Sarapan Pagi di Pasar Payang, Kuala Terengganu

Pasar Payang, Kuala Terengganu
 Pasar Payang, Kuala Terengganu
Ni kira aku datang kali kedua pasar payang yang baru ni..kali pertama pada 2019..Masa tu kira baru buka je Pasar Payang yang baru ni. Posting tu boleh tengok SINI. Pasar Payang yang lama pun aku sempat la terjah..Masa tu Pasar Payang bangunan lama. Posting pasal Pasar Payang Lama boleh tengok SINI.

Aku sarapan kat pasar payang ni sebab frust tak dapat makan nasi dagang atas tol sebab masa aku sampai dalam pukul 9 pagi, nasi dah sold out sejak jam 8.30 pagi!!!!😭😭😭... Last-last tukar plan sarapan je di Pasar Payang..Lepas sarapan terus shopping.....

gerai-gerai sarapan di Pasar Payang
gerai-gerai sarapan di Pasar Payang

Gerai jual makanan sarapan di sepanjang bahagian hadapan Pasar Payang
Gerai jual makanan sarapan di sepanjang bahagian hadapan Pasar Payang
Di pasar payang ni pun banyak juga pilihan makanan untuk korang nak sarapan. Roti canai pun ada...Tapi ramai gila la orang yang datang sini..tambah-tambah pula masa aku datang ni waktu cuti sekolah...
megi sup
megi sup

roti canai
roti canai

roti canai banjir
roti canai banjir

nasi kukus
nasi kukus
Tu semua makanan sarapan aku la...Korang pilih la sendiri nanti kalau nak bersarapan disini. Lepas sarapan...terus pergi shopping😎😎😎...Boleh shopping barang-barang makanan seperti keropok, budu, serunding dan lain-lain...Nak shopping kain baju pun banyak gak pilihan di sini.
shopping barang-barang makanan
shopping barang-barang makanan

nak shopping kain baju
nak shopping kain baju

penuh dengan manusia nak shopping
penuh dengan manusia nak shopping

ni jalan masuk utama pasar payang
ni jalan masuk utama pasar payang
Ni kira tempat wajib datang la kalau ke Kuala Terengganu. Cabaran nak masuk ke sini adalah nak cari parking memang susah la sikit..kena bersabar.. Tapi masa aku datang ni dah ada tempat parking berbayar...Jadi kalau dah give cari parking di bahagian luar, boleh je terus masuk kat tempat parking berbayar ni...tak mahal pun...Sila la datang yeeeeeπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
GPS koordinat Pasar Payang: 5°20'16.3"N 103°08'08.6"E atau 5.337866, 103.135732

No comments:

Post a Comment