1

2

3

4

Showing posts with label cucur udang. Show all posts
Showing posts with label cucur udang. Show all posts

CARA BETUL BUAT CUCUR UDANG BAGI RANGGUP

Nampak senang tapi sebenarnya nak buat cucur udang pun kena tahu rahsianya.
Biasanya bila buat cucur udang ni masalahnya, bila digoreng ia ‘masuk minyak’ dan lembik. Itulah yang buat kita hilang selera nak makan. Gigit je cucur, terus mulut kita ‘bermandikan’ minyak.
Jadi ini salah satu resipi yang boleh anda gunakan untuk cucur udang yang rangup. 

BAHAN-BAHAN:
  • Sedikit Udang
  • 500gm tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 paket yis segera | dicampur bersama 1 sudu gula dan ½ cawan air suam
  • Air (ikut anggaran untuk bancuhan cucur)
  • 1 sudu kecil garam
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 200gm taugeh
  • 1 pokok kucai
  • 2 biji cili merah | dihiris nipis
  • Minyak untuk menggoreng.
CARA MEMASAK:
  • Campurkan yis bersama air suam dan gula. Biarkan sehingga ia berbuih.
  • Dalam mangkuk besar, masukkan tepung, serbuk kunyit dan garam. Kemudian digaul rata. Kemudian pecahkan telur dan masukkan bancuhan yis tadi bersama dua cawan air.
  • Gaul sehingga semuanya sebati dan masukkan sayur-sayuran. Biarkan sebentar sehingga bancuhan nampak berbuih.
  • Panaskan dan goreng dalam minyak yang banyak. 
  • Rendamkan sudip yang mahu anda guna dalam minyak panas. Kemudian barulah dituangkan adunan cucur tadi.
  • Letakkan udang dan goyang-goyangkan adunan cucur sehingga tertanggal dari sudip.
  • Perhatikan cucur sehingga kuning keemasan dan angkat untuk tos minyak.
RAHSIA MASAK CUCUR
  • Jangan guna air panas untuk membancuh yis kerana ini akan ‘membunuh’ yis. Apabila anda mencampur gula ke dalam bancuhan yis, itu bagi mengaktifkannya. Bila naik berbuih, maknanya yis ‘hidup’ dan boleh digunakan.
  • Untuk menjadikan cucur udang rangup, pastikan anda menggunakan sudip atau senduk yang leper supaya bahagian tepi cucur boleh menjadi lebih crispy.
  • Goreng cucur dalam minyak sederhana panas untuk cucur yang rangup. Minyak yang tidak panas akan menyebabkan bancuhan cucur ‘masuk minyak’ dan minyak yang terlalu panas pula akan membuatnya menjadi hangit.

RESEPI POTATO FRITTERS

 

POTATO FRITTERS
POTATO FRITTERS

Bahan-bahan:
  • 3 bji kentang
  • 4 sudu besar tpg jagung
  • 3 sudu tpg gandum
  • 1 bji telur
  • Sedikit garam
  • Sedikit lada sulah
  • Daun bawang atau daun sup
  • Udang ikut suka nak letak boleh tak nak pun tak apa
Cara-cara:
Parut semua kentang dan campur semua bahan...gaul bagi rata...panaskan minyak ambil satu senduk adunan dan tuang tepi kuali bagi leper baru tolak dalam ke kuali. balik-balik kan hingga garing dan masak sepenuhnya. siap!

Kredit resepi: Siti Nardina  

Layan petang-petang makan cucur udang campur di Warung Cucur Udang Campur Kampung Pokok Tampang, Tasek Gelugor, Penang

 

Warung Cucur Udang Campur Kampung Pokok Tampang, Tasek Gelugor
Warung Cucur Udang Campur Kampung Pokok Tampang, Tasek Gelugor
Warung ni terletak betul-betul di simpang 3 jalan di Kampung Pokok Tampang...Senang nak cari. Kampung Pokok Tampang ni terletak di Tasek Gelugor.

Selain cucur udang campur, ada juga menu lain yang sempoi iaitu laksa, mee celup, dan cendol.. Warung ni buka dari jam 1.30 petang hingga jam 8 malam... Tapi kalau korang datang hujung-hujung, maybe banyak makanan yang dah habisπŸ˜…

dekat simpang ni ada signboard POKOK TAMPANG
dekat simpang ni ada signboard POKOK TAMPANG
Disebabkan aku first time sampai kat sini, jadi aku nak try la semua makan kat sini....Gambar kat bawah ni, menu yang aku order lerπŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹
cendol pulut
cendol pulut

laksa yang padu!
laksa yang padu!πŸ˜‹πŸ˜‹

cucur udang panas-panas
cucur udang panas-panas

cendol biasa
cendol biasa

cucur udang campur kuah kacang
cucur udang campur kuah kacang

mee celup
mee celup
Sedap dan sempoi-sempoi jugak la makanan ni...kalau korang nak try boleh datang ke sini. GPS koordinat dan google map warung ni adalah seperti di bawah.

