makan tengahari di kedai makan Hajah Rahmah di Bukit Katil, Melaka

Kedai makan Hajah Rahmah ni sentiasa penuh bila waktu tengahari. Kebanyakan yang datang adalah pekerja-pekerja swasta or kerajaan yang keluar lunch..memang full, silap-silap tak dapat tempat duduk...Kedai makan Hajah Rahmah ni terletak di Bukit Katil, Melaka..Senang nak cari sebab terletak di tepi jalan besar je...landmark dekat dengan sekolah...rasanya cam bekas sekolah Hafiz Jantan...aku agak la...Sapa Hafiz Jantan tu? alah yang pecah rekod kebangsaan olahraga lari 100m tu.....
Ok berbalik kepada Hajah Rahmah ni, banyak juga pilihan lauk-pauk yang ada...sebab tu la kot menjadi antara tumpuan orang makan tengahari kat sini...Kari kepala ikan pun ada kat sini beb, biasanya banyak kat belah-belah utara jer.....Masakan yang feveret orang melaka confirm la ada which is asam pedas....
Kedai Makan Hajah Rahmah, Bukit Katil, Melaka

Antara lauk pauk yang ada kat sini
Selain tu ada gak, diorang jual kuih...yang paling aku suka tempe goreng...ok la makan panas-panas baru sedap...selain tu ada air tepu yang fresh, yang baru diperah yang dihidangkan dalam bentuk jag..korang pilih la berapa banyak jag yang korang nak...jangan buat mandi sudah...
Oleh sedap hari tu aku makan ramai-ramai, so banyak gak la lauk-pauk yang aku ambil, malas nak cerita lauk apa, korang tengok la sendiri dalam gambar tu...
hidangan tengahari aku

kuih-muih
Cara mudah kalau nak cari kedai makan Hajah Rahmah ni, guna je GPS koordinat yang aku kasi ni....senang...tapi kalau korang guna signboard board, ok je...cari je Bukit Katil....Ok, selamat mencari dan mencuba yer.....

  gps koordinat = 2°13'39.2"N 102°17'58.6"E

google map hajah rahmah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...