Showing posts with label Ketam. Show all posts
Showing posts with label Ketam. Show all posts

KETAM SAMBAL BERSAMA TELUR PECAH

KETAM SAMBAL BERSAMA TELUR PECAH
KETAM SAMBAL BERSAMA TELUR PECAH

Bahan:
  • 2 kilo ketam(dicuci bersih)
  • 10 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 Biji bawang besar(potong dadu)
  • 2 cm halia(dicincang)
  • 7-9 sudu besar cili kisar
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 batang serai dikatok
  • 1 Biji tomato(dipotong dadu)
  • 4 butir telur ayam
  • SOS cili 2 sudu besar
  • SOS tomato 2 sudu besar
  • SOS ikan 1 sudu besar
  • SOS tiram 2 besar
  • 1 kiub ayam
  • 1 sudu kecil serbuk belacan(jika suka)
  • Daun bawang(jika suka)
  • Garam 1 sudu kecil 
  • Gula 2 sudu besar (jika suka)
  • Minyak masak secukupnya
  • 1 cawan air
CARANYA
1)panaskan minyak Dan masukkan serai,biarkan aromanya Naik dahulu
2)masukkan halia Dan bawang putih..masak sehingga sedikit keperangan,masukkan bawang Dan masak seketika
3)masukkan cili kisar,daun limau purut Dan Tumis sehingga pecah minyak,
4)apabila Sudah pecah minyak,masukkan Serbuk belacan,garam,gula,kiub ayam, tomato Dan biarkan ianyanya masak seketika
5)masukkan SOS ikan,SOS,tomato,SOS cili,SOS tiram.gaul rata
6)masukkan ketam Dan 1 cawan air,Dan biarkan ketamnya masak dengan sempurna(API SEDERHANA) 

JIKA KUAHNYA KERING JANGAN DITAMBAH AIR LAGI,BIARKAN, NANTI AIR KETAM AKAN KELUARKAN SENDIRI.

7)apabila Sudah masak,masukkan telur,Dan pecahkan didalam kuali,Dan gual rata sehingga Telur masak...
8)tutup api Dan siap dihidang

Sumber : Nurul Ateekah  

Ketam Cili ala Singapore

Ketam Cili ala Singapore
Ketam Cili ala Singapore

Bahan-Bahan:
  • 2 ekor ketam saiz besar
  • 2 camca besar sos cili
  • 1 camca besar cuka makan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1/2 cawan air
  • 1 biji telur, dipukul sedikit
Bahan Kisar:
  • 6 biji bawang merah
  • 4 biji cili merah
  • 1/2 inci belacan
  • 2 biji buah keras
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
Bahan Hiasan:
  • Hirisan daun bawang
  • Hirisan cili merah
  • Bawang goreng
Cara Memasak:
  1. Ketam dibersihkan. Potong kaki-kaki kecik, buang kulit kerasnya, jangkir ketam diketuk sedikit, dan ketam itu dikerat dua (Kalau tak kerat pun boleh).
  2. Lap ketam bagi kering dan lumur dengan sedikit garam. kemudian, goreng dalam minyak panas hingga ketam berubah warna kemerahan. Angkat dan toskan.
  3. Keluarkan minyak dan tinggalkan untuk menumis. Masukkan bahan kisar halus dan sos cili tadi, tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana dan kacau selalu.
  4. Masukkan cuka, air dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Masukkan ketam, gaul rata dan masak sekejap.
  5. Kemudian, tuang telur tadi disekeliling ketam. Biar sekejap dan gaul rata hingga menyaluti ketam tadi.
  6. Masak hingga pekat, matikan api. Alih dalam pinggan yang sesuai dan tabur dengan bahan-bahan hiasan. Hidangkan

Resepi Ketam Masak Merah Special

Ketam Masak Merah Special
Ketam Masak Merah Special

Bahan-bahan:
  • 2 ekor ketam yang besar. direbus dgn sedikit garam sehingga 3/4 masak. Toskan
  • sedikit hirisan cili merah
  • 4-5 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 3-4 sudu besar cili kering kisar
  • sedikit air
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sb kicap manis
  • 1 keping asam gelugur
Bahan-bahan mesin:
  • 1 labu bawang besar
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 batang serai
Cara-cara:
1. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan cili kering. Tumis lagi hingga pecah minyak.
3. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan kicap. Kacau rata2 dan masukkan sedikit air.
4. Setelah mendidih, masukkan ketam dan bahan-bahan selebihnya. Perasakan dengan garam dan gula.
5. Hidangkan setelah masak.

Kredit resepi:ibu resepi

RESEPI KETAM MASAK CILI ALA SINGAPORE

 

KETAM MASAK CILI ALA SINGAPORE
KETAM MASAK CILI ALA SINGAPORE

Bahan bahan :
  • 2 ekor ketam
  • 2 sudi cili kering
  • 2 sudu sos cili
  • 1 sudu sos tomato
  • 1 sudu sos tiram
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1/2 cawan air
  • 1 biji telur dipukul
  • 1 biji bawang besar - mayang
  • Daun sup & daun bawang - tabur
Bahan kisar :
  • 5 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 1/2 inci halia
Cara cara :
Bersihkan ketam. Tabur sedikit garam & goreng hingga ketam berubah warna kemerahan. Angkat dan toskan.
Tumis bahan kisar, cili kering, sos tomato, sos cili & sos tiram hingga naik minyak, sedikit air dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Masukkan ketam, gaul rata dan biar masak sekejap. Tuang telur di sekeliling ketam. Biar sekejap dan gaul rata hingga menyaluti ketam tadi. Masak hingga pekat. Tabur daun bawang & daun sup.. Siap

Kredit Resepi : Ayu Shahir‎

TIPS MEMILIH KETAM

Waktu Membeli

Jika ingin membeli ketam, belilah ketam di waktu selepas bulan mengambang penuh,kerana pada waktu ini isi ketam lebih padat dan banyak. Nampak seperti tidak logik, tapi percayalah memang ada perbezaannya.

