Showing posts with label popiah. Show all posts
Showing posts with label popiah. Show all posts

Resepi Popia Basah Meleleh

Popia Basah Meleleh
Popia Basah Meleleh

Bahan-Bahan:
Bahan Kulit –

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji putih telor
  • 3/4 cawan air
  • 2 sudu makan cuka
  • secubit garam
Bahan Inti Popia –
  • 1/2 biji kobis – di racik halus
  • 3 biji sederhana besar carrot – di sagat halus
  • 1 biji sederhana bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu makan udang kering
  • garam secukupnya
  • minyak untuk menumis
Bahan Sos Sambal –
  • 15 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar gula perang
  • 2 sudu besar kicap manis
  • minyak untuk menumis
  • garam, perasa dan bawang goreng secukupnya
  • Kacang kisar – jika suka
Cara Membuat:
Kulit Popia –

  1. Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk adunan. Gaulkan (macam buat cekodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam.
  2. Ceduk sedikit adunan dan lenserkan ke atas kuali leper. Buat dari arah jam, mulakan dari tepi dulu kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan.
  3. Setelah rata, biarkan sampai tepung masak sebentar. Angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan. Boleh disusun berlapis-lapis kerana ia tidak melekat.
Inti Popia –
  1. Kisar bawang besar, bawang putih dan udang kering. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan yang dikisar tadi.
  2. Kemudian tambahkan sos tiram dan secubit garam. Masukkan pula sayuran dan masak hingga sedikit layu.
Sos Sambal –
  1. Kisar cili kering, bawang besar dan bawang putih. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.
  2. Masukkan kicap dan gula perang, garam dan perasa. Ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal.
  3. Letak satu sudu besar inti dan taburan bawang goreng lipat macam biasa dan gulung sedia untuk dimakan.

Kredit  resepi: My Resepi  

Gerai jual popiah goreng dan basah (SECRET POPIAH) terbaik di Kampung Batu 10 Lekir, Sitiawan Perak

 

Gerai Popiah, Lekir, Sitiawan
Gerai Popiah, Lekir, Sitiawan
Kalau korang lalu di Lekir, Sitiawan, korang kena singgah try popiah goreng dan popiah basah ni. Gerai ni tepi jalan jer. Buka setiap hari dari 3 petang hingga 7 malam. Hari Rabu je diorang cuti. Gerai ni betrul-betul bertentangan dengan masjid Al Khairiah, Kampung Batu 10 Lekir. 
Masjid yang bertentangan dengan gerai secret popiah ni
Masjid yang bertentangan dengan gerai secret popiah ni
Ramai orang berhenti nak beli popiah ni terutamanya popiah basah... tapi memang padu pun popiah ni... Disebabkan ramai sangat nak beli popiah basah, nak tunggu lambat, jadi aku rempat je popiah goreng.
popiah goreng
popiah goreng
Lokasi gerai secret popiah ni adalah seperti gps koordiant dan google map seperti dibawah:

GPS koordinat: 4°07'40.0"N 100°45'25.8"E atau 4.127789, 100.757161

Resepi Popia Sambal Rangup Pedas Manis

Popia Sambal Rangup Pedas Manis
Popia Sambal Rangup Pedas Manis

Bahan untuk sambal:
  • 20 bji cili kering(blend)
  • 1/2 cawan sos cili
  • 3 cawan gula
  • 1 sudu garam
  • 1/2 cawan air
  • Satukan semua masak sampai pekat berkilat...sejukkan..
Popia:
  • Kulit popia 
  • Tauge mentah
  • Tepung gandum (untuk lekat)

Untuk kekal rangup...pastikan popia yang dah di goreng,betul-betul sejuk..sebelum di gaul dengan sambal.

Kredit resepi: Mohd Zuhri Zuhri

Popiah basah dan Popiah goreng SS Ali, Ipoh

Popiah basah SS Ali

Popiah goreng SS Ali
Nak makan popiah basah dan popiah goreng yang sedap, jangan lupa singgah di medan selera Dato Tahwil Azar, gerai no 18. Alamat lengkap, Jalan Raja Musa Aziz, Taman Jubilee, 30300 Ipoh Perak. 
Popiah SS Ali ni mula beroperasi jam 5 petang. Ramai juga yang datang nak makan. Boleh makan di situ atau boleh bungkus.
medan selera Dato Tahwil Azar

gerai no 18, Popiah SS Ali

gerai no 18, Popiah SS Ali
Harga seketul popiah adalah RM1. Satu set popiah sama ada basah atau goreng adalah RM5 (5 ketul popiah).
Ikutkan popiah SS Ali ni asalnya diorang bermula secara kecil-kecilan di Sayong, Kuala Kangsar. Sekarang ni dah generasi yang ketiga perniagaan diorang. SS bermaksud Sultan Saukat, hasil gabungan nama bapa dan anak.
penyediaan popiah basah

popiah basah dan goreng
kepada yang nak merasai sendiri keenakan rasa popiah basah dan goreng SS Ali, boleh la datang ke medan selesa Dato Tahwil Azar, Ipoh. Gerai no18. Aku sertakan sekali dalam ni gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan pencarian korang.
gps koordinat : 4°35'45.5"N 101°05'03.0"E atau 4.595976, 101.084163