Showing posts with label perlis. Show all posts
Showing posts with label perlis. Show all posts

Kafe Ngopi, Jalan Kapitol, Pusat Bandar Kangar, Kangar, Perlis

 

Kafe Ngopi, Kangar
Kafe Ngopi, Kangar

deko dalaman Kafe Ngopi yang unik
deko dalaman Kafe Ngopi yang unik
Kalau korang datang ke kangar ni, jangan lupa untuk try mengopi di Kafe Ngopi yang terletak di Jalan Kapitol, Pusat Bandar kangar. Bagi aku kafe tu sendiri dah unik..bila korang masuk je ke dalam, korang akan rasa macam rumah tinggalπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚...Sengaja deko di buat begitu untuk menampakan ke'rare'an berbanding kafe-kafe hipster yang lain....

Kafe Ngopi ni berkonsepkan coffee and sandwiches....serta pastry...so kalau korang nak santai-santai makan sandwich boleh la datang ke sini. Sandwich di Kafe Ngopi ni ala-ala macam di Subway...

menu sandwiches dan pastry
menu sandwiches dan pastry

menu minuman Kafe Ngopi
menu minuman Kafe Ngopi
Selepas aku makan sandwich dan minum kopi di Kafe Ngopi ni, ternyata ia bukan saja unik dari segi rupa paras kafenya, namun makanan di sini juga sedap...Aku mengorder croissant honey mustad chicken, ciabata chicken salami, hazelnut cold brew dan cappucino😍😍😍😘
ni diaaaa sandwich padu!
ni diaaaa sandwich padu!

makanan dan minuman yang aku order
makanan dan minuman yang aku order
Sangat berbaloi untuk korang try. Boleh dari di Kangar ye Kafe Ngopi ni. Sebagai panduan, aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan korang.

GPS koordinat: 6°26'21.1"N 100°11'44.9"E atau 6.439206993832613, 100.1958063619233

https://maps.app.goo.gl/JiPwEJxHaMBfxFDn9

Menikmati permandangan cantik di View Point Wang Kelian, Perlis

View Point Wang Kelian, Perlis
View Point Wang Kelian, Perlis

View Point Wang Kelian, Perlis
View Point Wang Kelian, Perlis
View Point Wang Kelian ni adalah antara tempat-tempat menarik yang menjadi kebiasaan pengunjung datang di negeri Perlis ni. Dah viral dalam media sosial View Point Wang Kelian...sebab tu sentiasa jer ada pengunjung...tempat cantik untuk bergambar.

harga tiket untuk naik ke atas puncak
harga tiket untuk naik ke atas puncak
Untuk ke atas puncak bukit tu, ada tiket ek...bukan free tau....korang boleh pilih untuk naik kenderaan atau jalan kaki jer...sebenarnya takde la tinggi sangat untuk ke puncak tu...
boleh bergambar di atas ni
boleh bergambar di atas ni

view permandangan yang cantik
view permandangan yang cantik

pelantar viral yang selalu orang bergambar (maaf separu je rgambar, sebab kat tengah tu ada orang)
pelantar viral yang selalu orang bergambar (maaf separu je rgambar, sebab kat tengah tu ada orang)😁😁😁😁
Kepada yang nak datang ke sini, di sertakan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan korang.

GPS koordinat: 6°39'56.6"N 100°12'04.9"E atau 6.66572130760206, 100.2013545265537


MONA Ikan Bakar, Food Court Selera Perlis, Kuala Perlis, Perlis

MONA Ikan Bakar, Food Court Selera Perlis, Kuala Perlis, Perlis
MONA Ikan Bakar, Food Court Selera Perlis, Kuala Perlis, Perlis

Food Court Selera Perlis
Food Court Selera Perlis

MONA Ikan Bakar
MONA Ikan Bakar
Antara kedai makan feveret aku di Perlis ni adalah MONA Ikan Bakar. Ni yang dekat food court baru di Kuala Perlis. MONA Ikan Bakar yang lama juga di Kuala Perlis juga..Kat situ pun aku pernah makan, boleh tengok kat posting DISINI. Jadi, trip aku kali ni ke Perlis, aku nak makan juga ikan bakar di MONA Ikan Bakar ni...maka sampai lah aku di sini😁😁😁😁
ikan, sotong, udang, ketam, semua fresh-fresh
ikan, sotong, udang, ketam, semua fresh-fresh
Korang boleh pilih sendiri ikan apa yang korang nak...kemudian bagitau jer menu masakan yang korang nak ikan tu untuk dimasak....nak bakar pun boleh, nak dimasak berkuah pun boleh...tiga rasa ke....Makan malam aku kali ni aku nak ikan bakar..aku pilih ikan sikap, lala, sotong, petai bakar serta sambal dan ulam ulaman...
lala masak sambal
lala masak sambal