Warna Cengkerang

Jika beli ketam, terutama ketam bunga yang bermacam jenis, lihat pada warna cengkerangnya, terutama bahagian atas dan juga pada sepit. Andai ada warna kebiruan, ia menandakan ketam itu masih segar.

Pilih Ketam Berat

Pilih ketam yang lebih berat daripada yang lain, timbang dengan tangan anda. Ketam lebih berat daripada yang lain menunjukkan isinya padat. timang-timang sikit ketam tu, untuk mengagak berat ketam.

Lihat Belakang Ketam

Ketam boleh juga diketahui kesegaran dengan lihat belakang ketam. Bentuk tiga segi dekat belakang, jika masih kuat melekap, ia adalah ketam segar.

 Bau Laut

Bau mestilah ada bau laut, kalau dah ada bau hanyir yang kuat tu.Faham-faham aje la ehh.

 Cukup Sifat

Ketam haruslah masih cukup sifat . Contohnya, kaki ketam masih kuat melekat pada badan dan mata ketam mesti ada lagi.Ini menunjukkan ia masih segar dari laut.

Pilih Ketam Betina

Jika berpeluang untuk memilih, pilihlah ketam betina. Ini kerana ketam betina ni, ada telur dan selalunya ketam betina lebih banyak isi. Cara memilih ketam betina ialah dengan melihat pada bahagian belakang badan ketam yang selalunya lebih lebar, bulat dan bukan tirus. Ketam betina badan agak bulat dan sepit yang ada adalah lebih pendek dan kecil berbanding ketam jantan yang mempunyai sepit lebih besar. Dari segi warna, ketam betina warna agak kelabu-coklat, berbanding ketam jantan putih-kebiruan.

Tiada Tompok-Tompok

Bahagian bawah ketam yang segar selalunya putih bersih, kalau ada tompok-tompok atau warna selain putih, ia sudah agak kurang segar

perbezaan ketam jantan dan betina
perbezaan ketam jantan dan betina

Pak Man Mee Kuah Ketam To' Kun, Cerok To' Kun Bukit Mertajam

 Pak Man Mee Kuah Ketam To' Kun terletak di Cerok To' Kun, Bukit Mertajam betul-betul di simpang jalan masuk ke kaki Bukit Mertajam. Orang yang suka hiking Bukit Mertajam ni, mesti akan lalu depan Pak Man Mee Kuah Ketam.

Pak Man Mee Kuah Ketam To' Kun
Pak Man Mee Kuah Ketam To' Kun

Pak Man Mee Kuah Ketam To' Kun
Pak Man Mee Kuah Ketam To' Kun
Dari apa yang tertulis di dalam kedai makan Pak Man Mee Kuah Ketam To' Kun ni, kedai makan ni telah wujud sejak tahun 1976. Dari bapak turun ke anak tradisi resepi turun temurun. Depa kat masa bapak diorang lagi padu. Depa kata laaaa...

Dah nama pun mee kuah ketam, jadi masuk je kedai makan ni, takpa buang masa terus aku order mee kuah ketam. Akhirnya sampai mee kuah ketam tu kat meja aku. Tapi takda ketam! rupannya kena bagitau letak ketam sekali. Kalau tak cakap kira diorang assume korang nak makan mee ketam biasa jer.

Mee Kuah Ketam
Mee Kuah Ketam
Taknak mengecewakan korang, aku letak la gak gambar mee kuah ketam ada ketam. Tapi gambar tu aku rembat dari blog orang lain. Kredit untuk blog hari3aku sebab aku guna gambar dia masuk blog aku.
kredit gambar untuk blog hari3aku
Selain tu ada juga mee kuah udang, mee goreng, pasembor pun ada. Kuah mee kuah memang padu. Dah habis mee, kuah pun aku hirup sampai licin.
ni kira kedai dalam kedai la kan
ni kira kedai dalam kedai la kan

gambar mee kuah ketam to' kun dalam banner kedai
gambar mee kuah ketam to' kun dalam banner kedai

tudiaaa...besaq gambar ketam tu
tudiaaa...besaq gambar ketam tu
Parking kalau tengok dari jalan besar tu, macam takde harap je nak dapat parking. Tapi kalau korang masuk sikit simpang tu, korang akan nampak parking sebelah kiri. Parking je dekat kawasan tu.

Lokasi mudah nak cari, iaitu simpang masuk ke kaki bukit mertajam. Aku sertakan juga di sini gps koordinat dan google map lokasi Pak Man Mee Kuah Ketam To' Kun.

GPS koordinat : 5°20'48.6"N 100°29'13.2"E atau 5.346843, 100.486990