Makan tengahari sedap di Anjung Keli Perlis

Anjung Keli ni memang famous la...dah banyak kali dah masuk TV...sekarang ni masuk blog aku plak, akan menambahkan lagi kefamousan Anjung Keli ni..hahhahahaha..Manusia punya la ramai datang sini, korang mesti terkejut tengok...parking yang luas yang Anjung Keli sediakan penuh dengan kereta yang nak datang semata-mata nak makan kat sini.
Bahagian hadapan Anjung Keli

ni semua kereta yang parking ni, nak pergi makan kat Anjung Keli (Parking Anjung Keli)
Walaupun masa aku pergi ni parking full, orang tengah penuh, tapi makanan banyak yang dah nak habis...first sekali lauk yang mesti korang ambil adalah keli...sebab nama kedai Anjung Keli, mesti keli tu yang special kat sini...tapi memang ternyata keli sambal yang aku ambil tu memang terbaik...
Keli sambal

Ulam-ulaman

kebanyakan lauk dah nak abis masa aku sampai
Selain dari dalam restoran ni, pihak Anjung Keli juga sediakan khemah yang besar untuk pelanggan diorang...tapi masih tak cukup...orang sentiasa datang...maybe restoran ini antara tempat tumpuan orang ramai untuk makan tengahari di sini terutamanya orang yang datang dari luar Perlis.
Bahagian dalam Anjung Keli (bahagi 2 - aircond dan takda aircond)

Khemah besar dibahagian luar
Kepada sesiapa yang nak datang sini, aku dah tolong dapatkan gps koordinat untuk korang..tak payah susah-susah cari, pakai gps ni, terus akan di bawa ke Anjung Keli ni...

6°26'14.3"N 100°12'42.1"E
 Anjung keli

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...