Showing posts with label sotong. Show all posts
Showing posts with label sotong. Show all posts

Resepi Ketupat Sotong Kelantan

 

Ketupat Sotong Kelantan
Ketupat Sotong Kelantan

Bahan-bahan:
  • 1 kilo sotong.
  • 2 cawan beras pulut.
  • 2 keping nise/gula melaka.
  • 1 kotak santan.
  • 3 helai daun pandan.
  • Sedikit garam.
  • Air.
  • Gula jika perlu.
Cara-cara Penyediaan:
  • Bersihkan beras pulut.
  • Rendam dengan sedikit santan dan garam.
  • Biarkan kembang.
  • Basuh sotong bersih-bersih.
  • Terpulang mahu siat kulitnya atau tak.
  • Toskan dan masukkan beras pulut yang telah direndam terlebih dulu tadi, isi kan separuh dalam sotong, letak kepala sotong dan cucuk pencungkil gigi untuk mengelakkan beras pulut tumpah.
  • Masukkan air santan yang digunakan untuk rendam beras tadi, sedikit santan, nise atau gula melaka,garam,daun pandan dan sotong, buka api masak hingga sotong masak baru masukkan lebihan santan kotak tadi, tunggu hingga mendidih boleh tutup api.
Tips
*Letak separuh aje beras pulut kedalam sotong untuk mengelakkan sotong pecah.
*gunakan nise atau gula melaka untuk warna kuah yang lebih gelap.
*letak sedikit demi sedikit santan untuk mengelakkan santan jadi pecah minyak.

Kredit resepi: Resepi Terkini

RESEPI RENDANG SOTONG SUMBAT

RENDANG SOTONG SUMBAT
RENDANG SOTONG SUMBAT

Sotong Sumbat Telur
Bahan-bahan:
  • 1-2 batang tauhu lembut - dihancurkan dengan garfu
  • 5 biji telur
  • Sedikit garam
  • Sedikit lada sulah
Cara:
  • Pukul telur bersama garam dan lada sulah. Masukkan tauhu lembut hancur.
  • Panaskan sedikit je minyak, dan tuang telur tadi. Kacau telur dalam kuali sehingga menjadi telur hancur (scramble egg). Tetapi jangan terlalu masak, biarkan telur sedikit basah.
  • Sumbat telur didalam sotong sehingga 3/4 penuh. Sambungkan kepala sotong dan cucuk dengan pencungkil gigi untuk melekatkanya
Resepi Rendang Sotong Sumbat
Bahan-bahan:
  • 4 ekor sotong arus bersaiz sederhana besar
  • 2 helai daun limau purtu
  • 400 ml santan pekat
  • 2 sudu kecil kerisik
  • 4 sudu makan minyak masak
  • 3 keping asam keping
  • Garam dan gula secukup rasa
Bahan kisar sebagai pes rempah:
  • 2 inci lengkuas
  • 2 inci halia
  • 2 batang serai - hiris nipis
  • 10 tangkai cili kering rebus
  • 5 biji cili padi
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
Saya tambah (tak ada dalam resepi):
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
Cara-cara:
  • Kisar bahan kisar sehingga sebati.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan kisar. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih. Masak sehingga cili masak dan garing.
  • Masukkan santan dan kerisik serta daun limau purut. Masak seketika.
  • Masukkan sotong dan balik balik kan sotong, Untuk sotong sederhana lebih kurang 8 minit untuk masak.
  • Bila sotong masak, angkat sotong keluar dari kuali. Kemudian sambung masak dan pekatkan kuah rendang. Ini kerana air sotong tadi keluar dan kuah jd agak berair. Masak kuah sehingga pekat dan pecah minyak macam rendang yang biasa kita buat tu.
  • Bila dah kering boleh la tutup api dan masukkan balik sotong tadi. Siap!!

RESEPI SOTONG BAKAR BERSAMBAL

SOTONG BAKAR BERSAMBA
SOTONG BAKAR BERSAMBA

Bahan-bahannya:
  • Sotong (saiz besar)
  • 10 tangkai lada kering - dikisar
  • 4 ulas bawang kecil
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 biji buah keras
  • 1 btg serai
  • 2 sudu besar sos tiram
  • air asam jawa -secukupnya
  • garam dan gula
  • Sedikit minyak masak
Cara-cara:
  • Sotong dibersihkan dan dikelar (tidak putus)
  • Kisar semua bahan (lada, bawang. buah keras dan serai)
  • Masukkan sos tiram dan air asam jawa.
  • Perasakan garam dan gula dan akhir sekali masukkan minyak masak
  • Ratakan sambal ke atas pemanggang letakkan sotong dan tutup permukaan sotong dengan lebihan sambal.
  • Masaklah lebih kurang 5 -6 minit, untuk keringkan air saya buka tutup pemanggang dan teruskan memanggang (balik-balikkan sotong) sehingga masak. 
  • Jangan terlalu lama kerana sotong akan menjadi liat.
Kredit Resepi: Dzanariah

