Resepi sup kaki lembu

sup kaki lembu
sup kaki lembu

Penyediaan kaki lembu:
  • Bakar kaki lembu, kemudian kikis bahagian yang terbakar hangus. Proses ni makan masa. 
  • Bila dah bakar masak semua bahagian. Potong guna kapak. Kapak senang. Kalau pisau memang tak lut la.
  • Masukkan air dalam periuk. Masukkan halia yang dititik. Lepas tu rebus tulang dan daging yang dah dipotong. Api perlahan selama dua jam. Lagi lama lagi bagus.
  • Sambil tu sediakan rempah ratusnya.
Bahan bahan tumisan:
  • Rempah tumis - kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga
  • bahan tumbuk/kisar pun boleh - bawang besar dua biji, bawang putih 5 biji, halia seinci, lada hitam sesudu (kalau suka pedas, lebih sikit takpe) Tumbuk lebih sedap. Tumbuk bawang putih, halia dengan lada hitam sampai lumat dulu. Lepas tu baru masuk bawang besar.
  • Tumis sampai pecah minyak dan berbau wangi.
  • Dah siap reneh tulang tu, masukkan bahan tumis ke dalam sup. Tambah garam secukup rasa. Nak lemak lagi letak gula. Kemudian tabur bawang goreng dengan daun sup. Saya suka juga tambah daun bawang.
  • Bawang goreng kalau nak wangi, buat sendiri
  • hiris bawang putih dengan bawang merah.
  • Makan dengan nasi letak sambal kicap 

Kredit resepi: Siti Zainon Jamin‎

Resepi Ayam Goreng Berempah

Ayam Goreng Berempah
Ayam Goreng Berempah

Bahan buat ayam goreng berempah:
  • 1/2 ekor ayam
  • 1-2 sudu besar serbuk kari daging
  • serbuk cili
  • garam
  • beberapa helai daun limau purut yang diracik halus
  • minyak untuk menggoreng
Bahan kisar halus:
  • 2 sudu besar biji ketumbar
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
Bahan kisar kasar:
  • 6 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 inci lengkuas
  • 2 inci kunyit hidup / serbuk kunyit
  • 2 batang serai
Cara buat ayam goreng berempah:
  • Basuh ayam dengan air bersih dan potong kecil. Toskan.Masukkan ayam dan semua bahan kisar (halus dan kasar) bersama bahan lain dalam mangkuk besar.
  • Gaul campuran ayam dan bahan kisar tadi sampai rata dan rempah ratus sampai menyaluti ayam.Perap dulu selama 1 jam sebelum digoreng biar sedap. 
  • Kalau perap lama dikit pun makin best.Bila nak makan, goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana. Bila sudah garing bawahnya, jangan lupa dibalikan supaya ianya masak rata.
  • Angkat dan toskan ayam goreng tadi. Angkat sekali-kali rempah yang jatuh di dasar kuali semasa menggoreng. Bila tak diangkat, nanti rempah jadi hangit dan pahit.
  • Teruskan menggoreng hingga ayam habis.Ayam sudah boleh dihidangkan ketika panas-panas. 

RESEPI NASI GORENG CINA

NASI GORENG CINA
NASI GORENG CINA

Bahan bahan:
  • 1 mangkuk nasi putih
  • 1 - 2 sudu besar mentega
  • Minyak masak
  • Minyak bijan
  • 3 - 4 ulas bawang putih - tumbuk
  • 4 ulas bawang merah - hiris
  • Isi ayam - potong kecil
  • Udang secukupnya
  • 1 sudu besar lada sulah - tumbuk
  • 2 biji telur
Bahan Sayuran:
  • Karot - potong dadu
  • Cili padi - hiris
  • Sayur kubis - hiris panjang
  • Daun bawang - hiris halus
Cara cara:
  • Masukkan mentega ke dalam nasi dan kacau sehingga bergaul rata.
  • Panaskan minyak dan minyak bijan, tumis bawang putih, diikuti dengan bawang merah. Kemudian masukkan ayam dan karot. Masukkan sedikit air untuk menghentikan bawang dari terus masak.
  • Masukkan pula udang, cili padi dan lada sulah. Ketepikan semua bahan, tuangkan telur dan kacau rata sehingga telur betul betul masak. Jika nampak kering boleh tambah minyak.
  • Masukkan garam dan gula. Kemudian masukkan nasi yang telah digaul dengan mentega tadi. Kacau rata lagi.
  • Akhir sekali, masukkan sayur kubis dan daun bawang. Kacau rata dan biarkan sayur agak lembut, tutup api. Sedia untuk dihidangkan.

Resepi Apam

 

Apam
Apam 

Bahan:
  • 1kg tepung
  • gula ikut manis sbb pakai agak je..hihi(manis yang buat sedap)
  • mauripan 1 paket
  • air ikut pekat macam kita bancuh apam tu
Cara-caranya:
  • bancuh ke semua bahan macam kita buat apam tu biarkn kembang
  • kemudian dah kembang panaskan minyak sedikit dalam kuali dan letak kan bancuhan yang kita buat tadi dalam 3 senduk gulai tu (sebab tu apam gebu)..buat macam masak lempeng kelapa tu...biarkn garing baru terbalik kan..pastikan tutup ye kuali tu
  • pastikan api yang paling slow kita guna .kalau api besar nanti hangus tak sedap..
  • dah garing atas dan bawah boleh angkat dan hidangkan..
  • biasa kalau banyak lebih bahan tu saya buat apam kukus..sebab cara buat apam lempeng dan apam kukus sama je..bezanye masak dalam kuali..selamat mencuba
Kredit resepi: norafizah jani via masak apa hari ni

RESEPI AYAM MASAK MADU

AYAM MASAK MADU
AYAM MASAK MADU

BAHAN-BAHAN:
  • 1 ekor ayam
  • 4-5 biji bawang merah kecil – hiris
  • 1 biji bawang besar – hiris
  • 3-4 ulas bawang putih – hiris
  • 1 inci halia – hiris
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 helai daun pandan
  • Rempah 4 sekawan
  • Sos cili secukupnya
  • 1/2 tin sup tomato
  • 5 sudu makan madu
  • Air secukupnya
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Daun sup dan daun bawang secukupnya
BAHAN KISAR:
  • Cili kering secukupnya
  • 3 biji bawang besar saiz sederhana
  • 2 ulas bawang putih
  • Lengkuas sebesar ibu jari
CARA MEMASAK:
  • Bersihkan ayam dan potong kecil. Kemudian goreng separuh masak.
  • Tumis bawang merah kecil, bawang besar, bawang putih, halia, daun kari, daun pandan dan rempah 4 sekawan hingga wangi dan kekuningan.
  • Masukkan bahan kisar. Tumis lagi.
  • Masukkan sos cili dan sup tomato. Masak dan kacau hingga pecah minyak.
  • Jika kuah pekat, masukkan air secukupnya diikuti garam, gula, perasa dan 3 sudu makan madu.
  • Masukkan ayam yang telah digoreng. Gaul rata dan biarkan mendidih dalam masa yang lama. Jika kuah pekat, tambah lagi air. Pastikan kuah tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
  • Bila ayam telah masak sempurna, masukkan hirisan daun sup dan daun bawang.
  • Tutup api dan masukkan lagi 2 sudu makan madu.
  • Siap!  

