. Hias ikut suka
Kredit resepi: Hanalicious

Resepi Almond London Crunchy

Almond London Crunchy
Almond London Crunchy 

Bahan-bahan:
  • 250gm butter cup
  • 1 cawan gula icing 
  • (Pukul sampai kembang)
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 cawan tepung kastard
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan susu tepung
Cara-cara:
  • Masukkan dalam bahan yang dipukul,lepastu  uli sampai x melekat dekat tangan. Adunan jangan terlalu keras nanti susah nak bentuk dengan badam. Kalau adunan keras tambah butter/majerin.kalau adunan lembik tambah tepung gandum.
  • Biji badam secukupnya (bakar dahulu)
  • Coklet masakan (double boil)
  • Badam cincang untuk hiasan (bakar dahulu)

kredit: roslina

RESEPI REMPEYEK

REMPEYEK
REMPEYEK

Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung beras
  • 100 gm kacang tanah
  • Sesudu teh jintan putih
  • Sesudu teh jintan manis
  • Sesudu teh ketumbar
  • 2 cawan santan
  • Sesudu teh kapur makan
  • 2 sudu teh gula
  • Sesudu teh garam
  • 60 gm ikan bilis
  • Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
Bersihkan dan toskan kacang tanah. Bancuh tepung beras bersama-sama bahan lain. Panaskan minyak atas api yang sederhana besar. Dengan menggunakan acuan tuangkan adunan tadi ke atasnya dan taburkan beberapa biji kacang tanah dan ikan bilis. Apabila agak keperangan, angkat dan toskan tempeyek tadi.

Resepi Biskut Mazola/Biskut Kacang Tanah

Biskut Mazola/Biskut Kacang Tanah
Biskut Mazola/Biskut Kacang Tanah

Bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan peanut butter
  • 3/4 cawan gula castor
  • Secubit garam
Cara-cara:
  • 1/4 cawan minyak mazola atau secukupnya hingga jadi doh yg lembut.
  • Gaul tepung, peanut butter, garam dan gula. Last masukkan minyak, uli hingga jadi doh yg lembut. Kalau doh lembik tambah sikit-sikit tepung gandum.
  • Sebiji Kuning telur, pewarna kuning dan bijan hitam secukupnya.
  • Bakar 170degree 20 minit.

RESEPI TART RAGA

 

TART RAGA
TART RAGA

BAHAN A :
  • 170g butter 
  • 70g gula icing 
  • 1biji telur 

BAHAN B 
  • 300g tepung gandum
  • 30g tepung susu 
  • 25g tepung beras
  • 25g tepung jagung
  • 25g nestum (kisar halus)

CARA-CARA :

  • Satukan kesemua BAHAN A. Kemudian kacau menggunakan whisk sehingga sebati. 
  • Masukkan pula BAHAN B dan uli sehingga adunan menjadi doh. 
  • Masukkan doh ke dalam acuan shell tart. Tekankan dengan jari sehingga cantik dan kemaskan lebihan. 
  • Panaskan oven terlebih dahulu. Bakar pada suhu 150c selama 15minit sehingga separuh masak. 
  • Keluarkan shell tart dari oven. Kemudian letakkan jem nenas yang telah dibulatkan di tengah2 lubang shell tart. 
  • Bakar semula selama 10minit sampai masak. Bergantung pada oven masing-masing.

Resepi butter cookies pandan gula melaka

 

butter cookies pandan gula melaka
butter cookies pandan gula melaka

Bahan-bahan :
  • 120 gram buttercup @ pure butter, (pastikan butter pada suhu bilik supaya bunga yang kita tekan tidak mengembang).
  • 140 gran tepung superfine @ gandum,
  • 35 gram brown sugar,
  • 1 sudu kelapa kering,
  • 1 sudu kecil paste pandan,
  • 1 sudu kecil pewarna hijau epal,
  • Secubit garam,
  • ¾ sudu teh baking powder,
  • 1 biji telur,
  • Nozel guna 864.
Cara-cara :
  • Mula-mula pukul butter dan gula sebati.
  • Masukkan paste pandan dan pewarna. Kacau sebati.
  • Masukan tepung dan satu sudu kelapa kering putih. Kacau sebati.
  • Masukkan dalam paiping beg guna nozel dan tekan. Supaya jadi elok, buat bulat satu pusingan saja kemudian stop dan tekan doh. Jangan tekan terlalu besar, kerana bila bakar adunan akan kembang sedikit.
  • Akhir sekali letak gula melaka sagat dan kelapa parut hawai (kedai bakery) sebagai hiasan.
  • Bakar pada suhu 180°C selama 15-20 minit.

