Resepi butter cookies pandan gula melaka

 

butter cookies pandan gula melaka
butter cookies pandan gula melaka

Bahan-bahan :
  • 120 gram buttercup @ pure butter, (pastikan butter pada suhu bilik supaya bunga yang kita tekan tidak mengembang).
  • 140 gran tepung superfine @ gandum,
  • 35 gram brown sugar,
  • 1 sudu kelapa kering,
  • 1 sudu kecil paste pandan,
  • 1 sudu kecil pewarna hijau epal,
  • Secubit garam,
  • ¾ sudu teh baking powder,
  • 1 biji telur,
  • Nozel guna 864.
Cara-cara :
  • Mula-mula pukul butter dan gula sebati.
  • Masukkan paste pandan dan pewarna. Kacau sebati.
  • Masukan tepung dan satu sudu kelapa kering putih. Kacau sebati.
  • Masukkan dalam paiping beg guna nozel dan tekan. Supaya jadi elok, buat bulat satu pusingan saja kemudian stop dan tekan doh. Jangan tekan terlalu besar, kerana bila bakar adunan akan kembang sedikit.
  • Akhir sekali letak gula melaka sagat dan kelapa parut hawai (kedai bakery) sebagai hiasan.
  • Bakar pada suhu 180°C selama 15-20 minit.

No comments:

Post a Comment