Resepi Pajeri Terung

Pajeri Terung
Pajeri Terung

Bahan-Bahan:
  • 3 biji terung panjang
  • 5 ulas bawang merah – dikisar
  • 3 ulas bawang putih – dikisar
  • 1/2 inci halia – dikisar
  • 7 cili kering – dikisar
  • rempah ratus – bunga lawang,bunga cengkih,jintan putih,kulit kayu manis
  • 3 ulas bawang merah – dihiris
  • 2 ulas bawang putih – dihiris
  • 1 sudu besar udang kering – ditumbuk
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • 2 sudu besar kerisik
  • Santan secukupnya
  • Asam jawa
  • Garam, Gula serta Gula Melaka
Cara Membuat:
  • Terung dipotong 2 kerana saiznya yang agak panjang dan dibelah di tengah2nya tapi jangan sampai putus.
  • Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sekejap hingga warna keperangan. Angkat dan ketepikan.
  • Panaskan minyak dan masukkan rempah ratus, bawang merah dan bawang putih yang dihiris dan tumiskan sehingga kekuningan.
  • Masukkan bahan kisar dan udang kering. Masak sehingga garing.
  • Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Masak lagi sehingga pecah minyak.
  • Masukkan santan. Kacau rata sebelum dimasukkan garam, gula melaka dan asam jawa.
  • Akhir sekali masukkan kerisik dan terung yang telah digoreng. Biarkan kuah masak sehingga pecah minyak.
  • Bolehlah diangkat dan dihidangkan. 

Resepi Makaroni Bakar

Makaroni Bakar
Makaroni Bakar

Bahan-bahan diperlukan:
Bahan A
  • 300 g daging kisar 
  • 1 ulas bawang putih (Dicencang halus) 
  • 1 labu bawang holland (Dipotong dadu) 
  • 10 biji cendawan butang  (Dipotong kecil) 
  • 3 biji tomato (Dipotong dadu)
  • 1 biji capsicum merah  (Dipotong dadu)
  • 1 biji capsicum hijau  (Dipotong dadu)
  • 1 biji capsicum kuning  (Dipotong dadu)
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah 
  • 1 sudu makan minyak jagung 
  • Garam secukup rasa
Bahan B (Sos Putih)
  • 1 sudu makan minyak jagung 
  • 1 sudu makan tepung gandum 
  • ½ cawan susu segar
Bahan C
  • ½ paket makaroni (Direbus sehingga lembut) 
  • 125 g keju cheddar (Diparut) 
  • 5 biji telur 
  • 1 cawan susu segar 
  • 50 g daun parsli (Dicencang) 
  • 1 sudu makan minyak jagung
Cara menyediakan dan memasak:
Cara Membuat Inti:
  • Panaskan minyak jagung, kemudian tumis bawang putih dan bawang holland. 
  • Masukkan daging kisar, cendawan butang, tomato, garam dan serbuk lada sulah. 
  • Kacau rata sehingga daging masak. Masukkan semua capsicum dan kacau rata. Ketepikan.
Cara Membuat Sos Putih
  • Panaskan minyak jagung di dalam kuali lain kemudian masukkan tepung gandum. Kacau rata. Masukkan susu dan kacau sehingga sebati, kemudian ketepikan.
Cara Membuat Makaroni
  • Sapukan minyak jagung di dalam mangkuk tahan panas. 
  • Kemudian masukkan makaroni rebus dan bahan inti. Tuangkan sos putih ke dalam mangkuk yang berisi makaroni dan inti. 
  • Kacau rata telur dan susu segar. Masukkan ke dalam mangkuk yang berisi makaroni dan taburkan keju cheddar dan daun parsli. 
  • Bakar di dalam oven yang sudah dipanaskan pada suhu 180ºC selama 30 minit ataupun sehingga keju keperangan. Sedia dihidangkan.
kredit resepi:Chef Hanieliza 1

RESEPI KEK MARBLE BUTTER + MINYAK JAGUNG

 

KEK MARBLE BUTTER + MINYAK JAGUNG
KEK MARBLE BUTTER + MINYAK JAGUNG

Bahan-bahannya :- 
  • 150 gm butter 
  • 120 gm gula castor 
  • 100 gm minyak jagung 
  • 250 gm tepung naik sendiri (diayak)
  • 1/2 cup susu pekat manis
  • 4 biji telur gred A atau 5 biji telor gred B
  • 1 sudu makan (membukit) ovallette
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu makan chocolate emulco (atau 1 sudu makan serbuk koko)
Cara-caranya:- 
  • Pukul butter dan gula castor hingga  kembang dan berwarna putih.
  • Masukkan minyak jagung dan putar.
  • Masukkan telur satu persatu dan putar.
  • Masukkan susu pekat manis & ovallette dan putar.
  • Masukkan esen vanilla dan putar.
  • Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan putar hingga rata.
  • Bahagikan adunan kepada dua (2) bahagian. 
  • Yang sebahagian digaulkan dengan chocolate emulco. Manakala yang sebahagian lagi dibiarkan dengan warna asal. Boleh juga letak lain-lain pewarna ikut kegemaran masing-masing. 
  • Panaskan oven selama 10 minit dengan suhu 160 darjah.
  • Dua biji Loyang ukuran 7”x 7” dipanaskan di dalam oven selama 5 minit. Keluarkan loyang dan sapukan butter kemudian alaskan dengan baking paper dan sapukan juga dengan butter.
  • Tuangkan adunan warna asal dan warna chocolate ke dalam loyang secara berselang seli hinggalah adunan habis. Setiap adunan sebanyak 3 sudu dan akhir sekali sebanyak 2 sudu. 
  • Bakar adunan dengan api atas dan bawah pada suhu 160 darjah selama 50 minit / hingga masak. 
  • suhu bergantung pada oven masing-masing. 

RESEPI POPIA GORENG

POPIA GORENG
POPIA GORENG

Bahan-bahan:
RESEPINYA utk 50biji
  • 50pcs kulit popia
  • 1sdb tpg gandum ( bancuh dgn 2 - 3sdb air )
Bahan inti:
  • 1/ 2bj kobis ( hiris )
  • 3- 4bj lobak merah ( sagat kasar pd yg x der sagat kenalah potong kecil2 )
  • 4bj tauhu ( goreng dan potong dadu )
  • 1bj bwg besar ( potong dadu )
  • Sedikit isi ayam ( jika suka )
  • Sedikit garam
Cara-cara:
  • Panaskan myk. .tumis bwg..masukkan ayam bila empuk masukkan sayuran dan tauhu serta garam. .kacau rata da masak toskan utk buang air pd sayuran td. .
  • Bentang kulit popia..masukkan inti..gulung dan sapu bancuhan tpg gandum pd hujung gulungan. .
  • Goreng api sederhana hgg garing. .tos dan sejukkan. .
Bahan Sambal:
  • 35tangkai cili kering
  • 8ulas bwg putih
  • 1 / 2senduk gula merah ( guna senduk gulai)
  • 2 1/2senduk gula pasir ( guna senduk gulai juga)
  • Sedikit air asam jawa
  • 1 1/2cwn air
Cara-cara:
  • Blender cili kering dan 8ulas bwg putih bersama 1 1/2cwn air. ..masukkan semua bhn blender dlm kuali bersama semua bhn sambal iaitu gula merah..gula pasir dan air asam jawa...
  • masak hgg likat...masukkan bijan yg tlh di sangan (jika suka) ) masukkan popia dan kacau rata..terus angkat dan letak dlm talam..jgn bagi popia tu bertindih2 supaya popia kekal ranggup...sejukkan..sebaiknya bwh kipas

RESEPI DAGING MASAK MERAH

DAGING MASAK MERAH
DAGING MASAK MERAH

Bahan:
  • 500 gm daging ~ dipotong nipis dan di rebus dengan pewarna merah hingga lembut
  • 1 biji bawang besar ~ di hiris
  • 1 biji capsicum hijau ~ di potong
  • 1 cm halia ~ di ketuk
  • 2 ulas bawang putih ~ di ketuk
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • garam secukup rasa
Hiasan:
  • daun sup
  • daun bawang
  • kacang buncis
Cara-cara:
  • Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia hingga harum.
  • Masukkan cili sos, tomato sos dan sos tiram
  • Jika terlalu kering tambahkan air rebusan daging.
  • Perasakan dengan garam
  • Masukkan daging rebus dan biarkan merenih dan kuah sedikit pekat
  • Akhir sekali masukkan capsicum, kacang buncis, daun sup dan daun bawang
  • Angkat dan sedia dihidangkan
  • Boleh di makan bersama nasi goreng atau nasi putih. Tambahkan juga telur dadar untuk dimakan bersama.