Resepi Nutella Swiss Cookies

 

Nutella Swiss Cookies
Nutella Swiss Cookies

Bahan-bahan:
  • Butter seketul
  • Gula castor 1 cawan
  • Esen vanilla sikit
  • Tepung gandum 1 cawan 1/2
  • Tepung jagung 1 cawan
  • Chocolate rice 3 sudu
  • Nutella
  • Badam cincang
Cara-cara:
Butter,gula castor dengan esen vanilla pukul manja pakai senduk kayu.. dah sebati masukkan tepung gandum dengan tepung jagung..uli sampai jadi doh  tak lekat kat tangan..masukkan chocolate rice.. gaul rata.. acukan kemudian letak nutella dan tabur badam cincang.. bakar 160' selama 20 minit.. ikut la oven masing-masing

Resepi biskut cadbury

Biskut Cadbury
Biskut Cadbury

Bahan A
  • 180gm butter
  • 80gm shortening
  • 90gm gula icing
  • 1biji kuning telur
  • 1 sd esen vanilla
  • 70gm cream cheese
Bahan B
  • 400gm tepung gandum
  • 50gm tepung jagung
  • Cadbury secukupnya
Cara-cara;
  • Pukul bahan A,4 minit
  • Masukkan bahan B,
  • Rehatkan 15 minit dalam peti ais..
  • Terap ikut size yang di sukai..
  • Masak dalam oven,
  • Setelah masak biarkan sejuk sebentar..
  • Sapu putih telur atas biskut sebelum meletakkan coklat Cadbury.
  • Bakar 10-15minit,suhu 20°c,api atas sahaja

Resepi biskut cornflakes raya

biskut cornflakes raya
biskut cornflakes raya

Bahan-Bahan:
  • Cornflakes 1 kotak
  • 1/4 cawan madu
  • 1/4 cawan mentega
  • 1 1/2 sudu besar gula kastor
  • ceri atau mixed fruit
  • hirisan badam
  • paper cup, secukupnya
Cara Penyediaan:
  • Cairkan mentega di dalam periuk atas api yang kecil kemudian masukkan madu dan gula, kacau sebati.
  • Dalam mangkuk, ramas kasar cornflakes supaya senang dimasukkan ke dalam acuan kuih. (tak ramas pun xpe)
  • Tuangkan campuran butter yang dicairkan ke dalam mangkuk cornflakes, kacau sehingga conflakes disaluti dengan sempurna.
  • Sudukan ke dalam paper cup, hiaskan dengan ceri, mixed fruit dan hirisan badam
  • Bakar selama 10-15 minit, dalam suhu 150 darjah celcius. 
(jangan sampai hangus sudah) 

Resepi Choc Chip Cookies

Choc Chip Cookies
Choc Chip Cookies

BAHAN A

  • 1 cawan butter
  • 1 cawan gula perang
  • 1 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 sdb susu cair/susu segar
  • (guna susu full cream(pun boleh) 2 sdb)
  • 1 biji telur
  • 1 sdk esen vanilla
  • Secubit garam

BAHAN B

  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 sdk cream of tartar
  • 1 sdk baking powder
  • 1 sdk berkarbonat soda
  • 2 cawan choc chip
  • (boleh juga guna 1 cawan choc chip + 1 cawan choc rice)
  • 1 cawan kekacang tak kira jenis apa pun

Cara-cara:

  • Pukul bahan A hingga sebati, jangan pukul lama (dalam 1 minit sahaja).
  • Masukkan bahan B gaul sebati guna senduk sahaja.
  • Akhir sekali masukkan choc chip dan kacang.
  • Adunan agak lembik, jarakkan sedikit semasa susun adunan. Bakar suhu 170c 20 minit

Resepi Biskut Tart Nenas

Biskut Tart Nenas
Biskut Tart Nenas 

Bahan-bahan :-

  • 250gm butter twin cow 
  • sedikit esen vanila
  • 1 biji putih telur
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • tepung gandum x kisah brand apa pun
  • 2 sudu besar tepung beras
Untuk sapu bahagian atas
  • 1 biji kuning telur

Paste nenas boleh beli di kedai bakery

Cara-cara :-

  • campurkan butter twin cow, esen vanila, susu pekat manis, putih telur, dan pukul / whisk kan sampai sebati 
  • masukkan tepung beras dalam adunan tadi, dan tuangkan tepung gandum sikit2 sambil uli hingga menjadi doh yang x melekat di tgn. 
  • Dah siap..  Boleh terap dengan acuan.
  • sukatan tepung gandum kena agak-agak sendiri sambil tuang sambil uli
Bakar suhu 180 masa 25min..  
(Mengikut suhu oven masing2 ye)

Biskut Tart Nenas Bunga

 

