1

2

3

4

Showing posts with label Pulau Langkawi. Show all posts
Showing posts with label Pulau Langkawi. Show all posts

Idamanriah Cafe Roti Canai bersebelahan dengan Bangunan Plaza Langkawi, Kuah

Idamanriah Cafe
Idamanriah Cafe

roti canai in action
roti canai in action
Ni salah satu port baik untuk sarapan pagi di Kuah Langkawi. Gerai ni namanya  Idamanriah Cafe Roti Canai yang terletak betul-betul sebelah bangunan Plaza langkawi...tapi tak pasti plak Plaza Langkawi ni masih beroperasi atau bangunan tinggal je....

Kedai Idamanriah Cafe ni, korang boleh layan la roti canai..terutamanya peminat roti canai macam anak aku yang bongsu...memang hantu roti canai..sekali makan wajib 2 keping😁😁😁...

roti canai
roti canai
Tapi kalau korang nak bersarapan benda lain selain roti canai, ada je menu lain...korang boleh cuba makan nasi lemak, lontong, kuih muih dan lain-lain...
nasi lemak dan kuih muih
nasi lemak dan kuih muih

pagi-pagi pun dah banyak masakan
pagi-pagi pun dah banyak masakan

boleh pilih nak makan lontong atau nasi himpit kuah kacang
boleh pilih nak makan lontong atau nasi himpit kuah kacang

lontong
lontong 
Masa aku datang bercuti ni yang aku perasan ramai orang singgah sarapan di sini...Mungkin ke gerai ni famous tapi aku taktau?πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚..... Aku main terjah jer ni...tapi kalau korang nak singgah sini, aku sertakan gps koordinat dan google map lokasi Idamanriah Cafe ni.

GPS koordinat: 6°19'22.0"N 99°50'52.4"E atau 6.322768, 99.847883

PappaRich, Langkawi

Sebelum balik naik feri ke Kuala Perlis, singgah dulu minum petang di PappaRich. PappaRich ni dekat jer dengan jeti Kuah, Langkawi. Feri aku tiket 5.30 petang, jadi ada masa lagi untuk minum petang.
PappaRich Langkawi
PappaRich Langkawi

PappaRich Langkawi
PappaRich Langkawi

Kepada peminat-peminat papparich, boleh la terjah sini. Aku tak minat sangat, ni pun first time masuk papparich...nak pilih menu pun tak tau mana best...hihiihihi
Jadi aku order je menu minum petang aku...harap-harap sedap...hahaha
white coffee
white coffee

roti
roti

ABC special with ice cream
ABC special with ice cream
GPS koordinat PappaRich Langkawi : 6°18'34.3"N 99°51'21.3"E atau 6.309519, 99.855916

Restoran Pak Ya Nasi Ayam, Kuah Langkawi

Pusing-pusing area Kuah, Langkawi, aku terserempak dengan restoran jual nasi ayam jer iaitu Restoran Pak Ya Nasi Ayam. Peminat-peminat nasi ayam, please take note, kat Kuah Langkawi ada restoran nasi ayam.
Restoran Pak Ya Nasi Ayam, Kuah Langkawi
Restoran Pak Ya Nasi Ayam, Kuah Langkawi

Restoran Pak Ya Nasi Ayam, Kuah Langkawi
Restoran Pak Ya Nasi Ayam, Kuah Langkawi
menu makanan simple jer....semuanya berkaitan nasi ayam..hihiihi.. tak pecaya boleh tengok senarai menu dalam gambar dibawah ni.
Senarai menu Pak Ya Nasi Ayam
Senarai menu Pak Ya Nasi Ayam
Nasi ayam Pak Ya pun agak rare jugak la dari nasi ayam yang lain, sebab nasi ayam Pak Ya ni ayam tu diorang letak kobis... biasa orang akan letak daun salad kan.... tapi diorang sekali letak kobis daaa.....
set nasi ayam Pak Ya
set nasi ayam Pak Ya
So, kepada peminat-peminat nasi ayam, boleh la terjah dekat Pak Ya Nasi Ayam ni. Aku sertakan lokasi gps koordinat dan google map sebagai panduan korang.
GPS koordinat : 6°19'29.4"N 99°50'37.6"E atau 6.324835, 99.843781

