Showing posts with label Kuah. Show all posts
Showing posts with label Kuah. Show all posts

Resepi Kuah Yong Tau Foo

Kuah Yong Tau Foo
Kuah Yong Tau Foo

Bahan-bahan: 
  • 3 sudu besar serbuk cili - saya pakai brand Faiza
  • 6 sudu besar gula merah, dilarutkan dengan 2 cawan air
  • 1/2  botol sos cili - saya pakai brand Life
  • 1/2 botol kicap pekat manis - saya pakai kicap Haji
  • 5 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar petis udang - tak guna pun boleh je
  • 3 sudu besar tepung gandum, dibancuh dengan air sehingga larut (tak berketul)
  • 2 sudu besar bijan (dipanggang duhulu)
  • Serbuk kacang tanah
  • Boleh tambah garam atau gula jika perlu.
Cara penyediaan:
  • Dalam periuk, campur serbuk cili, sos cili, sos tiram, kicap pekat, petis udang dan bancuhan air bersama gula merah. Kacau rata sehingga sebati. Jika terlalu pekat tambah sedikit air. Masak sehingga mendidih sambil dikacau
  • Bila mendidih, masukkan bancuhan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga kuah menjadi pekat.
  • Bila nak hidang, gaul dengan bahan-bahan frozen yang dicelur terlebih dahulu termasuk kangkung. Tabur kacang tanah hancur dan bijan. Siap!

Sarapan pagi roti canai di Warung Roti Canai Penarak, Jalan Inderaloka, Kuah, Langkawi

 

Warung Roti Canai Penarak, Kuah Langkawi
Warung Roti Canai Penarak, Kuah Langkawi

Warung Roti Canai Penarak, Kuah Langkawi
Warung Roti Canai Penarak, Kuah Langkawi
Aku round di area Kuah, Langkawi pagi-pagi sebab nak cari port sarapan roti canai yang sempoi-sempoi sikit...Cari punya cari, last sekali terjumpa jugak la warung roti canai yang rare jugak la...Warung tu adalah Warung Roti Canai Penarak, di Jalan Inderaloka, Kuah...Tempat ni agak ke terbelakang sikit tempat di dari kawasan tumpuan pelancong..
roti canai tengah di masak...padu ooo
roti canai tengah di masak...padu ooo
Yang menarik di Warung Roti Canai Penarak ni, ada pelbagai menu roti canai selain menu standard roti canai yang kebiasaan kita makan tu...antara roti canai yang rare di sini adalah roti sarang burung special, roti balak, roti teloq gedik, roti leleh, roti gulai, roti kawin.....

Pagi-pagi makan roti canai yang padu ni, di sulam dengan teh tarik...memang ngam la...

roti canai kawin
roti canai kawin

teh tarik
teh tarik

roti canai sarang burung special
roti canai sarang burung special

roti canai banjir
roti canai banjir

roti canai kosong
roti canai kosong
Memang terbaik...korang pun kalau datang melancong ke Langkawi ni boleh la lajak ke Warung Roti Canai Penarak ni....siyressss tak tipu, sedaapp....

Kepada yang nak datang ke sini, boleh rujuk gps koordinat dan google map seperti di bawah.

GPS koordinat: 6°18'26.4"N 99°51'41.1"E atau 6.3073212784373665, 99.86140739798678

https://maps.app.goo.gl/W8eugcrpSJaREkQy8


Makan malam di Restoran Desa Permata Ikan Bakar, Kuah Langkawi

Restoran Desa Permata Ikan Bakar, Kuah Langkawi
Restoran Desa Permata Ikan Bakar, Kuah Langkawi

Restoran Desa Permata Ikan Bakar, Kuah Langkawi
Restoran Desa Permata Ikan Bakar, Kuah Langkawi
Ni kali kedua aku makan di Restoran Desa Ikan Bakar, di Kuah Langkawi... Kali pertama datang sini sebelum lockdown covid...Boleh tengok posting aku yang lepas DISINI. Disebabkan masa kali pertama datang tu, aku rasa sedap makanan di sini, jadi trip Langkawi aku kali ni, nak juga repeat makan sekali lagi di Restoran Desa Ikan Bakar ni..
boleh pilih ulam-ulaman
boleh pilih ulam-ulaman

udang, sotong, kerang, ketam boleh pilih sendiri
udang, sotong, kerang, ketam boleh pilih sendiri

