Resepi Mee Hoon Goreng San Francisco

Mee Hoon Goreng San Francisco
Mee Hoon Goreng San Francisco 

Bahan bahan:
  • 1 pek bihun - rendam air panas & tos
  • 6 bawang merah
  • 4 bawang putih
  • 2 sb cili kisar
  • 1 sb ikan bilis - tumbuk kasar
  • Ayam - potong kecil
  • 3 biji telur
  • 1 karot - potong kecil
  • 1 ikat sawi - potong
  • 1 biji tomato - belah 6
  • Sos tomato
  • Kicap
  • Garam
Hiasan:
  • Bawang goreng
  • Daun bawang
  • Tomato - hiris
  • Cili merah - hiris (tak letak)
Cara cara:
  • Panaskan minyak secukupnya. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dikisar serta cili kisar sehingga betul betul garing, masak dan keluar minyak.
  • Masukkan ayam dan dikacau kacau sehingga masak. Masukkan sedikit air untuk memasakkan ayam. masukkan ikan bilis.
  • Masukkan karot dan terus dimasak seketika hingga agak lembut sebelum dimasukkan batang sawi.
  • Masukkan sos tomato dan kicap dan terus digoreng sehingga air kering dan keluar minyak. Ketepikan perencah di tepi kuali dan tuang telur. Kacau kacau telur dan cepat cepat masukkan mee hoon supaya ianya bersalut dengan telur.
  • Masukkan daun sawi dan tomato yang dibelah. Tuangkan lagi kicap dan sos jika mahu. Akhir sekali, masukkan garam, jika belum masin.
  • Kacau mee hoon rata rata. Apabila mee hoon masak dan bergoreng (keluar minyak), bolehlah diangkat dan dihidangkan. Tabur bawang goreng, daun bawang dan hirisan buah tomato serta cili merah.
Nota:
Mee hoon mestilah digoreng sehingga keluar minyak supaya ianya tidak terasa seperti bihun rebus. 

kredit azie kitchen

No comments:

Post a Comment