Galeri Wonderfood - muzium makanan Pulau Pinang

Orang Malaysia memang suka makan! Malah secara purata orang Malaysia boleh makan sehingga enam sajian sehari. Sesuatu hari tipikal bermula dengan sarapan pagi kemudiannya snek ringan sebelum makan tengahari dan diikuti makan tengahari sebenar. Semangkuk mi juga mungkin dimakan diantara 4 petang hingga 5 petang diikuti dengan makan malam sebagai sajian utama untuk sesuatu hari dan selepas itu makan lewat malam pada kira-kira pukul 10 malam. Para penjaja memang berniaga mengikut jadual itu di mana ada yang berniaga di sebelah pagi dan yang lain hingga malam. Walau bagaimanapun, dikebanyakan bandaraya besar, memang mudah mencari makanan penjaja pada bila-bila masa. 

Pola Makanan rakyat Malaysia ini, boleh kita lihat di muzium makanan (wonderfood) yang terletak di Pulau Pinang. Di muzium ini, disajikan perlbagai makanan popular yang dipamerkan dalam bentuk reptika yang sangat besar. Berikut adalah antara bahan-bahan pameran yang ada di sini. Nak tengok semua kena datang la yer......jom jom jom...

Pintu depan wonderfood penang

Lokasi wonderfood penang - deretan kedai

kena beli tiket dulu
Nasi kandar adalah sajian india-muslim berasal dari Pulau Pinang yang merangkumi nasi dan pilihan aneka kari dan hidangan sampingan india yang lazat. Di zaman Malaya sebelum merdeka, penjaja seorang diri berjalan merentasi jalanan berdebu mengandar bakul-bakul yang berat yang mengandungi makanan masakan rumah dan nasi. Sajian daging yang dijaja termasuklah ikan goreng, daging hiris, ayam goreng, hati berkuah, telur ikan, udang goreng atau sotong goreng. Sajian sayur-sayuran pula biasanya teriri daripada terung, terung ungu, bendi atau peria. Satu kombinasi sos kari yang harum dituang pada nasi untuk menghasilkan perisa lazat pada nasi. Di masa kini nasi kandar boleh ditemui di restoran-restoran terbuka yang besar.

gerai orang cina jual bubur teochew
Situasi di atas menggambarkan sebuah gerai menjual bubur Teochew yang sangat laris dalam kalangan orang cina. Bubur dihidangakan dalam mangkuk dan pelanggan akan memilih lauk yang mereka hendak makan bersama bubur tersebut. Selepas pilih lauk yang diingini, mereka akan duduk atas bangkuk yang disediakan secara mengcangkung seperti orang zaman dahulu. Semua pelanggan menikmati makan tengahari bersama-sama sambil berbual-bual dengan rancak.

gerai orang melayu jual nasi lemak
Situasi di atas menggambarkan sebuah gerai nasi lemak pada waktu pagi. Nasi lemak merupakan makanan orang melayu yang sangat popular dan digemari pelbagai kaum di Malaysia. Nasi lemak adalah sarapan kegemaran orang ramai kerana ianya mudah diperolehi, murah dan semestinya sedap.

Replika makanan dalam saiz gergasi
Gambar di atas menunjukkan begitu besar replika makanan yang telah dihasilkan di muzium ini. Yang menariknya, semua makanan adalah makanan yang menjadi makanan rakyat Malaysia berbilang kaum. Amat sesuai kepada penggemar makanan untuk mengkaji jenis-jenis makanan yang ingin dicuba dan diteroka. 
Cendol gergasi

laksa gergasi
Itu adalah contoh-contoh yang terdapat di muzium ni. Bagi yang ingin berkunjung ke sini,boleh la guna gps koordinat yang aku bagi ni sebagai panduan. Juga boleh tengok google map yang bawah ni.

gps koordinat: 5°24'59.1"N 100°20'28.1"E 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...