Senaman untuk bakar kalori paling berkesan yang ramai orang tak tahu dan ambil mudah

 Ramai sekarang rakyat Malaysia sudah sedar akan kepentingan menjaga kesihatan. Tidak hairanlah kalau kita lihat sudah ramai yang memilih aktiviti senaman kegemaran masing-masing demi untuk menjaga kesihatan. Ada yang memilih aktiviti berbasikal, berjogging, berenang, berkayak dan pelbagai lagi. Tak kisahlah kalau ada yang cakap ianya sekadar trend sekarang dan menjadi hanya ikut-ikutkan saja. "Aku tengok ko buat, aku pun nak buat". Namun yang penting secara tidak langsung, faktor kesihatan juga terpalit sekali dengan aktiviti ini. keseronokan hobi dapat, penjagaan kesihatan pun dapat.

Tahukah anda, dalam kebanyakan aktiviti-aktiviti senaman favourite tersebut, ramai yang terlepas pandang dan tidak ambil peduli tentang satu senaman yang simple tetapi kesannya lebih hebat dari aktiviti senaman yang lain. Lebih menarik, senaman ini dapat dilihat kesannya seawal 5 minit selepas ianya dilakukan! Nak tahu senaman apa? semestinya adalah senaman LOMPAT TALI atau JUMPING ROPE.

Dari segi pembakaran kalori, senaman lompat tali adalah yang paling banyak pembakaran kalori. Jika dibuat perbandingan dalam masa satu jam, aktiviti berenang dapat bakar kalori sebanyak 550kcal/hour, jogging sebanyak 600kcal/hour, berbasikal sebanyak 700kcl/hour, berkayak 800kcla/hour manakala lompat tali (jumping rope) adalah sebanyak 1074kcal/hour.

Selain itu senaman lompat tali juga dapat memberi kesan positif kesihatan yang sangat berguna untuk sistem badan kita. Antara kesan-kesan tersebut adalah:

  • Membakar lemak
  • kuatkan sendi otot
  • hilangkan stress
  • menguatkan pelbagai otot
  • mengurangkan risiko kecederaan
  • meningkatkan koordinasi tubuh
  • perbaiki postur
  • pernafasan lancar
  • menguatkan tulang 
Nampak tak? senaman yang simple tapi banyak manfaatnya. Apa lagi tu? jom kita cari tali, lompat dalam rumah pun ok. Tak perlu nak ke taman atau mana-mana tempat.

No comments:

Post a Comment