Pasar Siti Khadijah tempat shopping wajib bagi orang luar yang datang ke Kelantan

Pasar Siti Khadijah (ni port gambar yang famous Pasar Siti Khadijah)
Pasar Siti Khadijah (ni port gambar yang famous Pasar Siti Khadijah)
Pasar Siti Khadijah ni memang tempat wajib singgah la bagi pelancong-pelancong luar Kelantan. Walau pun dah beberapa kali datang ke Kelantan, pasti akan di cari juga Pasar Siti Khadijah ni. Sebab tu la tak hairan kalau cuti sekolah jer atau cuti umum yang panjang, pasti Pasar Siti Khadijah ni akan sesak dengan manusia.. Cabaran nak cari parking tu satu hal la plakπŸ˜…πŸ˜…...(Posting lepas yang aku pernah pergi SINI).................
gerai barangan makanan kering
gerai barangan makanan kering

gerai kain baju

gerai makanan kering dan basah di tingkat bawah sekali
gerai makanan kering dan basah di tingkat bawah sekali
Pasar Siti Khadijah ni tingkat bawah sekali adalah khusus untuk barangan makanan basah dan kering. Sayur-sayur, pasar basah pun dibahagian ini. Di tingkat 1 pula, dikhaskan untuk barangan runcit, keropok, sambal daging, ikan kering, mee kuning, sayur cina, telur manakala di tingkat 2 pula dikhaskan untuk barangan kain/pakaian, periuk dan tembaga...

Sangat menarik untuk dikunjungi terutamanya yang kaki shoppingπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚.....

Sebagai rujukan lokasi, disertakan gps koordinat dan google map seperti di bawah:

GPS koordinat: 6.130018209947443, 102.23926120122914

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...