Resepi Sotong Air Asam

Sotong Air Asam
Sotong Air Asam

Kukus:
  • 1kg sotong
  • 2 batang serai
  • Akar daun ketumbar
  • 1/2 biji tomato didadu
  • 3sb sos ikan
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk kasar
  • 1sk garam
  • 1sk gula
Air Asam:
  • 4 ulas bawang putih
  • 5-10 biji cili api (kepedasan masing-masing)
  • Limau nipis
  • 3sb gula siam (Thai Palm Sugar)
  • Garam jika perlu
Cara-cara:
  • panaskan pengukus
  • bila air menggelegak, masukkan sotong dan bahan kukus
  • biarkan dalam 8-10 minit, jangan terlalu lama utk kekalkan rasa juicy
  • angkat dan toskan
  • untuk air asam, tumbuk bawang putih dan cili api
  • tambahkan gula Thai dan garam jika perlu
  • perah asam limau
  • gaul rata sotong dan air asam
  • siap ..!!
*optional:
boleh juga masukkan sotong sekejap dalam air biasa yang menggelegak; angkat dan rendamkan dalam air berisi ais. Tujuan saya kukus dengan bahan-bahan kukus untuk hilangkan bau sotong yang agak kuat selain rasa yang lebih sedap.
Selamat mencuba
kredit resepi: ibu resepi 

RESEPI SOTONG PHAT PHET

 

sotong phat phet
sotong phat phet

BAHAN-BAHAN:
BAHAN A(KISAR/BLENDER KASAR)

  • Cili api/cili merah - ikut kepedasan sendiri
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Kunyit hidup
  • Serai
  • Belacan 
  • Lada hitam- letak sikit ja
*Kuantiti bahan bergantung kepada kuantiti sotong...

BAHAN B:
  • Sotong
  • Asam keping
  • 1batang serai (titik)
  • Sedikit garam dan gula
  • Daun limau purut
  • Bahan sayur:
  • Kacang panjang 
  • Carrot
  • Bunga kobis
Cara- cara penyediaannya:
  • panaskan minyak, tumis bahan kisar dan masukan serai yg di titik sehingga naik bau dan pecah minyak... setelah kering tumisan tadi, masukkan sedikit air(jangan terlampau banyak)
  • kemudian masukkan sotong, asam keping, daun limau purut dan garam serta gula...
  • akhir sekali masukkan kacang panjang, carrot, bunga kobis... kacau rata dan biarkan layu sedikit, kemudian angkat...
  • siap dan hidangkan dengan nasi panas
Kredit resepi: Sumber fb resepi mudah

Sotong Kukus Limau

Sotong Kukus Limau
Sotong Kukus Limau

Bahan:
  • sotong 
  • cabai melaka merah, hijau 
  • sos ikan 
  • limau nipis 
  • daun ketumbar (akar sekali) 
  • gula 
  • bawang putih 
  • daun pudina 
  • lengkuas, serai
Cara-cara:
  • Cuci sotong bersih-bersih.
  • Potong sotong macam dalam gambar tapi jangan sampai putus... 
  • Susun sotong dalam bekas untuk kukus, letak lengkuas, serai (potong)... Akar ketumbar Sedikit bawang putih.. Letak atas sotong...
  • Kukus buka api paling kuat, dah masak buang air sotong...
  • Sos...
  • Masuk 1 sudu bs gula, 3 sudu besar air limau, 2 1/2 sos ikan, satu ulas bawang putih dan cabai melaka potong... kacau hingga hancur...
  • Sos dah siap tuang atas sotong yang kita kukus tadi, angkat tabur daun ketumbar dan daun pudina hias dengan potong sedikit limau nipis-nipis letak atas...
Dari fb Irene Raihan

RESEPI SOTONG PANGGANG MADU

SOTONG PANGGANG MADU
SOTONG PANGGANG MADU

Bahan-bahannya:
  • 4 ekor sotong.Bersihkan dan dikelarkan dibadannya
  • 3 sudu teh serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa 
  • 3 sudu teh serbuk cili 
  • 2 sudu besar cili kisar
  • Gaulkan bahan2 di atas, perapkan dalam 1 jam atau lebih di peti ais
  • Bila sedia untuk di panggang, gaulkan dengan sedikit madu segar, minyak dan kicap pekat
Cara-caranya:
  • Panaskan kuali berjalur-jalur(kuali ajaib), bila sedia, letakkan sotongnya. 
  • Biarkan ia panggang berapa minit saja, balikkan bila isinya kelihatan putih dan ada tanda bakar keemasan. 
  • Jangan panggang terlalu lama, sotong akan menjadi liat. Sajikan panas-panas bersama cili cuka dan perahan jus limau kasturi. Selamat mencuba.