GPS koordinat: 5°28'32.6"N 100°29'01.3"E atau 5.475712, 100.483702

Restoran Cendol Pulut Haji Johari, Napoh, Jitra

 

Restoran Cendol Pulut Haji Johari
Restoran Cendol Pulut Haji Johari

Restoran Cendol Pulut Haji Johari
Restoran Cendol Pulut Haji Johari
Restoran Cendol Pulut Haji Johari ni terletak di KM17.3 LEBUHRAYA UTARA SELATAN PEKAN, Napoh, 06000 Jitra, Kedah. Restoran ni kira macam RnR la bagi yang nak bercuti ke arah utara. Biasanya orang yang nak pergi ke Padang Besar ataupun nak ke Langkawi melalui jeti Kuala Perlis ataupun nak jalan-jalan ke Perlis. Di sini ada disediakan surau dan tandas untuk para pelanggan diorang. Selesa la jugak. 

Di restoran ni biasanya orang akan order cendol la. Ada macam-macam jenis cendol. Cendol tapao pun adaπŸ˜‹πŸ˜‹... Yang aku paling suku di restoran ni adalah cucur udang diorang. Memang terbaik dengan kuah kacang yang mantap dan padu, menambahkan lagi selera...

Aku pernah review pasal Restoran Cendol Pulut Haji Johari ni. Masa tu tahun 2017. Boleh rujuk posting tersebut dalam blog ni DISINI.

cucur udang kuah kacang
cucur udang kuah kacang

yang ni cendol tapai, tapi dah dikacau-kacau dah (tak sempat snap diawal kejadian..hihih)
yang ni cendol tapai, tapi dah dikacau-kacau dah (tak sempat snap diawal kejadian..hihih)

Selain tu, ada banyak lagi la menu di restoran cendol pulut haji johari ni. Makanan tambahan lain yang aku order adalah nasi ayam penyet, laksa dan moi sup daging. Memang sedap. Laksa pun padu gak la. Recommeded...
laksa
laksa

moi sup daging
moi sup daging

nasi ayam penyet
nasi ayam penyet
Kepada yang nak singgah di Restoran Cendol Pulut Haji Johari ni, korang boleh cari di Napoh, sebelah jalan jer... atau korang boleh rujuk gps koordinat dan google map seperti di bawah:

GPS koordinat: 6°21'51.5"N 100°25'22.0"E atau 6.364297, 100.422790



Man Cucur Udang, Kelang Lama, Kulim

cucur udang digoreng panas-panas
cucur udang digoreng panas-panas

selain cucur udang, boleh tambah makanan yang lain
selain cucur udang, boleh tambah makanan yang lain
Kalau korang nak makan cucur udang yang sedap di Kulim, korang boleh cari di Kelang Lama. Korang cari gerai MAN CUCUR UDANG. Gerai ni terletak betul-betul di simpang traffic light. Landmark korang boleh cari masjid Al-Huda.

Cucur udang ni memang padu la nak habaq kat ampa, ditambah dengan kuah kacang yang sempoi, tak ranjau punya.. ampa boleh mai try makan. Nak bungkus pun boleh, nak makan di situ pun boleh.

ni simpang traffic light yang aku snap dari depan gerai Man Cucur Udang
ni simpang traffic light yang aku snap dari depan gerai Man Cucur Udang

ni gerai dia, kiri kanan ada orang jual ayam goreng dan laksa
ni gerai dia, kiri kanan ada orang jual ayam goreng dan laksa
Untuk lebih lanjut lokasi MAN CUCUR UDANG ni, boleh rujuk gps koordinat dan google map seperti di bawah:

GPS koordinat: 5°23'25.9"N 100°33'47.6"E atau 5.390513, 100.563221


Cucur udang terbaik sedap di Restoran Shahul Hamid, Kepala Batas Pulau Pinang

 Musim-musim covid-19 ni nak jalan-jalan cari makan pun terbatas. Apatah lagi kalau nak dine-in dalam restoran. Kebanyakanya akan take away je (beli bungkus, balik makan kat rumah). Sama juga la aku ni.. teringin nak makan cucur udang sedap dan sempoi, aku dari cucur udang tu di restoran Shahul Hamid yang terletak di pekan lama Kepala Batas. Depa kata cucur udang Shahul Hamid sempoi bukan ka.

