Makan tengahari di medan selera Taman Siakap, Seberang Jaya

Jalan punya jalan cari makan, tertiba ternampak medan selera Taman Siakap ni kat area Seberang Jaya betul-betul bertentangan dengan bangunan ARENA. Medan Selera ni parking agak terhad jugak la, tapi takde la susah sangat nak dapat parking. Banyak gerai makan dalam ni, waktu tengahari orang sentiasa penuh, waktu rehat orang bekerja kot sebab aku tengok ramai yang pakai uniform tempat kerja masing-masing.
Medan Selera Taman Siakap Seberang Jaya Pulau Pinang

Deretan gerai yang banyak, boleh pilih nak makan kedai mana satu
Kat hujung sekali tu, ada gerai char koay teow, tapi aku tak pasti la tengahari bukak ke tak...biasanya diorang start petang sampai malam. Sebelah wing satu lagi ada gak gerai nasi ayam. Tapi yang best yang aku perasan, ada gerai pokok cherry. Gerai ni jual mee goreng, mee rebus, pasembur, koay teow goreng, cendol, ais kacang...lagi apa ek, soory aku tak ingat. Aku pernah review restoran mee pokok cherry kat Kepala Batas. Aku rasa di cawangan diorang kot.
Gerai pokok cherry

Cendol pokok cherry
Cendol untuk basah-basah tekak je....niat aku datang sini nak makan nasi aka makan tengahari hari. Oleh yang demikian, aku pun makan la nasi kat salah satu gerai kat medan selera tu. Pening nak pilih lauk...banyak sangat...so jemput la tengok hidangan makan tengahari aku..hihihihihihi..
nasi, ayam goreng, sayur kacang

nasi, ikan sambal, sayur
Bagi yang nak ke sini, boleh la guna gps koordinat kat bawah ni....juga aku sertakan google map sebagai rujukan dan panduan korang.

5°23'09.3"N 100°24'08.3"E

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...