Ed burger Jalan Permatang Pauh (since 1986)

Kepada yang dok cari burger sempoi, ni aku rekomen kat korang Ed burger kat Jalan Permatang Pauh Pulau Pinang. Diorang berniaga dah lama, sampai tapak berniaga diorang tu dah jadi permenant kat situ maklum la depa habaq berniaga since 1986....Macam-macam burger ada..kena ambil nombor kalau nak order...
Ed burger

Ed burger - boleh makan kat situ 

list menu dan harga

waktu operasi dari 3 petang hingga 1 pagi
Malam tu aku order burger daging special, oblong daging cheese, burger daging, burger ayam dan hotdog....burger daging, ayam hotdog tu anak aku punya, so tak de sayur la kan...Yang nak cuba makan burger ni aku sediakan gps koordinat dan google map untuk korang cari...aku belanja gambar burger daging special dengan oblong daging cheese untuk korang terliur...hihihihi
Oblong daging cheese

burger daging special
gps koordinat = 5°24'24.3"N 100°24'52.9"E

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...