Merasai keenakan masakan barat (western food) di restoran LeBOSS Sungai Petani Kedah

Dah 2-3 kali aku datang sini untuk makan western food. Antara restoran pilihan yang menyediakan hidangan western food ni di sebelah utara yang terletak di Sungai Petani, Kedah..sesuai untuk makan seisi keluarga..couple mengcouple pun sesuai gak dengan keadaan yang tenang je untuk menikmati makanan kat sini..deco dalaman pun agak unik, lain dari yang lain...
LeBOSS restaurant, Sungai Petani Kedah
Suasana/deco dalam restoran LeBOSS
Biasanya kalau aku datang sini, aku akan order beef steak ataupun lamb chop, tapi kali ni aku nak try pulak makan burger...aku oder cheesy beef burger, harga burger ni RM21.90....first time makan burger harga camni..hahahahaha...anak aku feveret dia chicken chop je yang dia tau makan...chicken chop aku order 2 set, sos black pepper dengan sos mushroom...tak lupa jugak garlic bread cicah mushroom sup yang dabooom....
Kat bawah ni, aku sertakan gambar-gambar menu yang aku order untuk kami satu keluarga makan...........

Cheesy Beef Burger

Chicken Chop Mushroom Sos

Chicken Chop Black Pepper Sos

Garlic bread cicah mushroom sup
Antara menu lain yang ada untuk western food ni, boleh tengok dalam menu kat bawah ni...menu ni sebahagian je dari menu-menu yang lain..senarai baverages pun ada gak aku snap...buku menu tu ada banyak page, aku cuma select 2 page je untuk aku share... 
menu makanan barat (western food) LeBOSS

Beverages/senarai menu minuman LeBOSS
Bagi yang nak datang sini, korang boleh pusing-pusing cari kat area Lagenda Height, Sungai Petani...Korang boleh gak guna gps koordiant ni, InsyaAllah akan di bawa terus ke muka pintu LeBOSS.....
5°39'48.9"N 100°30'10.7"E

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...