makan ais krim dan coconut shake santai-santai di Pantai Cenang

Tempat yang pelancong mat salleh suka di langkawi ni adalah di Pantai Cenang. Di sini kalau nak tengok mat salleh, bersepah... MAt Salleh ni diorang suka berjemur di tepi pantai.
Ada banyak kedai-kedai sepanjang Pantai Cenang ni, aku cuma nak fokus dekat kedai/kiosk jual ais krim dan coconut shake je dalam posting ni.
kiosk yang ada jual coconut shake dan ais krim
kiosk yang ada jual coconut shake dan ais krim
Kiosk ais krim tu namanya Halim GP, Gelato Cabana
Ais krim Gelato Cabana
Ais krim Gelato Cabana

pelbagai flavor yang ada
pelbagai flavor yang ada

Halim GP, Gelato Cabana
Halim GP, Gelato Cabana
Untuk coconut shake pulak, kiosknya adalah 'COCONUT SHAKE'
coconut shake
coconut shake

kiosk coconut shake
kiosk coconut shake
GPS Koordinat dan google map kiosk ni adalah seperti berikut:
GPS koordinat : 6°17'31.2"N 99°43'35.4"E atau 6.292007, 99.726511

Makan Malam Di EE Burger Pekan Rabu, Kuah Langkawi

EE Burger ni sebenarnya buka jual burger je. Ada banyak menu-menu makan malam yang lain di sini. Ada makanan western, ada juga yang goreng-goreng macam nasi goreng, mee goreng. Aku pernah datang dulu kat EE Burger Pekan Rabu ni. Boleh tengok posting aku yang lepas pasal EE Burger Pekan Kuah ni. Masa tu aku just beli bungkus je burger dan makan di hotel.
Kali ni aku datang lagi, tapi nak makan terus kat sini je. Hujan la pulak! kena tunggu customer lain yang duduk bawah meja berpayung habis makan dulu...
EE Burger Pekan Kuah
EE Burger Pekan Kuah

EE Burger Pekan Kuah
EE Burger Pekan Kuah
EE Burger ni tepi jalan jer... Kalau korang dari jeti Kuah, tak sampai 5 minit korang akan sampai. Cari di area Pekan Rabu, tak payah masuk ke dalam, boleh nampak tepi jalan jer. Antara menu-menu lain selain burger yang ada di EE burger, korang boleh tengok antara senarai menu yang aku sempai snap kat bawah ni.
EE Burger Menu
EE Burger Menu
EE Burger Menu
EE Burger Menu
EE Burger Menu
EE Burger Menu
EE Burger Menu
EE Burger Menu


EE Burger Menu
EE Burger Menu
Jadinya, lepas aku dah dapat port baik duduk bawah meja berpayung, aku pus terus mengorder. Makanan kena pi ambil sendiri bila diorang sebut nombor giliran kita. Jadi kena alert la panggilan-panggilan nombor tersebut.
Dari menu-menu tersebut, aku makan malam aku adalah seperti gambar-gambar di bawah ni.
garlic bread
garlic bread

mushroom soup
mushroom soup

burger daging
burger daging

nasi goreng
nasi goreng

spaghetti carbonara
spaghetti carbonara
Begitu la kisahnya makan malam aku di EE Burger Pekan Rabu ni. Kalau korang nak cuma makan di sini, cari la di Pekan Rabu, area Kuah. Aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.
GPS koordinat : 6°19'04.2"N 99°51'04.5"E atau 6.317831, 99.851258

Uncle Jai Cafe, Langkawi.... ala-ala food court

Uncle Jai Cafe di Langkawi ni adalah tempat makan ala-ala food court. Kiranya macam food court moden la... Uncle Jai Cafe ni juga salah satu tempat makan yang menjadi tumpuan ramai. Parking pun ada orang yang jagakan untuk pelanggan-pelanggan uncle jai cafe ni.
Uncle Jai Cafe
Uncle Jai Cafe

Uncle Jai Cafe
Uncle Jai Cafe

orang ramai menjamu selera di Uncle Jai Cafe
orang ramai menjamu selera di Uncle Jai Cafe