Resepi cencaru sumbat sambal pedas

cencaru sumbat
cencaru sumbat

Bahan-Bahan:
Bahan untuk memasak:
  • 4 ekor ikan cencaru
  • sedikit garam
  • sedikit kunyit
  • minyak untuk menggoreng
  • 1 senduk minyak masak, untuk menumis sambal kisar
  • Bahan untuk dikisar atau ditumbuk halus:
  • 5 biji cili kering, dibuang biji dan rebus ATAU 3 sudu besar cili kisar
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 1 inci belacan bakar
  • 1 inci halia
  • 1 sudu besar jus pekat asam jawa
  • 1 batang serai, optional
  • 1 sudu besar gula pasir atau gula melaka
  • garam secukupnya
Cara Penyediaan:
Cara-cara untuk memasak:
  • Bersihkan cencaru dengan cara belah belakang, tanpa belah di hadapan atau bahagian perut.
  • Lumurkan garam dan kunyit ke atas ikan.
  • Sumbatkan sambal yang dimasak ke dalam perut ikan secukupnya.
  • Panaskan minyak dan goreng sehingga masak.
Cara-cara untuk masak sambal:
  • Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pekat dan pecah minyak. Angkat dan sejulkan.

Resepi lempeng nasi, ringkas tapi sedap

lempeng nasi
lempeng nasi

Bahan-bahan:
  • 2 cawan nasi
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 3 cawan air
  • 1/2 kiub pati ayam/ikan bilis
  • Sedikit garam
Cara-cara:
  • Blend nasi dengan 2 cawan air hingga hancur
  • Tuang dalam bekas yang ada tepung gandum, masukkan kiub, garam & 1 cawan air. Gaul rata & sebati. Klaau nak blend sekali lagi pun boleh
  • Panaskan kuali non stick, sapu minyak dan tuang sesenduk adunan
  • Agak-agak dah nampak garing, terbalikkan dan bila masak, angkat
  • Sedap dimakan bersama kuah kari atau sambal tumis ikan bilis atau tumis sardin dan lain-lain yang sesuai dengannya.
Selamat mencuba :)

Resepi Kari Ayam Mamak

Kari Ayam Mamak
Kari Ayam Mamak

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam - dipotong ikut saiz yg anda suka 
tukarkan ayam kepada daging 1/2 kg dipotong kecil

Bahan A 
10 biji bawang putih
3 inci halia
~ dikisar

Bahan B
1 biji bwang bsar ~ dihiris
4 tangkai daun kari
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang

Bahan C
2 biji tomato
2 batang serai ~ diketuk
2 helai daun pandan ~ disimpul

Bahan D
8 sudu besar serbuk kari ayam 
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Sedikit serbuk cili  ~ ikut kepedasan masing-masing
Semua bahan ini disatukan dan dibancuh dengan air untuk mendapatkan pes

lain-lain
Ubi kentang secukupnya
3/4 santan atau susu cair

Bahan E ~ perasa semuanya secukup rasa
Serbuk lada sulah
serbuk lada hitam
serbuk ketumbar
serbuk jintan manis
garam dan gula  

Cara-cara:
Tumis bahan A sehingga naik bau kemudian masukkan bahan B dan bahan C. 
Tumis hingga daun kari agak garing. 
Masukkan ayam dan ubi kentang. 
* Kalau guna daging, daging tu direbus dahulu hingga empuk.
Tutup periuk. masa menumis ayam ni mesti anda akan mula terbau aroma wangian masakan ni. hmmm....pasti memikat. Ini la ramuan rahsia. sebab tumis dng serai dan daun pandan tu. 
Tumis lebih kurang 3 minit, pastikan anda masak dengan api perlahan.
Masukkan sedikit air, dan tutup periuk semula. 
Biarkan lebih kurang 5 minit atau sehingga air aroma ayam tu keluar. 
Tambah air mengikut kuantiti kuah yg anda suka. tutup periuk dan biarkan air mendidih. 
Bila air kuah dah mendidih, baru la masukkan bahan D masukkan bahan E. 
Masak sehingga ramuan rempah ni masak dan sebati
Ingat selalu tutup periuk dan masak dengan api pelahan. 
Bila kuah kari dan ayam dah masak dan empuk, barulah masukkan santan atau susu cair dan garam. Kemudian biarkan kuah ni mendidih dan semua ramuan ni cukup masak dan sebati, dan bolehlah dihidangkan.

RESEPI RED AND WHITE CHEESE TART

 

RED AND WHITE CHEESE TART
RED AND WHITE CHEESE TART

Bahan-bahan untuk kulit:
200gr butter / Marjerin
350gr tepung gandum
3gr serbuk koko
50-60gr gula halus ( mengikut selera)
1 sdm air sejuk
1/2 sdt pewarna merah

CARA PENYEDIAAN:
Pukul marjerin/butter hingga sedikit pucat.
Masukkan tepung, serbuk koko dan gula halus yg sudah di ayak terlebih dahulu. Hancurkan menggunakan pisau pastry atau garfu. ( seperti pasir)
Tambahkan pewarna makanan dan 1 sdm air sejuk. Jika masih keras dan sukar di bulatkan tambahkan lagi air sejuk.
Bulatkan dan tutup dengan cling wrap. Simpan dalam peti sejuk lebih kuranh 30 minit.
Bulatkan atau bentukkan mengikut bentuk acuan tart. ( sy guna 35gr setiap tart)
Cucukkan bahagian bawah dengan garfu.
Bakar dalam oven pada suhu 180°C selama lebih kurang 25 hingga 30 minit.
keluarkan kulit pie dari dalam acuan dan biarkan sejuk baru di isikan dengan filling. ------ Filling Frosting Cream Cheese

Bahan-bahan:
225gr cream cheese
50gr butter
120gr gula aising
1 sdt vanilla esen
1/2 sdt air lemon

CARA PENYEDIAAN:
1. Pukul cream cheese dengan butter hingga rata dan creamy.
2. Tuang vanilla esen, kemudian gaul hingga rata dan masukkan gula aising, pukul lgi hingga  betul2 rata dan sebati. Terakhir masukkan air lemon dan gaul.lagi hingga rata.
3. Masukkan dalam piping bag, dan simpam sebentar di dalam peti sejuk.
4. Keluarkan piping bag, dan pipekan filling diatas permukaan kulit tart tadi. Gunakan sudu untuk membantu membulatkan permukaan filling tart tadi.
5. Akhir sekali, taburkan sedikit serbuk kulit pie di atas permukaan cream tadi dan boleb di yambah hiasan lain2 mengikut kesukaan masing2. ( sy menggunakan strawbery dan daun pudina)

Sedia untuk di hidang! 