ikan yang segar-segar
ikan yang segar-segar
Korang boleh pilih sendiri seafood apa yang nak korang makan...bila dah pilih, bagitau jer korang nak buat masa apa...kat sini ikan bakar memang padu....Kali ni aku pilih menu set jer..siakap aku minta buat 3 rasa manakala ikan cencaru aku minta buat bakar...sotong goreng tepung yang menu set ni, dioran guna yang sotong besar..tak fresh la sikit..kalau korang nak sotong fresh pilih sendiri yang segar-segar..Sotong tu aku buat sotong goreng tepung....
sotong goreng tepung
sotong goreng tepung

telur dadar
telur dadar

sup ayam
sup ayam

siakap 3 rasa
siakap 3 rasa

ulam-ulaman dan sambal belacan
ulam-ulaman dan sambal belacan

menu lengkap
menu lengkap

ikan cencaru bakar
ikan cencaru bakar
Ternyata makan sedap-sedap di Restoran Desa Permata Ikan Bakar ni...Kalau korang nak cari restoran ni, korang cari Idaman Suri...Golongan mak-mak pasti tahu Idaman Suri ni😂😂😂...Dekat simpang traffic light tu, korang belok masuk ke jalan menuju Taman Desa Permata...dekat tengah-tengah taman tu, ada macam gerai food court la...tapi bukan food court....Restoran Desa Permata Ikan Bakar ni no 5 dan 6.

GPS koordinat: 6°19'44.4"N 99°51'43.3"E atau 6.329002667007021, 99.86203999811056

https://maps.app.goo.gl/ZsM2joCdMtVjGz58A

Old Town White Coffee, Kuah Langkawi

 

Old Town White Coffee, Kuah Langkawi
Old Town White Coffee, Kuah Langkawi
Saja jer nak bagitau korang, aku makan di Old Town Coffee di Pekan Kuah, Langkawi...Aku takda nak review sangat Old Town White Coffee ni sebab standard je mana-mana restoran ni kat mana pun...Sistem sama, menu sama, decoration dalaman pun lebih kurang sama... Saja nak share menu yang aku makan disini seperti gambar-gambar dibawah ni. Ada banyak lagi menu lagi, cuma ni la pilihan untuk aku nak makan waktu tu...
air soya dan white coffee ais
air soya dan white coffee ais

mee kari
mee kari

mee wantan
mee wantan

roti bakar
roti bakar
Restoran Old Town White Coffee ni bertentangan dengan MAHA tower....Sebab apa aku makan sini, sebab aku check in hotel sebelah Old Town White Coffee ni😂😂😂😂... Kebetulan hujan lebat, malas nak cari makan kat tempat lagi, so layan jer Old Town White Coffee😁😁😁

GPS koordinat: 6°19'18.5"N 99°50'51.1"E atau 6.3217953328329095, 99.84753363369263

https://maps.app.goo.gl/B3ebjnDduNcWGgKk9

Restoran Thai BBQ Seafood, Kuah Langkawi

 

Restoran Thai BBQ Seafood
Restoran Thai BBQ Seafood

Restoran Thai BBQ Seafood
Restoran Thai BBQ Seafood
Aku baru je sampai di Langkawi ni...naik feri dari Kuala Perlis...Sebelum nak check in hotel jam 3 petang, cari dulu la makanan...dalam feri takda disediakan makanan tengahari😂😂😂... Disebabkan aku booked hotel di area Kuah, jadi aku cari je kedai-kedai makan area Kuah....dan terjumpa la Restoran Thai BBQ Seafood ni...Masa ada sampai ni, diorang macam baru nak setup...kiranya baru nak buka la restoran tu...aku ni first customer yang datang hari tu😁 
menu Thai BBQ Seafood
menu Thai BBQ Seafood

menu Thai BBQ Seafood
menu Thai BBQ Seafood

menu Thai BBQ Seafood
menu Thai BBQ Seafood

menu Thai BBQ Seafood
menu Thai BBQ Seafood
Sesuai dengan nama restoran ni, menu-menu memang masakan ala thai la...korang boleh order menu ala carte ataupun boleh jugak ambil yang menu set...Takda la mahal sangat harga di sini...Kalau nak compare makanan di restoran terapung yang ada sangkar ikan tu, menu set yang aku makan tu boleh order 2 menu set dekat Thai BBQ Seafood ni...
Som Tam
Som Tam

sup ayam
sup ayam

sambal belacan dan timun
sambal belacan dan timun

nasi goreng daging
nasi goreng daging

cucur udang kuah kacang
cucur udang kuah kacang

paprik daging

nasi goreng paprik daging
nasi goreng paprik daging
Aku tak order yang set...ambil yang ala carte saja...semua sedap-sedap.... Paprik daging macam rare sikit yang kebiasaan aku makan di kedai-kedai lain, walaupun begitu tetap sedap dan padu... Som tam pun sedap..tapi pedas la sikit.... Cucur udang kuah kacang pun padu...Aku siap repeat order hari esoknya...