Restoran Shahul Hamid, Kepala Batas Pulau Pinang
Restoran Shahul Hamid, Kepala Batas Pulau Pinang
Sebab PKP, jadi nak beli cucur udang order depan kedai tu je.. tak boleh masuk dalam restoran. Harga cucur udang tu seringgit je satu, tahhu pun seringgit satu. Dah beli, terus bawa balik rumah nak makan.
cucur udang tanpa kuah kacang
cucur udang tanpa kuah kacang

cucur udang dengan kuah kacang
cucur udang dengan kuah kacang
Memang terbaiklah cucur udang tu. Bagi korang yang nak mencuba cucur udang ni, boleh la cari restoran Shahul Hamid yang terletak di pekan lama Kepala Batas, Pulau Pinang. Di sini aku sertakan google MAP dan gps koordinat sebagai rujukan dan panduan untuk korang mencari.

GPS koordinat: 5°30'59.8"N 100°25'30.8"E atau 5.516609, 100.425220

RESEPI CUCUR UDANG

CUCUR UDANG
CUCUR UDANG

Bahan-bahan bancuhan:
  • 500g tepung gandum
  • Air sejuk untuk bancuhan
  • 1/2 sk baking powder
  • 1/4 sk baking soda
  • Sedikit daun kucai dan daun sup
  • (letak taugeh juga kalau suka)
  • Sedikit serbuk kunyit, sedikit garam dan gula
  • Sedikit udang.
Cara-caranya:
**Bancuh tepung dengan air hingga sebati.
Gaulkan bancuhan tepung bersama daun kucai dan daun sup, serbuk kunyit, baking powder/soda, garam dan gula secukup rasa. Rehatkan dalam 15-20minit.
**Panaskan minyak penuh dalam periuk kecil bersama senduk sehingga betul-betul panas supaya bancuhan tak melekat nanti. Kautkan adunan sebanyak satu senduk penuh, letak 1 ekor udang dan tuangkan ke dalam kuali.Goreng dengan api sederhana kuat sehingga keperangan. Angkat, potong dan hidang bersama sos.

Selamat mencuba

kredit resepi: tuan punya resepi

RESEPI CUCUR UDANG RANGUP

CUCUR UDANG RANGUP
CUCUR UDANG RANGUP

BAHAN-BAHAN:
1. Tepung gandum - 2 cawan
2. Tepung beras - hampir-hampir 1 cawan
3. Udang saiz sederhana (udang harimau pun boleh)
4. Udang kecil
5. Ikan bilis - segenggam
6. Bawang merah dimayang nipis - 3 ulas
7. Daun kucai
8. Serbuk kunyit
9. Garam
10. Air 
11. Minyak masak 

CARA-CARA:
1. Udang saiz sederhana di buang kulit dan dipotong-potong
2. Udang kecil dibuang kepala
3. Kemudian ambil satu mangkuk besar
4. Masukkan kesemua tepung gandum + tepung beras
5. Masukkan garam / serbuk pati ayam
6. Gaul-gaulkan (kering tanpa air)
7. Kemudian masukkan kedua-dua jenis udang & ikan bilis
8. Masukkan juga serbuk kunyit
9. Masukkan pula bawang & daun kucai
10.Masukkan air (agak-agak, jangan terlalu lembik)
11. Gaul-gaul biar sekata (warna & bahan-bahannya)
12. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali
13. Goreng dengan cara jatuhkan bancuhan tu dari tepi kuali, supaya dia jatuh meleper & jadi nipis

Bila dah masak, angkat dan toskan cucur atau cekodok udang

Kredit : Farah Farhana

Hanya di Pulau Pinang ada Ais Tingkap yang sedap!