Kredit resepi: Apakau_rasa

RESEPI WAFFLE RANGUP

WAFFLE RANGUP
WAFFLE RANGUP

Bahan-bahan:
  • 1 biji telur
  • 1 cawan tepung (3/4 tepung gandum. 
  • 1/4 tepung jagung.)
  • secubit garam
  • 1/2 sudu kecil tepung penaik
  • 1 cawan susu
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • 1/6 cawan minyak
  • 1/2 sudu kecil esen vanila, 
  • serbuk pala atau serbuk kayu manis (apa2 perasa) 
  • campuran tepung gandum+tepung jagung adalah untuk menggantikan tepung kek yang agak mahal. Boleh juga guna tepung kek 1 cawan...
Cara-cara:
  • Pisahkan telur kuning dan telur putih. ambil telur kuning, campurkan dengan susu, minyak, esen vanila, kacau sampai bercampur.
  • ayak tepung gandum, tepung jagung, serbuk penaik dan garam. masukkan dalam bahan basah tadi. biar dalam 15 minit.
  • Pukul telur putih hingga jadi soft peak (telur putih melekat pada pengadun dalam bentuk kon). masukkan gula tadi.
  • Kaup balikkan telur putih dalam adunan waffle selebihnya. Caranya, masukkan sedkit adunan waffle dalam putih telur, gaul sekejap, kemudian masukkan ia ke dalam adunan selebihnya. Jangan terlebih kacau.
  • Pastikan wafflemaker telah betul-betul panas, kemudian tuang adunan (hati-hati jangan sampai melimpah). biar tiga minit atau sehingga kuning keemasan dan wap air pada wafflemaker berkurangan.
  • sejukkan atas redai kek sementara habiskan adunan selebihnya. Boleh dimakan dengan jem atau nutella.
  • Jika ada lebihan waffle, boleh disimpan dalam freezer dan dimakan hari lain. cuma toast ia dalam setting paling rendah.
p.s. jika mahu lebih rangup, lepas masak boleh toastkan lagi dalam setting paling rendah. luar akan lebih garing

RESEPI RENDANG SOTONG SUMBAT

RENDANG SOTONG SUMBAT
RENDANG SOTONG SUMBAT

Sotong Sumbat Telur
Bahan-bahan:
  • 1-2 batang tauhu lembut - dihancurkan dengan garfu
  • 5 biji telur
  • Sedikit garam
  • Sedikit lada sulah
Cara:
  • Pukul telur bersama garam dan lada sulah. Masukkan tauhu lembut hancur.
  • Panaskan sedikit je minyak, dan tuang telur tadi. Kacau telur dalam kuali sehingga menjadi telur hancur (scramble egg). Tetapi jangan terlalu masak, biarkan telur sedikit basah.
  • Sumbat telur didalam sotong sehingga 3/4 penuh. Sambungkan kepala sotong dan cucuk dengan pencungkil gigi untuk melekatkanya
Resepi Rendang Sotong Sumbat
Bahan-bahan:
  • 4 ekor sotong arus bersaiz sederhana besar
  • 2 helai daun limau purtu
  • 400 ml santan pekat
  • 2 sudu kecil kerisik
  • 4 sudu makan minyak masak
  • 3 keping asam keping
  • Garam dan gula secukup rasa
Bahan kisar sebagai pes rempah:
  • 2 inci lengkuas
  • 2 inci halia
  • 2 batang serai - hiris nipis
  • 10 tangkai cili kering rebus
  • 5 biji cili padi
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
Saya tambah (tak ada dalam resepi):
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
Cara-cara:
  • Kisar bahan kisar sehingga sebati.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan kisar. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih. Masak sehingga cili masak dan garing.
  • Masukkan santan dan kerisik serta daun limau purut. Masak seketika.
  • Masukkan sotong dan balik balik kan sotong, Untuk sotong sederhana lebih kurang 8 minit untuk masak.
  • Bila sotong masak, angkat sotong keluar dari kuali. Kemudian sambung masak dan pekatkan kuah rendang. Ini kerana air sotong tadi keluar dan kuah jd agak berair. Masak kuah sehingga pekat dan pecah minyak macam rendang yang biasa kita buat tu.
  • Bila dah kering boleh la tutup api dan masukkan balik sotong tadi. Siap!!

Resepi Sotong Bakar Percik

Sotong Bakar Percik
Sotong Bakar Percik

Bahan-Bahan:
  • 1/2 kg sotong
  • serbuk kunyit
  • garam halus
Bahan Percik:
  • 2 batang serai – Diketuk/Kisar
  • *10 tangkai cili kering (Potong pendek dan direbus)
  • *sedikit belacan
  • *1 labu bawang besar
  • *2 – 3 inci kunyit hidup
  • *1 cawan santan cair
  • *1 sudu kecil jintan manis
  • * 4-5tangkai cili padi
  • jus asam jawa/asam keping
  • 1/2 cawan pati santan pekat
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 helai daun kunyit
Cara Buat Bahan Percik:
  • Kisar bahan * kemudian masukkan dalam kuali/periuk bersama serai yg dititik.
  • Masak sampai bahan agak pekat, masukkan jus asam jawa/asam keping, pati santan dan perasakan garam gula.
  • Biarkan mendidih, carik-carikan/hiris halus daun kunyit, kemudian, masukkan kedalam kuah percik.
Cara Memasak:
  • Cuci bersih sotong dan kelar permukaan atas sahaja.
  • Gaulkan sotong dengan garam dan serbuk kunyit. Bakar/panggang sampai masak.
  • Bila sotong dah masak boleh ambik sedikit percik tadi siram atas sotong. Balik kan sampai percik agak garing.
  • Baki percik, siram atas sotong masa hidang dalam pinggan nanti.

RESEPI BUTTERCAKE KUKUS SIMPLE SEDAP

BUTTERCAKE KUKUS
BUTTERCAKE KUKUS 

Bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung gandum.
  • 1 cawan gula pasir.
  • 4 biji telur.
  • 1 cawan lebih cikit mentega cair.
  • 1sudu kecil serbuk penaik/krim tartar/soda bikarbonat.
  • 3sudu besar susu pekat *boleh kurang atau lebih sukatan, ikot selera masing-masing.
  • Secubit garam.
  • mentega dan garam tiada dalam gambar.
Cara penyediaan:
  • Panaskan pengukus, masukkan secawan lebih mentega beku ke dalam pengukus dan biarkan ia cair.
  • Pastikan pengukus sudah mendidih.
  • Dalam mangkuk atau besen besar, pukul telur sebiji demi sebiji bersama gula. Pukul sampai kembang dan berbuih. Pastikan gula telah hancur.
  • Masukkan mentega cair perlahan-lahan. Pukul pada kelajuan tinggi. . 
  • Masukkan susu pekat dan garam. . 
  • Masukkan tepung yang diayak bersama serbuk penaik/krim tartar/soda bikarbonat. *part ni aku aku masukkan ketiga-tiga pelembut kek, tapi aku kurangkan sedikit sukatan setiap satu. . 
  • Pukul adunan dari kelajuan rendah hingga tinggi sehingga adunan menjadi likat dan sebati. . 
  • Sapu mentega atau minyak masak ke dalam Loyang *supaya senang kek dikeluarkan nanti*
  • ** Ok part ni DON’T U EVER EVER MISS. Sebelum tuang adunan dalam loyang, korang mesti RASA ADUNAN korang. Sedap ke tak, terlebih terkurang ke tak. Time ni la korang kena ADJUST rasa mengikut selera korang, time ni laa yg buat kek korang SEDAP KE TAK. Dah puas hati, boleh pergi ke step seterusnya.
  • Tuang adunan ke dalam Loyang. Part ni korang boleh pilih, sama ada nak letak pewarna atau tak.
  • Masuk ke dalam pengukus. Ops! Part ni korang kena pastikan air masih banyak dan sudah mendidih .
  • Kukus selama 45-50minit dengan api sederhana. Kalau api kuat, nnti kek korang keras dan mampat, tak gebu.
  • Siap dan ngap!
Kredit resepi: nana shafrina

Resepi Kek Lapis Strawberry Coklat

 

Kek Lapis Strawberry Coklat
Kek Lapis Strawberry Coklat

Bahan-bahan:
Bahan (A):
180 gm mentega
80 gm gula halus
1 sdt ovallete
4 biji telur (Grade AA)

Bahan (B):
3 sdm susu pekat
4 sdm kaya asli
1 sdt esen vanilla
180 gm tepung gandum
1 sdt baking powder

Bahan (C):
250 ml susu cair

Bahan (D):
1 sdt coklat emulco
1 sdt cappucino emulco

Bahan (E):
1 sdt strawberry emuco
1 sdt pewarna merah

Cara-cara membuatnya:
Ayak tepung gandum bersama baking powder, dan ketepikan. 
Pukul mentega, ovallete dan gula halus sehingga kembang. 
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan terus memukul sehingga sebati. 
Masukkan susu pekat, kaya, esen vanilla, tepung gandum dan baking powder. Kacau rata. 
Masukkan susu cair sedikit demi sedikit sambil di kacau rata. 

