RESEPI FRIED & BAKED MAKARONI

FRIED & BAKED MAKARONI
FRIED & BAKED MAKARONI

BAHAN-BAHAN UNTUK MAKARONI GORENG :
  • Makaroni - 400 gram ( rebus letak garam 1 sudu besar dalam ai sampai agak kenyal² sikit )
  • Minyak Masak - 60ml
  • Bawang Holland - 1 biji ( Besar penumbuk korang & potong dadu )
  • Tomato - 1 biji ( besar penumbuk korang & potong dadu )
  • Serbuk Ketumbar - 1 sudu besar @ 1Tbsp
  • Serbuk Jintan Putih - 1 sudu besar @ 1 Tbsp
  • Serbuk Jintan Manis - 1 sudu besar @ 1Tbsp
  • Kiub ayam knorr - 1 ketul
  • Cili boh - ½ cawan
  • Tomato puree - 3 sudu besar @ 3 Tbsp
  • Ayam kisar - 400 gram
  • Cendawan butang - 1 Tin ( ikut korang nak potong mcm mana )
  • Lobak merah - 1 biji ( amik yg besar & sagat )
  • Garam secukup rasa.
BAHAN-BAHAN UNTUK SOS BECHAMEL :
  • Mentega - 3 sudu besar
  • Tepung Gandum - 100 gram
  • Susu Fullcream - 1 Liter ( Dutch lady )
  • Serbuk Buah Pala - 1 sudu kecik ( Tak letak pun xpe )
  • Garam - 2 Sudu kecik
BAHAN-BAHAN TOPPING :
  • Cheese mozarella - Parut (terpulang bnyak mana nak letak)
  • Daun parsly yang kering untuk tabur atas cheese.
CARA-CARA MASAK MAKARONI GORENG :
  •  Panaskan minyak. Gunakan api sederhana SAHAJA.
  •  Masukkan bawang holland. Tumis sampai kekuningan.
  •  Masukkan tomato. Tumis sampai tomato agak lembut.
  • Masukkan serbuk jintan manis,serbuk ketumbar, serbuk jintan putih, kiub ayam. Tumis sampai pecah minyak.
  • Masukkan cili boh dan tomato puree. Tumis sampai pecah minyak lagi.
  • Masukkan ayam kisar... Kacau sampai sebati dengan rempah-rempah tadi.
  • Masukkan cendawan butang & lobak merah. Masak sampai sebati & pecah minyak lagi. 
  • Perasakan dengan garam..
  • Masukkan makaroni yang dah direbus. Gaul sampai semua rempah sebati.
  • SIAP.
CARA MASA SOS BECHAMEL;
  • Cairkan mentega (guna api sederhana)
  • Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil kacau tanpa henti supaya tidak berketul.
  • Masukkan susu fullcream sedikit demi sedikit sambil kacau supaya tidak berketul.
  • Masukkan garam dan serbuk buah pala.
  • Gaul sehingga sos jadi agak² pekat.
  • SIAP.
TOPPING :
  • Cheese mozarella tu korang tabur atas sos bechamel lepas tu tabur serbuk daun parsley tu. Pastu bakarrr sampai agak-agak kekuningan. 

Kredit resepi : SAFINATUN NAJA ALI SADIKIN

No comments:

Post a Comment