Rasai keenakan dan kepedasan Asam Pedas Power Abang Piee di Melaka

Kalau kita ke negeri-negeri selatan, makan yang jadi makan trademark di sini salah satunya adalah asam pedas...asam pedas selatan berbeza dengan asam pedas utara......kalau kat sebelah utara tu, nama je asam pedas, tapi tak pedas pun...kuah pun agak cair sikit....tapi itu adalah cara masak asam pedas orang utara.......asam pedas selatan ni, dimasak agak pedas dan di Asam Power Abang Piee yang terletak di Melaka ni memang pedas kaw-kaw punya..bukan pedas cili a.k.a cabai, tapi pedas tu adalah berpunya dari lada hitam...pedas tapi sedap, tu yang penting.......
Banner Asam Pedas Power Abang Piee
Suasana di Asam Pedas Power Abang Piee
Asam Pedas Power Abang Piee ni dah beberapa kali masuk TV...haaaaaaa jangan main-main, kedai je nampak biasa...bentuk dan keadaan kedai tak penting, yang penting rasa masakan tu yang menjadi bualan....antara rancangan yang pernah terjah kat sini adalah Taste Selebriti di ASTRO, makan-makan SUPPER di TV9....
Makanan laut segar, boleh pilih sendiri


Asam pedas ikan pari - pedasssssssssss
Lagi satu yang best kat sini, kita boleh pilih sendiri makanan laut apa yang kita nak sebelum dimasak...semuanya fresh..semuanya ada...ikan udang ketam kerang pari.....
Camna nak cari ni? korang guna je gps yang aku bagi ni...alamat lengkap Asam Pedas Power ni, boleh tengok kat google map yang aku tempek kat bawah ni...kedai ni betul-betul kat simpang jalan....tapi parking susah sikit le yer...pandai-pandai la korang cari..hihihihi...ok semoga korang dapat cari tempat ni dan mersai sendiri keenakan dan kepedasan asam pedas power.....

gps koordinat = 2°11'46.7"N 102°15'19.9"E

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...