Bahagikan adunan kepada 2 bahagian:
(A) Campurkan coklat emulco dan cappucino emulco
(B) Campurkan strawberry emulco dan pewarna merah
* Boleh ubah rasa ikut selera masing2. 

Kukus selapi demi selapis, setiap lapisan dikukus antara 4-5 minit. 
Kukusan terakhir 30 minit.

Resepi Sweet & Sour Chicken

Sweet & Sour Chicken
Sweet & Sour Chicken

Bahan-bahan:
  • 2 sudu minyak 
  • dada ayam tanpa tulang, dihiris dan di gaul dgn Garam dan lada 
  • 4 cawan tepung jagung, dicampur dengan 4 sudu air, satu sudu tepung penaik dan 1/2 sudu minyak masak
  • 1/2 cawan tomato paste
  • 1/2 cawan jem raspberry
  • 3 sudu besar gula perang
  • Sesudu cuka
  • 1/4 cawan stock ayam / air biasa / jus dr nenas tin
  • 1/2 cawan cili holland hijau 
  • 1/2 cawan cili holland merah
  • 1/2 cawan cili holland kuning
  • 1/2 cawan bawang holland
  • 1/2 cawan nenas atau 1/2 cawan nenas dalam tin, bersama 1/2 cawan air jus
Cara-cara:
  • Dalam kuali yang tidak melekat, panaskan minyak 
  • Goreng kan ayam yang telah dia gaul kan dengan tepung. 
  • Setelah ayam keperangan dan angkat dan tos kan minyak.
  • Dlm minyak yang sedikit masukkan paste tomato, jem, gula perang, cuka, garam dan stock ayam/air/jus nenas, kacau hingga mendidih dan sedikit pekat
  • Kemudian masukkan cili, nenas dan bawang dan masak selama 1 minit. 
  • Kemudian masuk kan campuran tepung jagung dan air kepekatan dan kacau hingga mendidih lagi. 
  • Kemudian masukkan ayam dan gaul sehingga rata.. Angkat dan hidangkan bersama nasi panas  
Kredit resepi: IG majalah rasa

Resepi Hati Lembu Masak Kicap Berempah Simple

 

Hati Lembu Masak Kicap Berempah
Hati Lembu Masak Kicap Berempah 

Bahan-bahan Resepi Hati Lembu Masak Kicap Berempah Simple

Bahan-Bahan:
  • 500gm hati lembu (dipotong nipis-nipis)
  • sedikit kicap
  • sedikit air asam jawa
  • sedikit gula
  • sedikit minyak
  • garam secukup rasa
  • 1 biji bawang besar (optional) – dihiris bulat
  • 1/2 capsicum merah (optional) – dihiris memanjang
  • 1/2 capsicum hijau (optional) – dihiris memanjang
Bahan Rempah: (dibancuh dengan sedikit air untuk dijadikan pes)
  • 2-3 sudu besar cili giling
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu besar serbuk jintan putih
  • 1/2 sudu besar serbuk jintan manis
Bahan Kisar:
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
Cara-Cara Masak:
  • Panaskan minyak di dalam periuk dan tumiskan bahan kisar hingga garing.
  • Masukkan bahan rempah dan masak hingga pecah minyak.
  • Masukkan hati, kicap dan air asam jawa. Biarkan mendidih.
  • Kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa. Masak hingga kuahnya agak pekat.
  • Akhir sekali masukkan bawang, capsicum merah dan capsicum hijau.

Asam Pedas Ikan Pari Paling Sedap

Asam Pedas Ikan Pari
Asam Pedas Ikan Pari

Bahan-Bahan:
  • 500 gram ikan pari
  • 5 tangkai daun kesum
  • 10 batang bendi
  • 3 sudu makan minyak masak
  • 1 biji tomato - potong sesuai anda suka
  • garam secukupnya
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 3 cawan air
Bahan Kisar Halus:
  • 20 tangkai cili kering
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 1/2 inci halia
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
Cara Penyediaan:
  • potong ikan pari mengikut suka kemudian bersihkan dan perap menggunakan air limau nipis selama 15 minit, cuci bersih dan toskan.
  • panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis bahan kisar halus hingga harum, masukan air asam jawa bersama air dan renehkan hingga menggelegak.
  • lepas tu masukan ikan bersama bendi, daun kesum, dan garam. biarkan hingga mendidih. dengan menggunakan api perlahan masukan tomato dan masak hingga sayur lembut atau pecah minyak.
  • akhir sekali, bila sudah masak angkat dan hidangkan bersama nasi panas-panas...
NOTA #tipsDapur 
  • asam pedas paling sedap bila makan bersama nasi panas-panas pastilah korang tambah. asam pedas lain tempat lain cara masaknya. asam pedas johor kuahnya tak cair dan tak pekat sedang-sedang sahaja dan tanpa gunakan belacan.
  • tetapi bila asam pedas melaka menggunakan chili blend yang banyak dan kuahnya agak pekat juga gunakan belacan. bila memasak asam pedas keseimbangan sangat dititik beratkan, mesti ada rasa manis, masam dan pedas sedikit.

Cara Sukat Masak Nasi Lemak Untuk Niaga Atau Majlis

nasi lemak
nasi lemak

Cara masak nasi lemak sukatan untuk 10 orang
Bahan-bahan :
1 kg beras
½ kg santan pekat
1 liter air
1 sudu garam
Daun pandan.

Cara masak nasi lemak sukatan untuk 30 – 40 orang
Bahan-bahan :
3 kg beras
1 kg santan pekat
3 liter air
3 sudu besar garam
Daun pandan.

Cara masak nasi lemak untuk 55 – 60 orang
Bahan-bahan :
5 kg beras
1 ½ kg santan pekat
5 liter air
5 sudu besar garam
Daun pandan

Cara penyediaan :
Tanak
Basuh beras dan toskan. Masukkan santan ke dalam periuk nasi bersama air, garam dan daun pandan. Didihkan hingga berbuih kecil. Kemudian masukkan beras dan kacau hingga sebati. Lalu, anda bolehlah alihkan periuk ke dalam ‘rice cooker’ dan tunggu hingga nasi masak. Selepas nasi masak, kacau nasi tadi agar ia sebati dan berderai cantik.

Kukus
Basuh beras dan toskan. Masukkan santan ke dalam periuk nasi bersama air, garam dan daun pandan. Didihkan hingga berbuih kecil. Kemudian masukkan beras dan kacau hingga sebati. Teruskan kacau nasi hingga nasi agak kering. 

Sementara itu, anda bolehlah panaskan periuk kukus. Apabila air periuk kukus mendidih, masukkan nasi tadi ke dalam periuk dan kukus selama 15 – 20 minit atau hingga nasi masak.

Tips: nasi lemak yang dimasak secara kukus lebih tahan lama, tidak cepat basi dan cantik. Anda jangan lupa mencuba ya.

Sumber: Puan Fazniza Razali

Resepi Kek Kukus Pandan (1 loyang bulat)

Kek Kukus Pandan (1 loyang bulat)
Kek Kukus Pandan (1 loyang bulat)

Bahan-bahan:
  • 1 cwn gula -
  • 3 bji telur- }mix sampai gebuh & putih
  • 1 sb ovelatte -
  • 1/2 cawan minyak masak}
  • 1/2 cawan susu cair }jangan di lebihkan 
  • Pewarna hijau separuh tutup
  • Perisa pandan 1 penutup besar }blh ditukar kepada perisa strawberry , vanilla dan warna 
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 st baking powder -SODA BIKARBONAT TAK PERLU!
-PASTIKAN SUKATAN MINYAK & SUSU CAIR TIDAK LEBIH.

