Famous Laksa Janggus Balik Pulau, Pulau Pinang

Laksa Janggus, Kampung Perlis, Balik Pulau, Pulau Pinang.....Jangan keliru dengan "Perlis" tu.....nama kampung kat situ memang Kampung Perlis, bukan negeri Perlis ek.......Laksa Janggus ni memang famous, orang sentiasa penuh walaupun ianya hanya buka dari pukul 3.30 petang hingga 7.45 malam sahaja...dibuka setiap hari kecuali pada hari Rabu...Parking kiri kanan jalan penuh..aku rasa yang datang ni ramai orang luar, sebab laksa janggus ni dah ramai blogger review...taip saja di google, akan keluar cerita laksa Janggus ni...so, ramai la yang datang nak mencuba sendiri laksa ni....

Laksa Janggus Balik Pulau, Pulau Pinang

Orang ramai menikmati laksa janggus
Gambar orang ramai yang aku snap ni, kalau korang nak tahu, masa aku datang tu kedai ni baru nak buka, tetiba je penuh dengan orang...sebab org dah tahu kedai ni akan buka pukul 3.30 petang..jadi diorang datang memang ikut waktu kedai ni operasi...aku rasa tokey kedai tak payah nak promosi bagai, orang yang akan cari laksa janggus ni...Lagi satu Laksa Janggus ni berkonsepkan layan diri macam MacD or KFC...pi order pastu bayar...so yang first time datang tu, jangan dok tunggu je kat meja nak ambil order...memang takan ada orang ambil order la jawabnya...diorang divide by station, minuman, laksa, pisang goreng, sup2....kena beratur ek, jangan nak potong barisan plak...
Yang hujung sekali tu nak ambil air, barisan kedua tu, nak ambil laksa

Yang ni beratur nak beli goreng pisang
Aku beli 2 mangkuk laksa janggus ni, pastu semangkuk ais kacang (ABC)..aku beli gak sebungkus goreng pisang dalam RM5 ringgit. Kalau kat Penang ni, ada satu lagi laksa yang famous...korang boleh try laksa tempurung kat Bayan Lepas.....boleh la korang compare yang mana paling sedap...
Laksa Janggus Balik Pulau

Laksa Janggus Balik Pulau terbaik!!!!!

ais kacang aka ABC

Goreng pisang panas-panas
Pada sesiapa yang nak datang sini untuk menikmati keenakan dan kelazatan sebenar laksa janggus ni, boleh la set gps koordinat dengan koordinat yang aku bagi ni...

5°18'37.1"N 100°12'12.6"E

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...