Biskut Tart Nenas Bunga
Biskut Tart Nenas Bunga

Bahan A

  • 125gm mentega
  • 80gm gula kaster
  • 1 biji kuning telur
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla

Bahan B(di ayak)

  • 200gm tepung gandum
  • 20gm tepung jagung
  • Jem nenas secukupnya - gentel bulat

Cara-cara :

1. Pukul bahan A hingga berkrim, Masukkan bahan B dan uli menjadi doh yang lembut.
2. Canai dan terap dengan acuan bunga pecah lima/enam dan masukkan ke dalam papercup.
3. Tekan sedikit di tengahnya membentuk lubang kecil. (Penekan hijau - fondant tools) Masukkan inti nenas di tengahnya dan hias mengikut mengikut suka.
4. Panaskan ketuhar. Bakar pada suhu pada 140c selama 25-30 minit.

Resepi Samperit Cheese

Samperit Cheese
Samperit Cheese

Bahan-bahan:
  • 260g butter
  • 110g gula kastor
  • 160g tepung kastad
  • 40g tepung jagung
  • 240g tepung red rose
  • 1 biji kuning telur
  • Cheddar cheese
Cara-cara:
  1.  Pukul butter & gula hingga sebati - guna senduk.
  2.  Masukkan kuning telur dan kacau rata. 
  3.  Masukkan semua tepung uli sehingga menjadi doh lembut. 
  4.  Masukkan ke dalam acuan samperit kemudian tekan doh dan parut cheese ke atas biskut. 
  5.  Bakar suhu 150°C api atas bawah selama 20-25 min @ sehingga masak.

Resepi Biskut Mazola

Biskut Mazola
Biskut Mazola

Bahan-bahannya:
1. 1kg tepung gandum  
2. Kacang tanah bersihkan buang dulu kalau ada habuk-habuk kadang ada cebisan batu.
   Kemudian sangai tanpa minyak ye,jangan terlalu hangus nanti kuih bau hangit sebab 
   nanti kita akan bakar semula.Kalau boleh biar putih-putih asalkan garing,kena jaga 
   api & kacau selalu,da sangai biarkan seketika buang kulit kemudian blend sampai lumat 
3. Minyak mazola 500g  
4. 1 cawan setengah Gula halus (diblend sampai lumat selumatnya) 
5. 1 sudu besar soda bikarbonat (diayak bersama tepung gandum)
6. Kuning telur + pewarna kuning telor

Cara-carnya:
Satukan tepung,kacang,gula..gaul sehingga sebati..masukkan sikit demi sedikit minyak mazola gaul 
sehingga jadi doh..kemudian biarkan rehat seketika,canaikan tekap pakai acuan yang korang suka..
kemudian sapu permukaan atas dengan kuning telor..Alaskan loyang dengan kertas minyak, bakar pada 
suhu 170° selama 25 minit..bergantung oven masing-masing..selamat mencuba semua

RESEPI TART NENAS KEJU

 

TART NENAS KEJU
TART NENAS KEJU

Bahan :

  • 700 gr tepung gandum
  • 100 gr gula halus
  • 4 butir kuning telur
  • 4 sdm susu tepung
  • 500 gr butter
  • 100 gr keju (parut)

Isian : jem nanas 

Sapuan :

  • 4 butir kuning telur
  • 1 sdm minyak goreng
  • 1 sdt susu kental manis

Ni caranya;

  • Pukul butter , kuning telur & gula halus, mix speed rendah sebentar saja asal tercampur rata.
  • Masukkan tepung & susu tepung, sedikit demi sedikit, sampai adonan kalis & boleh di bentuk (uli guna spatula).
  • Tambahkan keju parut, uli rata.
  • Bentuk adonan sesuai selera.
  • Atur dalam loyang yang sudah disapu margarine.
  • akar 30 minit, keluarkan lalu sapu kuning telur & taburi keju parut. 
  • Bakar lagi selama 15 minit/ sampai perang & masak.

Resepi Coklat Ferrero Rocher Homemade Raya

 

Resepi Coklat Ferrero Rocher Homemade Raya
Resepi Coklat Ferrero Rocher Homemade Raya

Bahan-bahan :

  • 250 Gram - Butter (suhu bilik) 
  • 150 Gram - Gula Caster 
  • 1 Biji - Kuning Telur Ayam 
  • 30 Gram - Serbuk Roti Kuning (panko breadcrumbs) 
  • 100 Gram - Serbuk Badam (badam yang telah dikisar halus) 
  • 100 Gram - Tepung Jagung 
  • 300 Gram - Tepung Red Rose atau tepung top 
  • 250 Gram - Badam (cincang dan disangar tanpa minyak) 
  • 300 Gram - Chocolate Masakan (cooking chocolate dicairkan) 
  • 1 Biji - Putih Telur Ayam 