Kredit resepi kepada joha hassan 

RESEPI SOTONG BAKAR BERSAMBAL

SOTONG BAKAR BERSAMBAL
SOTONG BAKAR BERSAMBAL

Bahan-bahannya:
  • Sotong (saiz besar)
  • 10 tangkai lada kering - dikisar
  • 4 ulas bawang kecil
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih 
  • 4 biji buah keras
  • 1 btg serai
  • 2 sudu besar sos tiram
  • air asam jawa -secukupnya
  • garam dan gula
  • Sedikit minyak masak
Cara-cara:
  • Sotong dibersihkan dan dikelar (tidak putus)
  • Kisar semua bahan (lada, bawang. buah keras dan serai)
  • Masukkan sos tiram dan air asam jawa.
  • Perasakan garam dan gula dan akhir sekali masukkan minyak masak
  • Ratakan sambal ke atas pemanggang letakkan sotong dan tutup permukaan sotong dengan lebihan sambal.
  • Masaklah lebih kurang 5 -6 minit, untuk keringkan air saya buka tutup pemanggang dan teruskan memanggang (balik2kan sotong) sehingga masak. jgn terlalu lama kerana sotong akan menjadi liat.

Kredit Resepi: Dzanariah 

Resepi Sotong Masak Ala Thai

Sotong Masak Ala Thai
Sotong Masak Ala Thai

Bahan-bahan:
  • Sotong
  • Kacang Panjang
  • Cili Padi Merah
  • Bwg Merah-mayang
  • Serai-1 (hiris serong)
  • Daun Limau Purut -4/5 helai
  • Serbuk Lada Hitam- sikit
  • Sos Ikan -Renjis ikut suka 
  • Serbuk Kunyit
  • Mushroom Seasoning- optional
Bahan Kisar:
  • 4-5 btg cili merah
  • 4-5 btg cili hijau
  • 1 labu bwg merah
  • 3 ulas bwg putih
  • Belacan
  • Sedikit air
Cara:
  • Panas minyak, tumis kan bahan kisar tadi. Tumis smpai pecah minyak sket.
  • Masuk sotong yg da dicuci bersih. Biar smpai sotong masak.
  • Masuk lada hitam, campak serbuk kunyit sket, mushroom seasoning (optional), sos ikan, gula, garam ke etc.
  • Lastly, masuk cili padi, serai,daun limau purut, kacang panjang. 
  • Gaul smpai masak. Setel.

Kredit resepi: Bainon Kamaruddin

Tip dari tuan punya resepi : 
Kalau nak sotong tu kekal gemok and tak kecut, rebus dulu kejap 5 min dengan 3-4 keping asam keping. Sotong dalam pic ni saya rebus dalu camtu. Sebab nak bagi dia kekal gemok.

Resepi sotong goreng berlada bersama ubi kentang

 

Sotong goreng berlada bersama ubi kentang
Sotong goreng berlada bersama ubi kentang

Bahan-bahan 
  • Setengah kilo sotong
  • lada hitam 1 sudu kecil
  • halia 1 inci
  • Bawang kecik 2 ulas
  • Bawang putih 1 ulas
Tumbuk bahan di atas 
dan gaulkan dengan Sotong, letakkan sedikit serbuk kunyit, kemudian masukkan
 
  • 1 ketul pati ayam knorr
  • sedikit garam dan gula
  • 2 biji ubi kentang goreng ketepikan
  • Sebiji bawang besar
  • 6 biji Cili padi 
  • 1 biji Cili merah
Cara-cara:
Tumiskan sotong, masak sampai air sotong kering, kemudian masukkan air asam jawa, 
seketul pati ayam dengan ubi kentang yang di goreng tadi...
Masak sampai kuah pekat kemudian masukkan Bawang besar sebiji, cili padi dan cili merah
Siap

Kredit:siti fatimah

#8 Menu Lunch

Aku nak try sotong plak. Sotong masak masala. Ala2 india. Banyak rempah dalam masakan bagus tau. Sotong jgn masak lama2..nanti keras liat tak best. Lauk ni kalau makan dengan nasi panas2...memang mengancam..korang boleh la try ye...aku amek resipi dari youtube je...mana bahan2 perasa tu korang tak yah la letak.


Sikit je aku nak citer rini...haha. selamat makan!