Makan Nasi Kandar Line Clear, George Town Pulau Pinang

Line Clear ni salah satu nasi kandar yang famous di Pulau Pinang ni...Kedai line clear ni bukan kedai yang proper...diorang guna lorong antara 2 kedai je...walaupun camtu, tetap ramai orang datang..nak ambil nasi pun kena beratur panjang....
Arah line clear - tunjuk kat celah-celah lorong

ni dia lorong line clear tu
Nampak tak gambar kat atas tu...kat celah-celah lorong je...pastu diaorang letak bumbung antara 2 kedai tu....dibuka 24 jam, sentiasa ada orang bila-bila masa pun....parking payah sikit la..kena pandai cari..tapi kalau malas nak cari parking, ada yang parking berbayar betul-betul kat seberang jalan bertentangan dengan line clear ni...,tapi aku recommend tak payah parking situ...mahal sangat!!! aku dah kena dah...sejam dia charge RM5 ringgit...
beratur panjang nak ambil makanan

pelbagai lauk nasi kandar
Biasanya kalau aku datang sini, aku akan ambil lauk ayam je..sayur bendi rebus, pastu telur masin..tak berani nak ambil benda lain..takut mahal sangat...kalau korang dah masuk kedai ni, kena tahan sikit la...tengok cara diorang prepare makanan bersepah sikit la..hihihi..tapi tetap menjadi tumpuan pelancong....

Kalau korang perasan, pernah masuk dalam surat khabar pasal adik beradik owner ni berebut nak line clear ni...last-last diorang decide rotate antara diorang untuk jaga line ni...bila tukar-tukar ni...rasa pun tukar-tukar gak la...tu yang tak best.......
kari kepala ikan - bersusun kepala ikan tunggu untuk dimakan

nasi briani, ayam goreng, bendi rebus, timum

nasi putih, ayam goreng, bendi rebus, timum
kepada yang nak cuba line clear ni, boleh guna gps koordinat yang kat bawah ni:

5°25'11.0"N 100°19'56.9"E

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...