Yang aku perasan, Uncle Jai Cafe food court ni sebenarnya, main restoran adalah milik Uncle Jai. Uncle Jai Cafe sendiri dan ada memu-menu diorang yang tertentu. Cumanya, kita korang nak makan selain yang ada dalam menu Uncle Jai Cafe ni, korang boleh pilih di kiosk-kiosk lain dalam uncle jai cafe ni. Kiosk-kiosk tu la yang 'food court'. Banyak juga pilihan makanan di sini.
menu uncle jai cafe
menu uncle jai cafe

menu uncle jai cafe
menu uncle jai cafe
So, aku mix la menu, ada yang aku order dari menu uncle jai cafe, ada juga menu dari kiosk-kiosk di sekeliling uncle jai cafe ni.
sosej
sosej

nachos cheese
nachos cheese

yang ni aku lupa nama menu dia...hihihi
yang ni aku lupa nama menu dia...hihihi

spaggetti cabonara
spaggetti cabonara

nasi goreng daging black pepper
nasi goreng daging black pepper

nasi goreng uncle jai special
nasi goreng uncle jai special
Begitu la kisah aku di Uncle Jai Cafe ni. Tapi yang tak bestnya, service agak lambat la....nak tunggu order korang sampai, boleh bikin hati panas ooooo.... kena ada tahap kesabaran yang tinggi. Mungkin masa aku datang tu memang ramai orang sangat kot. Apa-apa pun uncle jai, boleh upgrade sikit kepantasan supaya pelanggan tak tunggu lama. Makanan di Uncle Jai, terbaik bro!
Korang boleh cari Uncle Jai Cafe ni di Kuah Langkawi. Boleh rujuk GPS koordinat dan google map.
GPS koordinat : 6°19'46.0"N 99°49'55.5"E atau 6.329440, 99.832073

Makan tengahari di Restoran Selera Akmal, Padang Matsirat, Langkawi

Restoran Selera Akmal yang terletak di Padang Matsirat ni, boleh la korang jadikan salah satu tempat menarik untuk korang makan tengahari. Pelbagai masakan lauk pauk ada di Selera Akmal ni. Lagi pun dekat je dengan tempat bersejarah beras terbakar. Habis tengok beras terbakar, boleh lajak terus ke Akmal Selera ni.
Selera Akmal, Padang Matsirat
Selera Akmal, Padang Matsirat

Selera Akmal, Padang Matsirat
Selera Akmal, Padang Matsirat

Bagi selera aku pulak, sama cam selera si akmal...hihihii... maksudnya aku suka la makanan di Selera Akmal ni. Sedap dan berbaloi.
Banyak pilihan masakan lauk pauk
Banyak pilihan masakan lauk pauk

Banyak pilihan masakan lauk pauk
Banyak pilihan masakan lauk pauk

Lokasi Selera Akmal secara spesifik mengikut gps koordinat dan google map, boleh rujuk seperti dibawah:
gps koordinat : 6°20'56.8"N 99°43'52.0"E atau 6.349123, 99.731113

Makan Tengahari di Restoran Kak Yan Nasi Campur, Ulu Melaka, Langkawi

Salah satu tempat makan tengahari yang sedap adalah di Restoran Kak Yan Nasi Campur, di Ulu Melaka. Bukan di Melaka tapi di Langkawi. Ulu Melaka jauh la sikit dari Pekan Kuah. Tapi berbaloi la untuk jalan-jalan cari makan.
Kak Yan Nasi Campur, Ulu Melaka
Kak Yan Nasi Campur, Ulu Melaka

Tempat ni pun famous gak la... waktu tengahari memang ramai orang datang ke sini. Makanan pun banyak. Sebab banyak sangat sampai nak pilih mana satu pun ambil masa yang lama. Selain tu, ikan bakar pun ada di sini.
Banyak sungguh makanan yang sedap-sedap
Banyak sungguh makanan yang sedap-sedap

pelbagai jenis ikan bakar
pelbagai jenis ikan bakar

Lebih kurang berminit-minit, baru la dapat buat keputusan nak ambil lauk apa. Last-last aku ambil tiga ekor ikan kembong bakar, sayur kacang panjang, sambal belacan dan sedikit kuah masak lemak. kombinasi terbaik.
nasi campurku
nasi campurku

Kesimpulannya, Kak Yan Nasi Campur ni memang terbaik dan aku rekomen kat korang untuk mencuba makan tengahari di sini.
sesak dengan orang ramai
sesak dengan orang ramai

Jadi, jika korang nak datang ke Kak Yan Nasi Campur, cari le dekat Ulu Melaka atau korang boleh guna je gps koordinat dan google map seperti di bawah ni. Kak Yan Nasi Campur ni dekat kawasan kampung tau, bukan tengah-tengah bandar.
gps koordinat : 6°21'03.5"N 99°45'53.8"E atau 6.350963, 99.764931