Sarapan pagi di medan selera HIG, Kuah, Langkawi

Pusing punya pusing pekan Kuah, Langkawi ni nak cari kedai untuk sarapan pagi, last-last jumpa medan selera HIG ni....HIG tu apa???? HIG tu 'Haji Ismail Group'...medan selera ni betul-betul depan kompleks HIG yang orang suka shopping tu...Medan selera HIG ni aku tengok pagi-pagi tak banyak yang buka lagi, ada la dalam 3-4 kedai yang dah buka pagi tu...ok la daripada takde kan...
Medan Selera HIG, Kuah Langkawi
Kat medan selera tu, ada kedai nasi kandar (Restoran Haji Ali), sbb tu la kot orang datang nak sarapan...selain tu ada gak gerai yang jual nasi lemak, gerai jual ayam gunting...Jadi pilihan aku kali ni, aku makan roti canai, nasi lemak dan aku order gak ayam gunting tu...
Restoran Haji Ali (nasi kandar) medan selera HIG

roti canai
Senanag je nak cari medan selera HIG ni....Pas sarapan korang boleh la pi cuci mata kat komplek HIG...nak beli coklat ke, pinggan mangkuk ke.....

gps koordinat medan selera HIG : 6°19'30.7"N 99°50'55.6"E

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...