gerai ais tingkap, Lebuh Tamil

Lebuh Tamil, Goerge Town, yang terletak bersebelahan dengan Pasar Chowrasta yang bertentangan dengan ibu pejabat polis kontinjen Pulau Pinang, menempatkan lebih kurang 25 gerai pengusaha makanan. Banyak juga gerai yang famous di sini termasuklah Ais Tingkap. Gerai lain yang famous di sini adalah gerai cucur udang, laksa penang dan teh halia famous. Korang boleh order cross gerai, diorang akan hantar. Macam kes aku, aku duduk di gerai ais tingkap, tapi order juga cucur udang di gerai lain. Boleh je.... 
Senarai menu dan harga di gerai ais tingkap
Makanan yang dijual di sini menggunakan resepi turun temurun yang diwarisi dari nenek moyang mereka yang berasal dari India. Kebanyakan bahan-bahan asli diimport terus dari India demi mengekalkan rasa keasliannya.
Asal usul Ais Tingkap atau nama lainnya Ais Sarbat pada mulanya ianya dijual dari tingkap. Namun pada masa sekarang ianya tidak dijual melalui tingkap lagi tetapi nama Ais Tingkap masih dikekalkan bagi memperingati asal usul terciptanya 'Ais Tingkap'.
tudiaaaa.....ais tingkap
Ais Tingkap dihasilkan menggunakan 25 jenis rempah asli dari Asia Barat. Bagaimanapun, resipi itu telah diubah suai agar kena dengan cita rasa warga tempatan yang suka dengan rasa manis dan sejuk. Bahan yang digunakan diimport terus dari India antaranya biji selasih, kembang semangkuk, getah anggur dan beberapa lagi jenis herba dan akar kayu. Cara membuatnya dimulakan dengan meletakkan ais kepal dan air gula dalam gelas, kemudian disembur dengan campuran herba dan akar kayu diikuti sirap yang dihasilkan daripada pati bunga ros. Kemudian ia dicampur dengan tiga bahan utama iaitu biji selasih, kembang semangkuk dan getah anggur sebelum dicampur air kelapa. Harga segelas Ais Tingkap ni hanya RM2 sahaja.
Selain Ais Tingkap, ada juga menu lain seperti cendol kacang, ais kacang, laici, air kelapa, air kelapa laici dan limau ais. Aku cuba jugak la cendol di sini.
cendol pulut dari gerai ais tingkap

cucur udang ni pun famous juga, kena order dari gerai lain...di Ais Tingkap takde cucur udang
Kepada sesiapa yang nak mencuba ais tingkap ni, boleh la datang ke Lebuh Tamil bersebelahan dengan pasar Chowrasta. Nak memudahkan lagi pencarian korang, aku sertakan gps koordinat dan google map lokasi Ais Tingkap ni secara spesifik.
gps koordinat Ais Tingkap : 5°25'04.2"N 100°19'53.1"E

Restoran Kuala Kurau, Sungai Besar, Selangor

Keunikan restoran ni, macam-macam stall dalam satu restoran ni....ada yang jual laksa, char koey teow, mee kari, makanan goreng-goreng dan banyak lagi. Feveret aku kat sini, cucur udang diorang..selalunya aku beli cucur udang jer...yang lain kadang-kadang....
Restoran Kuala Kurau, Sungai Besar, Selangor

Suasana dalam restoran Kuala Kurau
Ramai gak yang datang restoran ni, kadang-kadang aku nampak diorang terpaksa buka khemah tambahan untuk pelanggan...mungkin aku rasa restoran ni macam yang aku cakap tadi, dalam ni banyak stall yang jual makanan....ala-ala restoran cina.....kan restoran cina kalau kita tengok style banyak stall dalam satu restoran....

Medan selera merdeka Alor Setar Kedah...bertentangan muzium kedah

Satu lagi tempat tumpuan..tempat lepak pada malam hari kat Alor Setar ni adalah di medan selera merdeka yang berhampiran dengan stadium kedah dan bertentangan dengan muzium negeri kedah...Malam-malam bila aku lalu kat situ nampak ramai orang...yang aku pergi ni waktu siang..so nampak cam suam-suam kuku gak la....anyway banyak gerai makan yang ada kat sini...view depan tu ada tasik..rasanya malam cantik kot dengan lampu neon mentari limau menderin...la la la la....view siang tak cantik bro & sis...aku nampak biawak berenang-renang kuak kupu-kupu, bersantai dalam tasik...biasala beb, biawak bandar....hihihihi..ok lah bro & sis, aku belanja la sikit gambar medan selera ni kat korang...tak banyak yang aku sempat snap, tapi oklah la daripada takda kannnnnnnn.......

makan cucur udang sambil-sambil menikmati view tasik

Pintu masuk utama medan selera merdeka Alor Setar

Restoran Cendol Pulut Haji Johari - Jitra

Jitra-Pekan Napoh, satu restoran berada di laluan menuju ke Arah negeri Perlis seringkali menjadi tumpuan dan persinggahan kepada pengunjung-pengunjung yang bercuti ke Utara terutamnya yang ke langkawi melalui jeti Kuala Perlis. Kalau singgah tengahari, boleh la makan tenghari kat sini.
Signboard restoran cendol Haji Johari
Permandangan restoran cendol Haji Johari
Sebab nama pun restoran cendol aku pun order la menu berasakan cendol....cendol pulut dengan cendol jagung. Cendol aku dah penah rasa kat banyak tempat lain..macam kat warung pokok asam, pak nik cendol, etc.