Duduk Rumah Jangan Keluar!

 Covid-19 di Malaysia berrmula pada awal tahun 2020 yang punca asalnya virus ni adalah dari Wuhan, China yang kemudiannya merebak ke seluruh dunia. Satu dunia berdepan isu corona virus pada asalnya yang kemudiannya dinamakan sebagai covid-19 dab telah pun di istiharkan sebagai wabak pendamik.

Di Malaysia pada awal PKP1 iaitu total lockdown yang pertama, telah berjaya melandaikan kes-kes jangkitan covid-19. Namun setelah PKP1 ditamatkan, rakyat Malaysia berasa sangat gembira. Banyak sektor-sektor telah dibenarkan untuk beroperasi semula. Lama-kelamaan segala SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan telah diabaikan. Banyak tempat tidak lagi perketatkan SOP dan akhirnya pada penghujung tahun 2020, kes jangkitan covid-19 meningkat kembali dengan lebih teruk lagi.

Sehingga posting ini ditulis, kes covid-19 terus meningkat hingga hampir mencecah 10k untuk kes harian. Total Lockdown terpaksa diperkenalkan semual bagi membendong kes dari terus meningkat. Namun lockdown kali ini ada berbeza kerana ada sektor yang dibenarkan lalu memberi kerisauan kepada rakyat apakah lockdown kali ini akan berkesan. 

Namun begitu, Perdana Menteri Malaysia, Tri Sri Muhidin Yasin telah mengarahkan Menteri penyelaras program Vaksinasi Kebangsaan, Khairi Jamaludin (KJ) untuk menpercepatkan vaksinasi terhadap rakyat Malaysia dengan kadar yang pantas dan cepat supaya Malaysia dapat awalkan herd community iaitu seramai sekurang-kurangnya 80% rakyat Malaysia telah di suntuk vaksin.

Cabaran utama kerajaan dalam merealisaikan herd community ini adalah dari rakyat Malaysia sendiri yang anti-vaksin. Sebenarnya mereka bukanlah anti-vaksin. Mereka anti vaksin covid-19 sahaja. Kepada anti-vaksin covid-19, sekiranya taknak ambil vaksin jangan daftar dan jangan hasut orang lain supaya takut untuk ambil vaksin. Duduk diam, jangan jadi penghasut. Walau apa pun yang anti vaksin covid-19 ni menghasut dengan bermacam-macam teori dan propaganda, pecayalah, virus covid-19 benar! Ramai rakyat Malaysia mati disebabkan covid adalah benar!

Jadi, mari lah kita sama-sama membantu kerajaan untuk terus menjaga SOP dan menerima vaksin covid-19 ini. Semoga coivd-19 akan terus lenyap dari buka bumi, khususnya di Malaysia. Tak sabar nak pergi jalan-jalan pusing Malaysia cari makan. Lama dah ooiiiii blog ni tak update pasai jalan-jalan cari makannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!!!

No comments:

Post a Comment