Resepi kuih badak berendam

 

badak berendam
badak berendam

Bahan-bahan:
  • Inti kelapa
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan gula merah timbang
  • 2 sudu gula pasir
(saya renjiskan 3 kali renjis kicap manis) 
(satukan kacau-kacau hingga larut dan tapis)
  • 1 biji kelapa parut
  • 1 1/2 sdb tepung gandum
  • Secubit garam
  • 1 helai daun pandan disimpul
Caranya:
Panaskan air gula merah dan daun pandan dalam kuali..bila mendidih masukkan kelapa parut..gula..garam..kacau hingga agak kering masukkan tepung gandum..dah sebati tutup api..biarkan sejuk.

Bahan untuk tepungnya:
  • Didihkan air dalam periuk..sambil-sambil tu bancuh bahan doh hijau.
  • 2 cawan tepung pulut
  • 2 sdb membukit tepung gandum
  • 1 cawan air pandan 
(kisar 1 cawan air dengan 3 helai daun pandan dan perah amik patinya)
(satukan tepung dan pati pandan..gaul hingga jadi doh yg tak melekat ditangan)

Bulat-bulatkan doh..masukkan inti kelapa..kemudian masukkan dalam air yang dididihkan tadi..dah timbul angkat..susun bebola hijau tu daalm bekas tupperware (guna daun pisang yang dibentukkan 4 segi lagi cantik)

Bahan kuah putih:
  • 3 cawan santan pekat
  • 1/2 sdt garam
  • 3 sdb membukit tepung beras
  • 2 sdb membukit tepung gandum
(satukan semua bahan ini dalam periuk..kacau guna whisk/senduk hingga larut...kemudian masak atas api hingga naik wap..jangan sampai pekat likat..sekadar naik wap sahaja)

Caranya:
Panaskan kukusan hingga air mendidih..tuang bahan kuah putih dalam bekas yang berisi bebola hijau tadi..jangan sampai penuh..kukus selama 7-10minit..api sederhana perlahan (jangan guna api besar tau) siap..boleh dimakan panas atau sejuk..

Selamat mencuba

kredit resepi: MARIANA ZAINAL

No comments:

Post a Comment