sambal dan ulam-ulaman
sambal dan ulam-ulaman

siakap bakar
siakap bakar

petai bakar
petai bakar

sotong goreng tepung
sotong goreng tepung
Sememangnya sangat sedap dan padu makanan di MONA Ikan Bakar ni. Sangat rekomen untuk korang juga makan di sini kalau berkunjung ke Kuala Perlis. Sebagai panduan untuk korang nak cari MONA Ikan Bakar ni, aku sertakan GPS koordinat dan google map untuk rujukan korang.

GPS koordinat: 6°23'48.1"N 100°08'07.1"E atau 6.396690, 100.135313

https://maps.app.goo.gl/fRPtVpbjoDRMCu6y9

Makan Pasta di Oven Rimba Cafe, Kampung Padang Lati, Kangar, Perlis

 

Oven Rimba Cafe, Kampung Padang Lati, Kangar, Perlis
 Oven Rimba Cafe, Kampung Padang Lati, Kangar, Perlis

parking yang luas untuk pelanggan Oven Rimba
parking yang luas untuk pelanggan Oven Rimba
Jika ingin makan pasta di Perlis, Korang boleh la cari Oven Rimba Cafe yang terletak di Kampung Padang Lati, Kangar Perlis. Jangan cari di kawasan Bandar Kangar yer...Oven Rimba di di kawasan kampung, tepi jalan utama...Di sebabkan viral di media sosial, jadi dah tentulah ramai orang akan datang ke Oven Rimba ni.....
dessert yang boleh korang pilih
dessert yang boleh korang pilih

menu di Oven Rimba Cafe
menu di Oven Rimba Cafe

dalaman Oven Rimba Cafe
dalaman Oven Rimba Cafe
Ada banyak menu yang menarik untuk di cuba...Tapi pada kali ni aku just order spaghetti salted eggs, spaghetti aglio olio, spaghetti carbonara dan rimba pasta...manakala air pula aku try iced latte buttercream dan iced latte....
spaghetti salted eggs
spaghetti salted eggs

rimba pasta
rimba pasta

iced latte buttercream dan iced latte..
iced latte buttercream dan iced latte..

spaghetti aglio olio
spaghetti aglio olio

spaghetti carbonara
spaghetti carbonara
Semua makanan sedap-sedap...berbaloi la aku dengan famili aku makan di sini...peminat pasta boleh hadirkan diri di sini.
sedapnyaaaa.....
sedapnyaaaa.....
Kepada yang nak datang ke sini aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai panduan dan rujukan korang.

GPS koordinat: 6°30'23.9"N 100°14'29.2"E atau 6.5066356909512475, 100.24146861111957

https://maps.app.goo.gl/pa9dMmQNr4nsWW7aA


Bukit Chabang Mari, Padang Besar, Perlis - tempat viral di Perlis!

 

Bukit Chabang Mari
Bukit Chabang Mari
Bukit Chabang Mari ni adalah tempat viral yang sering muncul di media sosial. Ramai pengunjung yang pernah datang ke sini share pengalaman mereka ber OOTD. Bukit Chabang Mari ni terletak di Padang Besar, Perlis. 

Cabaran paling utama untuk datang ke sini adalah korang kena lalu jalan kampung yang sempit, sekadar muat sebuah kereta jer...Masalah kalau kereta yang masuk dan yang nak keluar terlalu banyak...tempat untuk nak selisih tak banyak...ditambah plak dgn driver yang takut-takut...memang boleh mendatangkan marah ooooo...

Permandangan di kaki Bukit Chabang
Permandangan di kaki Bukit Chabang

kambing tengah makan
kambing tengah makan

boleh bagi makan kambing
boleh bagi makan kambing

nak bergambar dengan kambing pun boleh
nak bergambar dengan kambing pun boleh
Kebanyakan orang datang di sini nak ber OOTD disebabkan tempat ni memang cantik...ala-ala vibe oberCπŸ˜…...masa aku datang ni rumput kering, mungkin sebab cuaca panas kot...Aku pun taknak lama-lama sangat kat sini, panas lit-lit....

So, kalau datang perlis, korang kena masukkan dalam list antara tempat-tempat menarik yang korang patut singgah.