Sangat rekomen untuk korang try....boleh cari di Kuah Langkawi... GPS koordinat dan google map seperti di bawah.

https://maps.app.goo.gl/dsn6yvN61Hpa86Cw8

6°19'25.3"N 99°50'44.1"E atau 6.3237056455959175, 99.84556731222627

Makan malam di Tanjung Tirai View Cafe, Kuah Langkawi

Tanjung Tirai View Cafe
Tanjung Tirai View Cafe

Tanjung Tirai View Cafe
Tanjung Tirai View Cafe
Restoran Tanjung Tirai View Cafe ni terletak di Bamboo Beach Resort Penarak, Jln Traveloka Langkawi, Kuah, 07000 Langkawi. Sini makanan kebanyakkanya makanan seafood. Bentuk restoran pun rare sikit. Macam naik kapal...separuh dilaut, separuh lagi didarat. Kalau datang siang, boleh la tengok view laut... aku datang malam, jadi tak nampak la sangat view laut ni.
yang gelap-gelap tu sebenarnya laut
yang gelap-gelap tu sebenarnya laut

restoran ni kat sini la...ni gambar yang gantung dekat restoran tu
restoran ni kat sini la...ni gambar yang gantung dekat restoran tu
Kalau nak makan seafood, korang boleh pilih yang fresh-fresh. Pilih dan bagitau diorang nak buat masak apa...nanti diorang akan sediakan... So menu yang aku order ni aku ambil siakap masak asam jawa sebab diorang cakap menu siakap ni memang menu berhantu diorang la...kira special menu la ni...selain tu aku order gak la sotong goreng tepung, kailan ikan masin, dan telur dadar...air aku pilih limau asam boi dengan nescafe ais..
sotong goreng tepung
sotong goreng tepung

kailan ikan masin
kailan ikan masin

siakap masak asam jawa
siakap masak asam jawa

telur dadar
telur dadar

limau asam boi dan nescafe ais
limau asam boi dan nescafe ais
Ok la bagi aku...sedap gak la...kalau korang nak cuba makan di sini boleh cari di Kuah atau boleh guna gps koordinat dan google map seperti di bawah:

GPS koordinat: 6.306374607205294, 99.86199699648976

Resepi kuah rojak buah

kuah rojak buah
kuah rojak buah

Bahan:
  • 1 botol sos cili
  • 1 botol kicap lemak manis 
  • 350 gm gula
  • 3 keping nisan besar (agak-agak je kalau guna gula melaka @ merah)
  • sedikit blacan
  • cili kering blend ( ikut suka )
Cara:
  • Masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk periuk (kecuali bijan dengan kacang)
  • boleh masukkan air dalam botol-botol tu untuk habis kan sisa-sisa sos dan kicap..
  • masak guna api sederhana saja... masak sampai pekat... 
  • dah pekat baru boh bijan tadi, kacau tutup api...
  • seimbangkan rasa...
  • bijan di sangai (suka hati nak letak ke tak)
  • kacang tanah di goreng ( blend kasar nak makan baru letak)

kredit resepi : Tg Khuzanika‎

PappaRich, Langkawi

Sebelum balik naik feri ke Kuala Perlis, singgah dulu minum petang di PappaRich. PappaRich ni dekat jer dengan jeti Kuah, Langkawi. Feri aku tiket 5.30 petang, jadi ada masa lagi untuk minum petang.
PappaRich Langkawi
PappaRich Langkawi

PappaRich Langkawi
PappaRich Langkawi

Kepada peminat-peminat papparich, boleh la terjah sini. Aku tak minat sangat, ni pun first time masuk papparich...nak pilih menu pun tak tau mana best...hihiihihi
Jadi aku order je menu minum petang aku...harap-harap sedap...hahaha
white coffee
white coffee

roti
roti

ABC special with ice cream
ABC special with ice cream
GPS koordinat PappaRich Langkawi : 6°18'34.3"N 99°51'21.3"E atau 6.309519, 99.855916