Makan-makan di food court GM Klang lepas shopping sakan

GM klang dah memang terkenal kat Malaysia ni sebagai tempat memborong barang-barang murah..kiranya gedung membeli belah la...ada macam-macam barang yang ada di sini. Setiap tingkat ada tema barang yang dijual. Nak beli untuk diri sendiri pakai atau pun nak beli untuk nak berniaga...Kalau nak berniaga, kena beli dalam kuantiti yang banyak dan harga pun dapat harga borong dari harga biasa....so boleh la nak berniaga la kan...GM Klang ni, ada 2 block bangunan yang besar....ramainya orang datang tak tau nak cakap la....parking pun bertingkat-tingkat.....
GM Klang
Kalau dah penat ber 'shopping' tu, ada food court di tingkat 6 pada block baru bagunan GM Klang tu. Kiranya block yang kedua tu baru je lagi...sebelum ni semua beroperasi di block lama saja...sebab tu kalau kita tengok kat block baru ni, tak ramai lagi kedai yang buka..
Food court GM Klang

ramai orang di food court GM klang
Bagi yang nak ke sini, nak shopping barang murah-murah or nak dapatkan pemborong untuk nak berniaga, boleh la datang sini..kira macam shopping kat China la feeling-feeling hihihihihihi....Pada yang first time nak datang tu, aku sediakan google map dan gps koordinat untuk korang guna sebagai panduan....

2°59'27.4"N 101°27'03.4"E

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...