CARA-CARA:
  • Mixer gula,telur,ovelatte sampai gebuh &bewarna putih.
  • Masukkan minyak,susu cair,pewarna hijau & perisa pandan.
  • Mixer sampai sebati.
  • Masukkan tepung dan baking powder dan mixer sekejap tapi jangan lama.
  • Stop mixer dan kaup balik bahan tadi.

PERINGATAN:JANGAN LETAK SODA BIKARBONAT.
Kukus kek 30 minit dgn api sederhana & pastikan air mendidih sebelum mengukus.Tutup kepala pengukus dengan kain (balut)

CREAM CHEESE LELEH: 
  • Cream cheese Tatura 250 gram.
  • Susu cair suku cawan
  • Susu pekat manis setengah cawan.
  • (ikut manis sendiri)
  • Mixer semua sampai gebu. -Selepas kek masak ,tunggu kek betul2 sejuk.Untuk layer , kek dengan cheese, keluarkan kek dari loyang letak dalam pinggan potong @ belah tengah dan letak cream cheese.Letak semula kek yg dipotong tadi dan letak cream cheese & ratakan.
  • -Parut cheddar cheese atas kek..  
Kredit Resepi: ezzah nurafiqah

RESEPI NUGGET HOMEMADE

NUGGET HOMEMADE
NUGGET HOMEMADE

*Resepi ni boleh dapat dalam 25-30 ketul nugget.
*BOleh frozenkan yg selebihnya nanti snng sikit, tinggal goreng je bila nak makan tambah² tuk breakfast kan. 

Bahan-Bahan :
  • 500g Ayam boneless
  • 1 cawan Bread Crumb
  • 150 Taufu Lembut
  • Garam
  • Gula
  • 1sb serbuk Blackpaper
  • 1sb serbukWhitepaper
  • 1sb serbuk jintang manis
  • 1sb serbuk jintang putih
  • 1sb serbuk kayu manis
  • Telur & Bread Crumb secukupnaya untuk coating.
Cara-Cara:
  • Buang kulit dan lemak pada isi ayam kemudian potong kecik² then kisar isi ayam dengan menggunakan food processor. 
  • Gaulkan isi ayam yang telah dikisar dengan garam, gula, blackpaper, whitepaper dan apa² serbuk yang disukai.
  • Kemudian masukkan taufu dan gaul hingga sebati. Taufu ni x rasa sangat bila nugget da ciap goreng tapi isi nugget akan rasa lebih lembut dan juicy.
  • Gaulkan isi ayam tadi dengan 1 cawan bread crumb plak.
  • Bentukkan nugget kite, suka ati nak buat bentuk ape.
  • Pukul telur dalam bowl sekejap. Celup nugget tadi kedalam telur kemudian golekkan ke dalam bread crumb. (nugget-telur-bread crumb)
  • Goreng nugget sehingga warna kekuningan dan toskan minyak nugget dengan kitchen paper.

resepi kuih masalodeh

 

masalodeh
masalodeh 

bahan-bahan:
  • Kacang dal - kisar sampai hancur
  • Bawang besar - Cik Ila suka potong mayang
  • Daun kari - dua tangkai
  • Cili kering - potong halus
  • Jintan manis - satu sudu
  • Garam dan serbuk perasa
Cara-cara:
  • Bila dah hancur semuanya, letak tepi sekejap dan prepare bahan-bahan lain.
  • Masukkan saja bahan-bahan yang dah dipotong tadi.
  • Gaul bagi sebati semuanya. Cik Ila ketepikan sekejap dalam setengah jam bagi semua rasa sebati.
  • Saiz ikut suka korang. Sedang-sedang je. Bentukkan bulat-bulat dan balik-balik di tapak tangan untuk bentukkan jadi leper. 
  • Guna api kecil je. Kita tak mau kuih ni masak mengejut. 
  • Hasilnya. Garing di luar dan gebu di dalam. Cukup rasa dan sedap. Puas makan.

RESEPI SATE IKAN

 

SATE IKAN
SATE IKAN

Bahan-bahan:
  • 500g isi ikan selayang – dikisar lumat
  • 100gm tepung ubi kayu/ tepung kanji
  • 1 biji bawang besar - dikisar
  • 1 sudu besar garam
  • 1/3 sudu teh serbuk perasa – saya tak letak
  • 1 sudu besar baking power – saya tambah
Cara memasak:
  • Kisarkan isi ikan bersama bawang besar hingga lumat.
  • Tuangkan ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama tepung kanji, garam dan baking powder.
  • Gaulkan hingga sebati dan bulat-bulatkan menjadi bebola kecil.
  • Panaskan minyak dan goreng sekejap.
  • Cucukkan pada lidi dan bakar.
p/s: kalau adunan tu lembik, tambahkan lagi tepung kanji sehingga adunan tu x melekat di tangan.

SOS MANIS
Bahan-bahan:
  • 4 ulas bawang putih – dikisar lumat
  • 1 ½ cawan air
  • 1 sudu sudu besar tepung ubi kayu/tepung kanji –dibancuh dengan 2 sudu besar air
  • 4 sudu makan gula
  • ½ sudu makan garam
  • Sedikit serbuk perasa
  • Sedikit pewarna merah
Cara memasak:
  • Tumiskan bawang putih dalam periuk. (Tanpa minyak)
  • Masukkan air.
  • Masukkan gula, garam, serbuk perasa dan pewarna merah. Warna merah tu pakai sikit je untuk nampak warna pink. Kacau.
  • Masukkan tepung kanji yang telah dibancuh dan kacau sehingga mendidih.
  • Biarkan sejuk dan sedia untuk dihidang.
Untuk sos pedas, pula, Saya bahagiakan sos manis yang telah dimasak tadi kepada dua bahagian, satu bahagian saya campurkan dengan sos cili supaya pedas. hihihihih

RESEPI TART TELUR

TART TELUR
TART TELUR

Bahan-bahan:
  • ^250g tepung
  • ^70g icing sugar
  • ^150g butter
  • 1/2 telur yg dah d'pukul-
  • 4 sudu besar (80g) gula
  • 1 cawan (240ml) air
  • 2 1/2 telur
  • 60ml evaporated milk
Cara-cara:
  • Potong butter empat segi selepas sahaja keluar dari peti sejuk.
  • Uli semua bahan ^ kecuali telur sehingga menjadi ketul2. Akhir sekali baru masukkan telur. Uli sehingga menjadi doh. Simpan dlm peti sejuk 30minit.
  • Utk filling, didihkan gula dan air selama 5-6 minit pada api sederhana panas. Dah didih baru kacau. Tutup api dan biarkan sejuk.
  • Sementara tu, keluarkan doh dari peti sejuk dan masukkan doh ke dlm bekas tart.
  • Panaskan oven 200'C selama 10 minit. Bakar doh tu 6-10minit. Jgn masak sangat.
  • Apabila air gula dah betul2 sejuk, masukkan telur dan susu ke dlm air gula. Kacau dan tapis.
  • Masukkan filling ke dalam crust yg dah bakar sikit tadi. Bakar lagi selama 20-50 minit pada suhu yg sama.
  • Biarkan sejuk dan keluarkan dari bekas tart.
  • Sekiranya tiada icing sugar, blend 1 cawan (280ml) gula dan 1 sudu besar tepung jagung. Sukat ikut resepi utk buat egg tart.