Langkah-Langkah Cara Buat Cookies Coklat Ferrero Rocher Homemade Raya

  • Ayakkan tepung rose/top bersama dengan tepung jagung.
  • Campurkan pula serbuk roti bersama serbuk badam ke dalam tepung. Gaul rata.
  • Pukul pula butter, gula & kuning telur hingga gebu dan kembang.
  • Masukkan pula campuran tepung sedikit demi sedikit sambil gaul hingga sebati.
  • Bulatkan doh sebesar guli.
  • Celupkan pula doh bebola tadi kedalam putih telur dan kemudiannya masuk ke dalam badam cincang.
  • Letakkan diatas bekas dulang pembakar.
  • Selepas itu bakar didalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 165 darjah celcius selama 25 hingga 30 minit (ikut oven masing-masing)
  • Setelah masak, biarkan sejuk dahulu sebelum disalut dengan chocolate cair.
  • Letak kan bebola chocolate kedalam mangkuk kertas.

Resepi Semperit Red Velvet

 

Semperit Red velvet


Bahan-bahan:
  • 250g butter/ marjerin
  • 4 cawan tepung jagung 
  • 2sudu tepung kastard 
  • 2sudu pewarna merah 
  • 1sudu teh cuka makan 
  • 1sudu serbuk koko 
  • 1cwn susu pekat

Cara-cara:
  • Whisk butter / marjerin kacau sebati bersama susu, pewarna merah & cuka makan. 
  • Kemudian masukkan tepung jagung , tepung kastard & serbuk koko.
  • gunakan senduk @ hujung jari semasa membuat adunan..
  • apabila adunan sebati, bolehla mulakan menekan doh ke dalam acuan sehingga habis.
  • Bakar suhu 160°C 20minit..Ikut oven masing-masing 

*Sukatan cawan mungkin tak sama..
jadi jika adunan lembut sangat , tambahkan tepung jagung sedikit sehingga tak melekat di tangan..
Agak-agak sesuai tekan di acuan.
Selamat Mencuba


Resepi Popia Simpul Kasih


Resepi Popia Simpul Kasih
Popia Simpul Kasih

Bahan-Bahan:

1 bungkus kulit popia
serunding ikan
minyak, untuk menggoreng
Bahan-bahan untuk serunding ikan:
1 kg ikan kembung
3 keping asam gelugor
15-20 biji cili kering*
3 inci halia*
3 inci lengkuas*
2 inci kunyit hidup*
2 batang serai, hiris nipis*
15 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1 mangkuk minyak untuk menumis
air asam jawa
garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk popia simpul:

Potong 8 kulit popia dan tutup dengan kain lembab supaya kulitnya tidak kering.
Sudukan 1/2 sudu kecil serunding ikan dan letak di tengah kulit popia yang dipotong kecil tadi.
Gulung memanjang, pastikan inti berkumpul di tengah dan kemudian simpulkan dengan rapi. Ulangi langkah sehingga kulit popia dan serunding habis.
Goreng popia di dalam minyak sehingga kekuningan. Angkat dan toskan. Pastikan popia betul-betul sejuk sebelum di masukkan ke dalam bekas kedap udara.

Cara-cara untuk serunding ikan:

Rebus ikan bersama asam gelugor dan kemudian ambil isinya sahaja. Tumbuk isi ikan atau boleh juga di kisar di dalam blender. Ketepikan.
Kisar halus bahan bertanda (*).
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar halus sehingga masak dan pecah minyak. Masukkan isi ikan dan kacau dengan perlahan sehingga kering. Pastikan api tidak terlalu kuat supaya serunding tidak cepat hangus. Apabila sudah kering sekata, angkat dan sejukkan sebelun di simpan di dalam bekas kedap udara.

Tips:
Goreng popia dalam minyak panas di atas api yang sederhana perlahan dan kemudian kacau dengan kerap supaya popia masak sekata, warna cantik kekuningan dan kekal rangup jika disimpan lama.

Resepi biskut blueberry

 

Bahan-bahan :

* 250gm mentega
* 60gm gula aising
* 1 sudu teh esen vanilla
* 250gm tepung gandum
* 50gm tepung beras

Toping :

Blueberry
Almond dice

Cara-cara :

1. Satukan mentega, gula dan esen vanilla. Kacau hingga sebati, jgn smpai kembang, (1-2 minit shj)
2. Masukan tepung sedikit demi sedikit
3. Kacau hingga sebati
4. Masukkan adunan ke dalam piping bag
5. Sekarang pipe pulak topping (bluberry), kemudian tabur almond cincang
6. Bakar biskut dalam suhu 160°c selama 35 minit (oven masing2)