Makan masakan ala thai di restoran Sri Juara Seafood, Kuala Terengganu

restoran Sri Juara Seafood, Kuala Terengganu
restoran Sri Juara Seafood, Kuala Terengganu

restoran Sri Juara Seafood, Kuala Terengganu
restoran Sri Juara Seafood, Kuala Terengganu
Restoran Sri Juara Seafood ni terletak di Kampung Gong Datuk, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu. menu utama disini masakan ala thai yang di masak panas-panas. Waktu operasi bermula dari 5 petang hingga ke 3 pagi. Maknanya restoran ni untuk korang yang nak cari makan petang atau makan malam je.. Makan tengahari takda ye sini...setakat yang aku datang ni la..lepas-lepas ni taktau la mungkin diorang buat juga untuk makan tengahari.
jom makan panas-panas, sedap
jom makan panas-panas, sedap

siakap 3 rasa
siakap 3 rasa

daging masak merah
daging masak merah

kailan ikan masin
kailan ikan masin

tomyam campur (padu ni)
tomyam campur (padu ni)

telur dadar
telur dadar
Aku ambil menu set. Dalam menu set tu siakap masak stim, tapi aku minta tukar ke siakap 3 rasa sebab anak aku tau makan siakap 3 rasa jer, kalau masak jenis lain tak makan diorang ni. Menu set yang aku ambil ni sesuai untuk 4-5 orang makan (2 dewasa, 3 kanak-kanak)... kalau semua dewasa, tak sesuai menu set ni😂😂😂😂...

Overall menu yang aku makan ni memang sedap la...Aku pulak travel jauh-jauh ni, baru sampai je Kuala Terengganu, sekali dengan perut pun dah lapar gila, ngam la dapat makan sedap macam ni. Rekomen untuk korang nak makan sini. Kalau taktau lokasi dekat mana, boleh guna gps koordinat dan google map seperti di bawah ni.

GPS koordinat: 5°24'36.7"N 103°04'32.0"E atau 5.410188, 103.075568

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...