RESEPI ASAM PEDAS THAI

ASAM PEDAS THAI
ASAM PEDAS THAI

Bahan:
  • Ikan siakap saiz sederhana potong 4
bahan blend:
  • 10 tangkai cili kering
  • 6 biji cili padi merah ikut kepedasan sendiri
  • 8 ulas bawang putih
  • 6 ulas bawang merah
  • 1/2 inci belacan dibakar
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1/2 sudu teh biji lada putih
caranya:
  • mesin bahan diatas kemudian masuk dlm periuk.
  • perah asam jawa sebesar bola golf campur dng 3-4 cawan air untuk kuahnya masuk garam..gula thai jika ada secukup rasa
  • 2 sudu besar sos ikan thai
  • masuk 1/2-biji nenas yg kecil potong nipis
  • boleh masukan rebung jika suka
  • bila dah nak angkat baru masuk satu ikat kangkung yg dipotong 2-3 bahagian.. 

11 Tips Di Dapur Untuk Memasak Dengan Mudah

1. Bagaimana untuk memastikan kek sentiasa lembut
Tutup bahagian kek yang terdedah dengan kepingan roti dan pencungkil gigi. Kemudian kek tersebut akan kekal lembut dan segar.

2. Bagaimana untuk memasak ikan panggang tanpa melekat
Letakkan ikan pada kepingan lemon. Ia akan memberi rasa yang menarik untuk hidangan dan yang paling penting, ia tidak akan melekat pada grill.

3. Bagaimana untuk mengupas halia cepat
Cuba  kupas halia dengan sudu. Halia tersebut takkan dibazirkan berbanding dengan cara anda menggunakan pisau. Jadi, tak ada la halus je halia tu nanti.

4. Bagaimana untuk menjadikan telur segar untuk lebih lama
Sapu kulit telur dengan minyak sayur-sayuran sebelum memasukkannya ke dalam peti sejuk, dan ia akan kekal segar untuk beberapa minggu.

5. Bagaimana untuk mengelakkan pisang dari terlebih masak
Bungkus pangkal pisang dengan plastik jadi pisang tersebut akan tahan 3-4 hari lebih lama. 

6. Bagaimana untuk mencairkan mentega beku
Untuk membuat mentega beku lembut, panaskan cawan menggunakan air panas  dan letakkan di atas mentega. Ia akan lembut dalam masa beberapa minit.

7. Bagaimana untuk menyimpan biskut supaya sentiasa rangup
Kalau biskut masuk angin mesti tak sedap, jadi lemau. Jadi untuk elakkannya dari terjadi, letak sepotong epal dalam balang. Senang kan?

8. Bagaimana untuk membuat kiub ais yang unik
Bekukan hirisan lemon dalam kiub ais macam ni. Bila nak minum, senang je nak buat ais lemon tea.

9. Jangan biarkan bawang putih dan bawang menjadi berkulat
Letakkan bawang merah dan bawang putih dalam beg kertas tercucuk supaya ia tidak rosak dengan cepat.

10. Bagaimana untuk menyimpan sayuran supaya ia kekal segar dan hijau
Sebelum menyimpan sayur-sauran ke dalam peti sejuk, bungkus dahulu. Ia akan membantu sayur-sayurean tersebut kekal segar dan tahan lebih lama.

11. Bagaimana untuk mengupas bawang putih dalam beberapa saat
Masukkan bawang dalam bekas dan goncang. Tadaa, dah siap. Anda boleh cuba buat di rumah. 

Selamat Mencuba!  

RESEPI KUIH ONDE2/BUAH MELAKA

KUIH ONDE2/BUAH MELAKA
KUIH ONDE2/BUAH MELAKA

Bahan-Bahan: (5-6 orang)
  • 500 gram tepung pulut
  • Air secukupnya
  • 1 sudu kecil pewarna daun pandan
  • 1 keping gula Melaka (dipotong kecil-kecil)
  • Kelapa parut
Cara-cara:
  • Gaul tepung pulut dan dengan air. Masukkan pewarna daun pandan. 
  • Kalau nak lebih sedap, guna air daun pandan yang telah dikisar.
  • Ambil adunan sebesar ibu jari dan gentel menjadi bulat supaya 
  • senang nak anggarkan saiznya, kemudian leperkan.
  • Letakan gula melaka dan gentel menjadi bulat.
  • Jerang air dalam periuk sehingga mendidih.
  • Masukkan kuih ke dalam periuk dan angkat apabila kuih-kuih tersebut timbul. 
  • Sejat dan biarkan seketika.
  • Gaulkan kuih tadi dengan kelapa parut. Siap untuk dimakan.

Resepi Ayam Korea Spicy

Ayam Korea Spicy
Ayam Korea Spicy

Bahan-bahan:
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • Sedikit lada hitam
  • 1 ekor ayam (potong kecil)
  • 1 biji telur ayam
  • Setengah mangkuk tepung gandum
  • Setengah mangkuk tepung jagung
  • 2 cawan minyak masak
  • 2 ulas bawang putih (didadu)
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar madu
  • 1 sudu besar gula perang
  • Secubit garam
  • 1 mangkuk kecil bijan
Cara membuat:
  • Tumbuk bawang putih, halia dan hitam. Kemudian masukkan ayam. Gaul rata.
  • Masukkan telur ayam, tepung gandum dan tepung jagung. Gaul lagi sampai betul-betul rata.
  • Panaskan minyak masak. Goreng secara deep fry. Angkat dan ketepikan.
  • Untuk buat kuah, panaskan minyak masak di kuali. Tumiskan bawang putih yang dipotong dadu.
  • Masukkan serbuk cili, sos cili, sos tomato, madu, gula perang dan garam. Kacau rata.
  • Masukkan bijan dan gaul sebati.
  • Akhir sekali, apabila kuah sudah masak, masukkan ayam digoreng tadi. Gaul rata dan angkat.
Kredit resepi: Pesan Bonda

RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH

AYAM GORENG BEREMPAH
AYAM GORENG BEREMPAH

Bahan-bahan:
Bawang putih
Serai
Halia
Lengkuas
(Blender semua)
Serbuk cili
Serbuk kari daging 
Jintan manis(biji bkn serbuk)
Garam
Gula sikit
Tepung jagung
Daun kari

Cara-cara :
Gaul semua bhn dgn ayam dan perap.
Nk dapatkan ayam yg cantik dan serdak² xhangus tu kena pandai main api lah, masa minyak dah panas kecilkan api masukkan ayam, biar lbih kurang 10minit api kecil, baru besarkan api, daun kari tu tabur dlm kuali masa nk angkat ayam tu, jgn ltk awal nnti daun kari hangus x cantik...bila dh angkat ayam tu nk tambah lg ayam dlm kuali kecilkan api lg dan begitulah seterusnya....

Kuah:
Rempah empat sekawan(kayu manis+bunga lawang+bunga cengkih+buah pelaga)
Bawangmerah+bwgputih+lengkuas+halia(blender)
Serbuk kari daging+serbuk rempah kerutuk
Cili kering yg direbus blender
Serbuk cili sedikit
Kerisik
Santan
Ayam potong kecik²

Cara-cara:
Tumis 4 sekawan dlm minyak yg dh panas
Pastu masukkan bhn blender+cili kering+serbuk cili+serbuk kari daging+rempah kerutuk, tumis sampai pecah minyak, masukkan air ckit, biar jd mcm pes tu kacau², pastu masukkan ayam, santan, kerisik, kuah jgn cair sgt..perasakan dgn garam dan gula, biarkan menggelegak dan bhn td sebati masak...tutup api. Siap.

kredit resepi:as rashid

RESEPI APPLE PIE

APPLE PIE
APPLE PIE

BAHAN-BAHAN INTI:
3 biji epal hijau, kupas buang empulur, didadu sederhana
1/2 cawan kismis
3/4 camca teh serbuk kayu manis
4 camca besar gula perang @ soft brown sugar
1/4 camca teh garam
2 camca besar penuh mentega
1 1/2 camca besar teping jagung

BAHAN PASTRI:
300 gram tepung halus (tepung gandum pun ok)
115 gram mentega sejuk, didadu kecil
60 gram lemak sayur @ shortening, didadu
1/2 camca besar gula aising
1/3 camca teh garam halus
3 - 4 camca besar air dari peti sejuk

BAHAN LAIN:
1 kuning telur
1/4 camca teh esen vanilla
1 camca besar susu segar(disatukan, kacau rata)

CARA MEMBUATNYA
UNTUK INTI:- 
Panaskan mentega, goreng epal dan kismis hingga lembut. Tambah gula perang, serbuk kayu manis dan garam. 
Kacau rata dan masak hingga sebati dan pekat. Tambah tepung jagung, kacau rata dan masak hingga pekat dan sedikit kering. Gunakan api kecil dan kacau sentiasa. Rasa dan jika ok, boleh sejukkan.

