Showing posts with label medan selera. Show all posts
Showing posts with label medan selera. Show all posts

Medan Selera (food court) di Cable Car Langkawi

Medan Selera (food court) di Cable Car Langkawi
Medan Selera (food court) di Cable Car Langkawi

Medan Selera (food court) di Cable Car Langkawi
Medan Selera (food court) di Cable Car Langkawi
Kereta Kabel (Cable Car) ni terletak di dalam kawasan Oriental Village.. Dalam ni kira macam tempat menarik yang korang boleh masuk...tapi semuanya kena ada tiket ler...Kedai makanan pun banyak, cumanya semua jual menu-menu yang hispter la sikit....Tapi kalau tekak korang tekak melayu, mesti nak kena cari nasi jugak kaaaannn....Jangan takut jangan risau sebab dalam oriental village ni ada medan selera yang jual makanan normal tekak melayu la....ada nasi campur, ada juga makanan yang goreng-goreng...
nasi goreng daging
nasi goreng daging

laksa
laksa

nasi goreng pataya
nasi goreng pataya

gerai yang jual makanan goreng-goreng (tweenz corner)
gerai yang jual makanan goreng-goreng (tweenz corner)
Nak tak nak, korang perlu gak makan dalam oriental village ni..sebab kebiasanya korang akan spend masa 1 hari untuk masuk ke semua tempat yang bertiket dalam ni...Macam aku beli pakej cable car termasuk sekali dengan skydome, 3D museum dan Trex....tambah pulak masa aku datang ni ramai orang, beratur untuk naik cable car je dah ambil masa 2 jam!

GPS koordinat: 6.370629550778084, 99.6730781179734

https://maps.app.goo.gl/2514JfEvSg4P8Piq7

 

Makan di Gerai Twinz Corner, Medan selera, Persiaran Sembilang, Seberang Jaya, Pulau Pinang

 

Gerai Twinz Corner
Gerai Twinz Corner
Lepas shopping kat Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya, aku terus nak cari makan malam dekat area kawasan seberang jaya ni. Malas nak makan dalam Mall tu sebab kebanyakannya adalah makanan fast food. Kita cari yang santai-santai la....So pusing punya pusing, last-last terjumpa la Medan Selera di Persiaran Sembilang, Seberang Jaya...Dalam tu aku pilih nak try makan di Gerai Twinz Corner.
Medan selera, Persiaran Sembilang, Seberang Jaya
Medan selera, Persiaran Sembilang, Seberang Jaya
Medan Selera ni ada ke dalam sikit..kalau dari Sunway Carnival Mall, kena U-turn dan masuk Simpang yang ada Masjid Sembilang...Kalau dari Lotus pun boleh....
menu Twinz Corner
menu Twinz Corner

menu Twinz Corner
menu Twinz Corner
Gambar kat atas tu adalah menu-menu yang terdapat di gerai Twinz Corner ni...Kebanyakkannya adalah menu makanan yang goreng-goreng. 
nasi goreng udang
nasi goreng udang

nasi goreng daging
nasi goreng daging

telur dadar
telur dadar

sup ayam
sup ayam

sotong masak halia
sotong masak halia
Makan kat Twinz Corner ni sedap la gak bagi aku...boleh la korang nak try. Boleh cari di food court Persiaran Sembilang ataupun korang boleh rujuk je gps koordinat dan google map seperti di bawah.

GPS koordinat: 5°24'16.0"N 100°24'07.4"E atau 5.404430, 100.402068


Makan di Medan Selera lotus Seri Tanjung Pinang, Tanjung Tokong, Pulau Pinang

Medan Selera lotus Seri Tanjung Pinang
Medan Selera lotus Seri Tanjung Pinang

Medan Selera lotus Seri Tanjung Pinang
Medan Selera lotus Seri Tanjung Pinang
Aku ada program family day kat area Tanjung Bungah...jadi kebetulan ada di sini, aku singgah la Lotus Seri Tanjung Pinang ni yang terletak di Tanjung Tokong untuk beli barang-barang keperluan untuk ber family day...

