1

2

3

4

Showing posts with label sup tulang. Show all posts
Showing posts with label sup tulang. Show all posts

Resepi sup kaki lembu

sup kaki lembu
sup kaki lembu

Penyediaan kaki lembu:
  • Bakar kaki lembu, kemudian kikis bahagian yang terbakar hangus. Proses ni makan masa. 
  • Bila dah bakar masak semua bahagian. Potong guna kapak. Kapak senang. Kalau pisau memang tak lut la.
  • Masukkan air dalam periuk. Masukkan halia yang dititik. Lepas tu rebus tulang dan daging yang dah dipotong. Api perlahan selama dua jam. Lagi lama lagi bagus.
  • Sambil tu sediakan rempah ratusnya.
Bahan bahan tumisan:
  • Rempah tumis - kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga
  • bahan tumbuk/kisar pun boleh - bawang besar dua biji, bawang putih 5 biji, halia seinci, lada hitam sesudu (kalau suka pedas, lebih sikit takpe) Tumbuk lebih sedap. Tumbuk bawang putih, halia dengan lada hitam sampai lumat dulu. Lepas tu baru masuk bawang besar.
  • Tumis sampai pecah minyak dan berbau wangi.
  • Dah siap reneh tulang tu, masukkan bahan tumis ke dalam sup. Tambah garam secukup rasa. Nak lemak lagi letak gula. Kemudian tabur bawang goreng dengan daun sup. Saya suka juga tambah daun bawang.
  • Bawang goreng kalau nak wangi, buat sendiri
  • hiris bawang putih dengan bawang merah.
  • Makan dengan nasi letak sambal kicap 

Kredit resepi: Siti Zainon Jamin‎

Resepi sup tulang bawang goreng

Sup tulang bawang goreng
Sup tulang bawang goreng

Bahan:
  • 1 kg tulang
  • 5/6 biji kentang(belah ikut suka)
  • Rempah sup bunjut-1(akk guna adabi)
  • Sebiji bwng besar(belah dua n hiris)
  • 5 ulas bwng putih(ketuk n cincang)
  • 1 inci halia(ketuk)
  • 2 genggam bwng grng
  • 1 genggam daun sup/bwng(siap hiris)
  • 1sudu mkn serbuk lada hitam
  • Garam n perasa
Cara:
  • bersihkn tulang dan masukkan dalam periuk dengan air untuk merebus
  • masukkan rempah sup bunjut,bawang putih dan halia
  • setelah tulang separuh empuk..masukkan bawang hiris tadi dan kentang serta bawang goreng
  • setelah tulang betul empuk..masukkan pulak daun sup/bawang yang di hiris tadi..
  • masukkan lada hitam ,garam dan perasa
  • didihkan lagi dalam 10 min selepas masukkan lada hitam dan perasa supaya semuanya sebati...
  • Sebelum menghidang... Taburkan lagi bawang goreng Dan daun sup/daun bawang hiris
  • Siap!!!!
Selamat mencuba

RESEPI SUP DAGING ALA THAI

SUP DAGING ALA THAI
SUP DAGING ALA THAI

Bahan-bahan:
  • 1 kg tulang atau daging
  • 2 s/b minyak makan
  • 3 s/b rempah sup/kurma [bancuh dengan air sikit]
  • 4 biji kentang [belah 4]
  • 1 batang carrot [potong kecil]
  • 1 pokok daun sup dan daun bawang [hiriskan]
  • 1 batang serai [ketuk]
  • 2 biji tomato [belah 4]
  • garam
  • Cili api
  • air secukupnya

bahan tumbuk:
  • 7 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 sm halia
  • 1 s/k lada hitam

bahan rempah tumis:
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buak pelaga

Cara:
1. Tulang atau daging dipotongkan kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk dan rempah tumis.
3. Masukkan rempah sup/kurma, tulang atau daging serai dan kacau rata.
4. Rebuskan sehingga daging di ulang betul-betul lembut.
5. Masukkan kentang,cili api,carrot, air dan garam. Biarkan mendideh.
6. Biarkan reneh sehingga kentang dan carrot lembut.
7. Tutup api dan masukkan tomato.
8. Masukkan dalam mangkuk hidangan dan taburkan bawang goreng dan daun sup & daun bawang.

Kredit resepi:Nurul Hawa Nadila Sari

Resepi Sup Tulang ala Thai

Sup Tulang ala Thai
Sup Tulang ala Thai

Bahan:
  • Tulang rusuk 1kg
  • *3 batang serai, 1inci lengkuas, 1inci halia (semuanya ketuk)
  • *3 biji tomato, 2bj cili merah
  • *1 biji bawang besar
  • *sup bunjut
  • *Sedikit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, 
  • 2 sudu besar serbuk sup(tumis dulu yer)
  • Batang saderi
  • Daun sup&daun bawang
Cara-caranya:
  • Masukkn tulang, air dan semua bahan* dalam periuk. Renehkan sehingga tulang empuk dan pastikan tomata+bawang besar+cili merah hancur untuk mendapatkan stok kuah yang pekat dan manis.
  • Bila tulang dah empuk boleh masukkan serbuk sup yang dah ditumis tadi. Masukkan garam, gula, serbuk perasa. Bila rasa dah ngam barulah kita masukkan batang saderi, tomato, bawang besar, cili merah(yang nampak fresh tu). Sekali gelegak tutup api.
  • Siap utk dihidang

Kredit Resepi : Rosiah Salahudin

Resepi sup tulang ala siam

 

  • 1 kilo tulang lembu
  • 2 biji bawang merah*
  • 4biji bawang putih*
  • Halia *
  • 2 biji buah keras*
  • 2 biji bawang besar potong mayang
  • 2 sup bunjut tulang
  • 2 sudu besar rempah sup 
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 2 sudu besar cuka makan
  • 2 biij tomato saiz besar*
  • 2 biij tomato saiz besar untuk hiasan
  • Cili padi
  • Daun sup dan bawang
  • Bawang goreng
  • Limau kasturi untuk hiasan

Cara-caranya:-

Tumbuk bahan yang bertanda *. 
Tumis dalam periuk bahan yang ditumbuk dan bahan yang lain kecuali tulang, cuka, daun sup/bawang dan limau. 
Campurkan sedikit air dan tumis sehingga naik minyak dan bau..
Masukkan tulang, cuka da bahan yang lain masak hingga empuk. Kalau pressure cooker kejap je dalam 45min dah empuk.. 
Tp kalau dapur biasa lebih kurang dalam 2-3 jam..
Dah empuk masukkan tomato dan tutup api. Jangan lupa garam dan bahan perasa Hiaskan bersama daun sup/bawang, baanwg goreng dan cili
Sedia dihidang bersama sambal kicap dan nasi panas..