RESEPI SAMBAL TEMPE BILIS

sambal tempe bilis
sambal tempe bilis

Bahan-bahanya: 
  • 2 paket tempe 
  • Segenggam ikan bilis
  • (Goreng tempe dan ikan bilis sehingga garing)
Bahan-bahan SAMBAL:
  • 200gm cili hidup @ basah*
  • 2-3 biji cili api merah*
  • 2 biji bawang besar*
  • 2 ulas bawang putih*
  • Asam keping
  • Gula
  • Garam
  • Serbuk perasa
Cara memasak:
  • Blender bahan yang bertanda*.
  • Panaskan minyak  dan tumis cili blender tadi. Kalau nak sambal cepat masak masukkan gula terus lepas tumis.
  • Jangan lupa letak asam keping (kalau tak nak letak pun  tak apa), tunggu sampai naik minyak. 
  • Tambahkan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Bolehlah nak tambah gula lagi kalau nak manis.
  • Bila sambal dah masak biarkan sejuk, pastu baru gaulkan dengan tempe dan ikan bilis
  • bolehlah dihidangkan untuk dimakan dengan nasi panas. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...