GPS koordinat dan google map Bukit Chabang Mari adalah seperti berikut:

GPS koordinat: 6°36'10.5"N 100°15'31.3"E atau 6.602905335742413, 100.2586894056707

https://maps.app.goo.gl/wQZpYdFRY6HCuqkEA

Restoran Anjung Keli, Perlis

 

Restoran Anjung Keli
Restoran Anjung Keli
Ini adalah kali ke-3 aku buat posting pasal restoran Anjung Keli....Ingat malas dah nak buat posting pasal Anjung Keli ni...tapi asal aku google je tempat makan tengahari best di Perlis, mesti keluar Anjung Keli ni....Google pun dah kena mandremmm ke dengan Anjung KeliπŸ’€πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
tempat makan bahagian luar..tapi selesa la...
tempat makan bahagian luar..tapi selesa la...

bahagian dalam, juga tempat ambil makanan
bahagian dalam, juga tempat ambil makanan
Seperti biasa, waktu tengahari memang pun dengan manusia yang kelaparan mencari makan di Anjung Keli, termasuk la aku...asalnya taknak datang dah...nak cari tempat lain kononnn...
nasi campur aku....keli wajib!
nasi campur aku....keli wajib!

suratan atau kebetulan, satu family aku ambil ikan keli...secara tak langsung menepati tema Anjung Keli!!
suratan atau kebetulan, satu family aku ambil ikan keli...secara tak langsung menepati tema Anjung Keli!!
Tidak di nafikan Restoran Anjung Keli memang menjadi tumpuan orang ramai...Tetiba macam dalam restoran Anjung Keli ni ramai orang....mai mana semua orang ni??? Kata Perlis ada 8 orang jaπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Walaupun tempat ni dah telah diketahui umum, tapi aku nak bagi jugak lan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan lokasi untuk korang.

GPS koordinat: 6°25'47.3"N 100°13'01.2"E atau 6.4297804688684295, 100.21698905093612


https://maps.app.goo.gl/Eq8Nkzb6mjatHrq76

Pasar Terapung JPS Perlis, Kangar Perlis

Pasar Terapung JPS Perlis
Pasar Terapung JPS Perlis

Peniaga menjual di atas sampan terapung
Peniaga menjual di atas sampan terapung
Salah satu tarikan di negeri Perlis adalah Pasar Terapung yang terletak dalam kawasan JPS Perlis di Kangar. Pasar Terapung seolah-olah macam Klonghae flooting market yang teletak di Hatyai, Thailand...Tapi di thailand lagi meriah la...

Walaupun di Perlis dengan di Klonghae adalah pasar terapung, diPerlis sampan adalah replika saja dan tak banyak pun ada di kawsan tasik perlis ni...manakala di Klonghae adalah sampan betul dan ramai peniaga yang berniaga di atas sampan....Nak pergi Hatyai jauh sangat kann....kita layan pasar terapung di Perlis ja laaaπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

sampan-sampan peniaga pasar terapung
sampan-sampan peniaga pasar terapung

orang ramai membeli di pasar terapung
orang ramai membeli di pasar terapung

lalaun sepanjang pasar terapung
lalaun sepanjang pasar terapung
Selain korang nak membeli dari sampan terapung, ada juga disediakan gerai-gerai di atas darat...jadi takda la semua kena beli di pasar terapung tu....Yang terapung tu just trendmark saja ataupun sebagai tarikan kepada pengunjung.....
ada 5-6 gerai makan di sini, boleh juga beli di sini
ada 5-6 gerai makan di sini, boleh juga beli di sini

ada khemah besar siap kerusi meja untuk makan
ada khemah besar siap kerusi meja untuk makan
Untuk memudahkan orang ramai makan, diorang sediakan satu khemah yang besar dilengkapi dengan kerusi meja untuk memberi keselesaan kepada para pengunjung untuk menikmati makanan yang di beli di kawasan ni...

Selain tu, di sini juga korang boleh bagi makan ikan, naik kayak, nak bot kayuh, naik traktor train....tapi semua tu kena beli tiket lagi bang...tak free ek...

Oklah, kepada yang nak datang jalan-jalan di sini, boleh la ke JPS Kangar...Dekat depan pintu masuk JPS tu ada jambatan gantung...yang ni korang boleh naik free ja..

Jambatan gantung JPS Kangar
Jambatan gantung JPS Kangar
GPS koordinat Pasar Terapung JPS Kangar: 6°26'07.5"N 100°10'54.4"E atau 6.43541471431209, 100.1817596712145

https://maps.app.goo.gl/QYVW81YER8YkK12NA