Di pendekkan cerita....aku lapar😂😂😂😂😂....jadi aku terus tuju ke medan selera dalam Lotus ni...banyak jugak pilihan makanan di Medan Selara ni...Tanpa membuang banyak masa, terus aku mengoder makanan😅😅😅😅

nasi goreng belacan
nasi goreng belacan

mee goreng
mee goreng

sizzling yee mee
sizzling yee mee

nasi goreng udang
nasi goreng udang
Ok dah kenyang, jom sambung balik shopping😂😂😂

GPS koordinat Lotus Seri Tanjung Pinang: 5.459167106053387, 100.30848294806931

"Kopi Kampung" di medan selera Bandar Perda, Pulau Pinang

gerai 'kopi kampung'
gerai 'kopi kampung'
Gerai kopi kampung ni terletak di medan selera Bandar Perda, Pulau Pinang. Medan selera ni diorang panggil juga sebagai Astaka Bandar Perda. Peminat-peminat kopi boleh nak nak try yang ni. Aku just nak maklumkan kat korang di medan selera ni ada jual kopi. Aku try 'kopi kampung' satu dan satu lagi anak aku nak perisa 'coklat senyum'. Kat bawah ni ada menu di gerai Kopi Kampung ni untuk korang nak ushar-ushar/tengok-tengok....💖💖.
'kopi kampung' dan 'coklat senyum'
'kopi kampung' dan 'coklat senyum'

menu di gerai kopi kampung
menu di gerai kopi kampung
Kepada yang nak cuba kopi ni, boleh datang di medan selera bandar Perda ni. Boleh rujuk gps koordinat dan google map di bawah lokasi tempat ni.

GPS koordinat: 5°22'05.6"N 100°25'35.6"E atau 5.368225, 100.426566

Pelbagai makanan ada di Medan Selera Parit Buntar, Perak

Medan Selera Parit Buntar atau Gerai Penjaja statik Jalan Maharaja

kiri kanan kedai makan sepanjang medan selera
Puas pusing-pusing Parit Buntar nak cari tempat makan, akhirnya terjumpa dengan medan selera ni. Kalau ikut signboard kat depan medan selera ni tulis Gerai Penjaja Statik Jalan Maharaja. Nampak macam menarik jer....so terus ler aku singgah. Dalam medan selera ni banyak gerai makan yang korang boleh pilih. Nak makan apa semuanya ada. Semuanya dalam satu bumbung. Sambil dok jalan tu, aku perhati kiri-kanan nak cari makanan yang sempoi-sempoi. Akhirnya aku singgah dekat gerai member station. Opppsss, jangan salah faham, bukan gerai member aku, nama gerai tu sebenarnya member station.
Dekat gerai member station ni ada masakan goreng-goreng dan juga masakan barat. Yang paling best, yang rare sikit dari yang lain, ada ketam lembut dengan pilihan masakan. Ketam lembut ni specialnya kita boleh makan terus dengan kulit-kulit sekali.
Jadi, selera aku kali ni, aku pilih nasi goreng ketam lembut, nasi goreng kampung dan cheesy wedges sebagai pencuci mulut, kononnya la..hihihi
gerai members' station

nasi goreng ketam lembut

nasi goreng kampung

cheesy wedges
Jika korang sedang mencari medan selera ni, landmark paling mudah korang cari stesen bas Parit Buntar. Medan Selera ni ada dekat-dekat situ jer. Tapi kalau tak jumpa jugak, boleh guna gps koordinat yang aku sediakan seperti di bawah. Google map pun ada sekali.
gps koordiant : 5°07'01.5"N 100°29'12.1"E atau 5.117072, 100.486698

