Singgah rehat di Hentian Perah, Gerik di Perak

Hentian Rehat Perah, Gerik
Hentian Rehat Perah, Gerik
Kalau korang nak ke Kelantan or dari Kelantan nak ke Negeri Utara, pasti akan lalu di Hentian Perah ni. Ni masa misi aku nak pergi jalan-jalan ke negeri pantai timur melalui Gerik-Jeli, jadi aku singgah la kejap sini nak sarapan pagi memandangkan masa aku sampai Gerik ni masih awal pagi lebih kurang jam 9 pagi. Lagipun famili aku pakat nak cari toilet, so wajib singgah ler๐Ÿ˜๐Ÿ˜.. Kalau tak singgah toilet ni, jawabnya kena tahan kencing la sampai ke Hentian Rehat Titiwangsa kat atas bukit...Jauh tu nak kena tahan kencing๐Ÿ˜…....
banyak juga gerai makan di Hentian Perah ni
banyak juga gerai makan di Hentian Perah ni
Disebabkan aku nak sarapan pagi, aku cari nak lemak la kot-kot ada jual kat sini. Last-last aku jumpa gak gerai yang jual nasi lemak kat gerai hujung. Nasi lemak ni sedap gak, sambal pun sedap..
nasi lemak telur mata sambal padu
nasi lemak telur mata sambal padu!
Kalau korang tak suka nasi lemak, ada je makanan lain๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚... Aku nak story yang aku makan nasi lemak sedap je kat korang.... Lepas semua famili aku dah settle selesaikan hal-hal toilet, aku terus sambung perjalanan ke Kelantan.....

GPS Hentian Perah: 5°27'02.6"N 101°09'29.4"E atau 5.450724, 101.158160

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...