UNTUK PASTRI:- 
Satukan tepung, gula aising dan garam, kacau rata. Masukkan mentega dan shortening, gaul ramas dengan hujung jari sehingga mendapat texture seakan2 serbuk roti. 
Masukkan air ais sedikit dahulu, gaul dan masuk sedikit lagi hingga bancuhan menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan dan tak payah letak air lagi. Bulat2kan doh, bungkus dengan plastik bersih dan dinginkan 20 minit.

UNTUK ANYAMAN:- 
Ambil doh, canai antara 2 lapisan plastik sehingga mendapat saiz lebih besar dari .Kemudian buka plastik dan terbalikkan doh tadi ke atas acuan, kemaskan. Cucuk2 permukaannya dengan garfu. Isi dengan inti, ratakan. 
Lebihan baki dicanai dan dipotong panjang-panjang dan susun seperti menganyam tikar. Susun atas inti pai epal tadi. Kemaskan (yang ini boleh ikut kreativiti anda).
Sapu dengan bancuhan kuning telur, berhati2 agar ia tidak meleleh dicelah acuan, ini akan menyukarkan ianya tanggal bila masak nanti, dan kemungkinan pastri akan pecah. 

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 - 35 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan sebelum dipotong.

RESEPI REBUNG MASAK LEMAK CILI API

REBUNG MASAK LEMAK CILI API
REBUNG MASAK LEMAK CILI API

Bahan-bahan:
  • 300 gram rebung
  • 250 gram udang
  • 3 batang serai – diketuk
  • 3 helai daun kunyit – disiat
  • 1 keping asam keping
  • 1 liter santan cair
  • 1 biji santan
  • Garam dan gula secukupnya
Bahan yang perlu dikisar :
  • 20 biji cili padi atau ikut tahap kepedasan
  • setengah inci kunyit hidup
  • 8 biji bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
Cara-cara memasak:
  • Bersihkan rebung dahulu dan direbus sekejap.Selepas direbus perlulah ditoskan
  • Masukkan kesemua bahan yang telah dikisar, santan serta serai ke dalam periuk kemudian kacau sehingga sebati
  • Kemudian masukkan rebung, garam dan masak lagi hingga keluar minyak
  • Jika sudah masak bolehlah ditutup apinya.
  • Siap untuk dihidangkan
P/s:Resepi Rebung Masak Lemak Cili Api Pedas lebih sedap jika dimasak dengan menggunakan santan segar.Selain itu,kuahnya perlulah sentiasa di kacau atau dilimbuk supaya kuahnya tidak berbiji-biji.

Resepi Ayam Masak Hitam

 

Ayam Masak Hitam
Ayam Masak Hitam 

Bahan bahan:
  • 1/2 ekor ayam
  • 10 tangkai cili kering
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Halia besar ibu jari
  • 1 biji tomato potong potong suka hati(buat hiasan)
  • 1 biji bawang besar potong suka hati (buat hiasan)
  • kicap manis secukup rasa(saya guna kicap kipas udang)
  • Rempah untuk menumis (pelaga, bunga lawang, kayu manis)
Cara Memasak Ayam Masak Hitam:
  • kisar bawang merah, bawang putih, cili kering dan halia
  • ayam potong sederhana gaulkan dgn serbuk kunyit dan garam sikit dan goreng separuh masak
  • panaskan minyak dalam kuali dan masukan rempah tumis dan bahan kisar no#1 biar sehingga pecah minyak.
  • masukan ayam goreng tadi tambahkan kicap manis secukupnya. kemudian tambahkan air 1/2 cawan dan tutuptudung periuk dan biar sehingga mendidih.
  • masukan gula, garam secukup rasa, tomato, dan bawang besar dan apabila kuah dah pekat matikan api dan siap untuk dihidangkaan.
  • Daging pon sedap masak macam ni.
Kredit resepi: Khairul Ghazali‎_mahn

Resepi bihun sup chinese style

 

Bihun sup chinese style
Bihun sup chinese style

Resepi kuah :
  • Bawang putih (ikut nak banyak mana)
  • Air
  • Fish ball,fish cake 
  • Sayur
  • Kiub ayam 1
Cara :
  • Tumis bawang putih
  • Masukkan air ikut nak banyak mana
  • Masukkan fish ball,fish cake & kiub ayam
  • Dah mendidih masukkan sayur
  • Last sekali masukkan garam & gula
(Kalau ada minyak bijan boleh masukkan sikit,wangi je)

Resepi minyak bawang putih :
  • Bawang putih 1 labu (dipotong dadu)
  • Minyak secukupnya
Cara: 
  • Tumis bawang putih hingga keperangan, pastikan minyak cukup ye. Dah perang boleh angkat
Resepi cili kicap :
  • Kicap cair sikit
  • Kicap manis sikit
  • Minyak bijan sikit
  • Cili potong
Bihun  macam biasa,kita celur air panas je

Siap..selamat memasak

kredit resepi: Nur Habibah Yapani

Resepi Kueh Cakoi/Pak Tongkol

 

Kueh Cakoi/Pak Tongkol
Kueh Cakoi/Pak Tongkol

Bahan-bahan cakoi:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan air suam
  • 1/2 sudu kecil yis
  • 2 sudu besar gula
  • 1 1/2 sudu besar minyak jagung
  • 1/2 sudu kecil garam
Cara-cara:
  • Masukkan gula dan yis ke dalam air suam. Kacau dan biarkan yis kembang. Lebih kurang 15 minit.
  • Satukan tepung, minyak jagung dan garam ke dalam bekas besar.
  • Masukkan yis yang telah kembang tadi ke dalam bekas tepung. Uli adunan sehingga tidak melekat di tangan dan menjadi doh.
  • Perap doh sehingga naik 2 kali ganda lebih kurang 1jam.
  • Tumbuk doh yang telah kembang untuk mengeluarkan angin.
  • Canai doh secara memanjang. Tebal lebih kurang 1cm. Kemudian potong kecil-kecil secara melintang. Letakkan air di bahagian tengah doh yang telah dipotong kecil dan lapik dua.
  • Perap doh sekejap lebih kurang 5 ke 10 minit supaya lebih kembang.
  • Tarik doh memanjang dan terus goreng dengan api sederhana kecil.
Nota :
  • Jangan guna air yang terlalu panas untuk mengelakkan yis mati.
  • Uli lama untuk mendapatkan kuih yang lembut.
  • Boleh tambah sedikit baking powder dan soda bikarbonat jika suka.
Resepi Kuah Pandan untuk Cakoi(Ala Kaya Cakoi)

Bahan kuah pandan untuk cakoi:
  • 1 1/2 sb tepung kastard
  • 1 cawan susu segar (guna santan pun boleh)
  • 3-4 sb susu pekat manis (kalau takde, letak gula pun ok)
  • sedikit pandan paste (kalau takde, letak air daun pandan tu je)
Cara-caranya:
  • Masuk sumanya dalam periuk dan masak atas api sederhana. Kacau selalu sehingga sedikit pekat (cam kaya tu la..sama je). Angkat dan sejukkan.
  • Sedia dihidangkan bersama kuih Cakoi Sedap Sangat anda!