Makan-makan di medan selera Mydin Parit Buntar

Nasi Kandar Padang Kota, Mydin Parit Buntar, Perak
Selepas dah puas bershopping di Mydin Parit Buntar, boleh la rehat dan makan-makan di medan selera (food court). Ataupun korang memang saja-saja nak datang makan di sini pun ok jugak. Gerai utama di Mydin ni, biasa la kan, tentunya restoran nasi kandar. Banyak menu di Nasi Kandar Padang Kota ni. dari yang ringan-ringan hingga ke makanan yang berat-berat. Roti canai. roti bom, tosai, capati, roti nan, tandori, mee goreng, nasi goreng, goreng-goreng, nasi kandar etc. Dekat restoran Nasi Kandar Padang Kota ni pun dah macam-macam ada, belum lagi round ke gerai-gerai yang lain. Antara gerai makanan lain yang ada di medan selera Mydin Parit Buntar ni adalah young tau foo, dessert & ice cream, minuman, nasi campur, western food, selera nusantara, clay pot and hot plate, aneka sup dan nasi ayam.
gerai-gerai lain di Mydin Parit Buntar

GPS koordinat mydin Parit Buntar, Perak : 5°07'42.3"N 100°28'59.2"E

Bersarapan pagi di medan selera berdekatan dengan dataran helang Langkawi

Pagi tu hujan lebat. Misi mencari tempat sarapan best agak terhad. Last-last jumpa dengan medan selera berdekatan dataran helang ni....so, bedal je la walaupun satu kedai je buka pagi tu..tapi sebab kedai yang satu tu ada roti canai, jadi ia telah menepati kreteria sebagai kedai untuk sarapan pagi,,hihihihihi...
satu-satunya gerai yang buka pagi tu....
Selain roti canai, ada juga nasi lemak lauk pilih sendiri. Atas dasar masih lapar, secara tak langsung nasi lemak juga menjadi hidangan aku pada pagi yang mulia tersebut. Hujan masih diluar tak berhenti. Sebab hujan, plan aku untuk island hopping tertangguh. Pasal Island hopping nanti aku cerita detail dalam posting aku yang lain.
roti canai

nasi lemak ayam goreng dengan sayur

nasi lemak ikan kari dengan sayur
Medan selera ni senang je nak cari, sebab dekat dengan tempat tumpuan kan...walau bagaimanapun cam biasa, aku kasi gak la gps koordinat dan google map.

6°18'27.0"N 99°51'14.0"E

Sarapan pagi di medan selera HIG, Kuah, Langkawi

Pusing punya pusing pekan Kuah, Langkawi ni nak cari kedai untuk sarapan pagi, last-last jumpa medan selera HIG ni....HIG tu apa???? HIG tu 'Haji Ismail Group'...medan selera ni betul-betul depan kompleks HIG yang orang suka shopping tu...Medan selera HIG ni aku tengok pagi-pagi tak banyak yang buka lagi, ada la dalam 3-4 kedai yang dah buka pagi tu...ok la daripada takde kan...
Medan Selera HIG, Kuah Langkawi
Kat medan selera tu, ada kedai nasi kandar (Restoran Haji Ali), sbb tu la kot orang datang nak sarapan...selain tu ada gak gerai yang jual nasi lemak, gerai jual ayam gunting...Jadi pilihan aku kali ni, aku makan roti canai, nasi lemak dan aku order gak ayam gunting tu...
Restoran Haji Ali (nasi kandar) medan selera HIG

roti canai
Senanag je nak cari medan selera HIG ni....Pas sarapan korang boleh la pi cuci mata kat komplek HIG...nak beli coklat ke, pinggan mangkuk ke.....

gps koordinat medan selera HIG : 6°19'30.7"N 99°50'55.6"E

Makan tengahari di medan selera Taman Siakap, Seberang Jaya

Jalan punya jalan cari makan, tertiba ternampak medan selera Taman Siakap ni kat area Seberang Jaya betul-betul bertentangan dengan bangunan ARENA. Medan Selera ni parking agak terhad jugak la, tapi takde la susah sangat nak dapat parking. Banyak gerai makan dalam ni, waktu tengahari orang sentiasa penuh, waktu rehat orang bekerja kot sebab aku tengok ramai yang pakai uniform tempat kerja masing-masing.
Medan Selera Taman Siakap Seberang Jaya Pulau Pinang

Deretan gerai yang banyak, boleh pilih nak makan kedai mana satu
Kat hujung sekali tu, ada gerai char koay teow, tapi aku tak pasti la tengahari bukak ke tak...biasanya diorang start petang sampai malam. Sebelah wing satu lagi ada gak gerai nasi ayam. Tapi yang best yang aku perasan, ada gerai pokok cherry. Gerai ni jual mee goreng, mee rebus, pasembur, koay teow goreng, cendol, ais kacang...lagi apa ek, soory aku tak ingat. Aku pernah review restoran mee pokok cherry kat Kepala Batas. Aku rasa di cawangan diorang kot.
Gerai pokok cherry

Cendol pokok cherry
Cendol untuk basah-basah tekak je....niat aku datang sini nak makan nasi aka makan tengahari hari. Oleh yang demikian, aku pun makan la nasi kat salah satu gerai kat medan selera tu. Pening nak pilih lauk...banyak sangat...so jemput la tengok hidangan makan tengahari aku..hihihihihihi..
nasi, ayam goreng, sayur kacang

nasi, ikan sambal, sayur
Bagi yang nak ke sini, boleh la guna gps koordinat kat bawah ni....juga aku sertakan google map sebagai rujukan dan panduan korang.

5°23'09.3"N 100°24'08.3"E

Makan-makan di food court GM Klang lepas shopping sakan

GM klang dah memang terkenal kat Malaysia ni sebagai tempat memborong barang-barang murah..kiranya gedung membeli belah la...ada macam-macam barang yang ada di sini. Setiap tingkat ada tema barang yang dijual. Nak beli untuk diri sendiri pakai atau pun nak beli untuk nak berniaga...Kalau nak berniaga, kena beli dalam kuantiti yang banyak dan harga pun dapat harga borong dari harga biasa....so boleh la nak berniaga la kan...GM Klang ni, ada 2 block bangunan yang besar....ramainya orang datang tak tau nak cakap la....parking pun bertingkat-tingkat.....
GM Klang
Kalau dah penat ber 'shopping' tu, ada food court di tingkat 6 pada block baru bagunan GM Klang tu. Kiranya block yang kedua tu baru je lagi...sebelum ni semua beroperasi di block lama saja...sebab tu kalau kita tengok kat block baru ni, tak ramai lagi kedai yang buka..
Food court GM Klang

ramai orang di food court GM klang
Bagi yang nak ke sini, nak shopping barang murah-murah or nak dapatkan pemborong untuk nak berniaga, boleh la datang sini..kira macam shopping kat China la feeling-feeling hihihihihihi....Pada yang first time nak datang tu, aku sediakan google map dan gps koordinat untuk korang guna sebagai panduan....

2°59'27.4"N 101°27'03.4"E

Medan selera merdeka Alor Setar Kedah...bertentangan muzium kedah

Satu lagi tempat tumpuan..tempat lepak pada malam hari kat Alor Setar ni adalah di medan selera merdeka yang berhampiran dengan stadium kedah dan bertentangan dengan muzium negeri kedah...Malam-malam bila aku lalu kat situ nampak ramai orang...yang aku pergi ni waktu siang..so nampak cam suam-suam kuku gak la....anyway banyak gerai makan yang ada kat sini...view depan tu ada tasik..rasanya malam cantik kot dengan lampu neon mentari limau menderin...la la la la....view siang tak cantik bro & sis...aku nampak biawak berenang-renang kuak kupu-kupu, bersantai dalam tasik...biasala beb, biawak bandar....hihihihi..ok lah bro & sis, aku belanja la sikit gambar medan selera ni kat korang...tak banyak yang aku sempat snap, tapi oklah la daripada takda kannnnnnnn.......

makan cucur udang sambil-sambil menikmati view tasik

Pintu masuk utama medan selera merdeka Alor Setar