Showing posts with label ayam. Show all posts
Showing posts with label ayam. Show all posts

RESEPI AYAM PERCIK ISTIMEWA

AYAM PERCIK ISTIMEWA
AYAM PERCIK ISTIMEWA

Bahan-bahannya:
  • 1 ekor ayam - potong 8 atau ikut citarasa.
  • 1 1/2 biji kelapa (ambil 1 mangkuk santan pekat) - guna santan debu dan buat sed pekat je
(Bahan-bahan * ditumbuk atau dikisar)
*1 inch halia
* 1/2 inch kunyit segar
*3 labu bwg bawang
*6 ulas bawang putih
*5 tangkai cili kering/1 sb cili kering dah blender
*12 biji buah keras - letak 6 biji je
  • 6 helai daun limau perut- potong halus
  • 3 batang serai di titik saja
  • 2 helai daun kunyit (siat)- x letak pun
  • 1 biji limau nipis
  • Garam
  • Gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis
Cara-caranya:
  • Panaskan minyak di kuali besar, tumiskan bahan yg diblender sampai agak garing.
  • Masukkan santan,daun limau purut, serai, garam dan gula.Kacau hingga mendidih.
  • Masukkan ayam, tutup kuali dg tudung periuk...biarkan merenih dg api sederhana hingga ayam 1/2 masak.
  • Keluarkan ayam dan atur atas tray bakar.
  • ambil sikit kuah percik sapu atas ayam.balikkan ayam dan sapu lagi dg sikit kuah.jika bakar dlm oven, bakar dg api atas bawah 180'C.bakar hingga masak.
  • Untuk kuah teruskan masak sekejap sehingga kuah agak pekat.tutup api Semasa menghidang perahkan limau atas ayam dan siram dgn lebihan kuah percik

RESEPI AYAM MASAK VANGGEY

AYAM MASAK VANGGEY
AYAM MASAK VANGGEY

Bahan:
  • 1 1/2 ekor ayam - gaul dengan garam serta serbuk kunyit
  • 2 sudu makan serbuk kari ayam
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 1 cawan air
  • 6 sudu makan gula merah
  • Garam secukup rasa
  • 1-2 tangkai daun kari
Bahan kisar :
  • 2 biji bawang besar
  • 6-7 ulas bawang putih
  • Segenggam cili api
  • 6 tangkai cili kering
  • 2 inci halia - tak perlu buang kulit
  • 1 sudu makan jintan putih
  • 1 keping kulit kayu manis
  • 5-6 kuntum bunga lawang
  • 2 batang serai
Bahan tumis :
  • 2 biji bawang besar
  • 1 batang serai - diketuk
  • 2 tangkai daun kari
  • 2-3 biji tomato
  • Rempah 5 sekawan
Cara-cara:
  • Bersihkan ayam dan gaul bersama garam dan serbuk kunyit secukupnya.
  • Panaskan minyak masak dan goreng ayam hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  • Satukan bahan2 kisar dan blend hingga halus.
  • Tumis rempah 5 sekawan seketika.
  • Kemudian masukkan bahan2 tumisan yang lain dan masak hingga naik bau serta keperangan.
  • Masukkan bahan2 kisar.
  • Tumis lagi hingga rempah masak dan pecah minyak.
  • Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi, gaul rata.
  • Seterusnya masukkan serbuk kari ayam dan serbuk cili, gaul sebati.
  • Tambahkan air sebatikan. Pastikan rempah tidak hangus.
  • Masukkan gula merah dan garam secukup rasa. Gaul lagi supaya rasanya sekata.
  • Bila ayam sudah kelihatan pecah minyak masukkan daun kari bagi menyedapkan lagi rasa hidangan.
  • Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit Resepi: Rani Genga

Resepi Sweet & Sour Chicken

Sweet & Sour Chicken
Sweet & Sour Chicken

Bahan-bahan:
  • 2 sudu minyak 
  • dada ayam tanpa tulang, dihiris dan di gaul dgn Garam dan lada 
  • 4 cawan tepung jagung, dicampur dengan 4 sudu air, satu sudu tepung penaik dan 1/2 sudu minyak masak
  • 1/2 cawan tomato paste
  • 1/2 cawan jem raspberry
  • 3 sudu besar gula perang
  • Sesudu cuka
  • 1/4 cawan stock ayam / air biasa / jus dr nenas tin
  • 1/2 cawan cili holland hijau 
  • 1/2 cawan cili holland merah
  • 1/2 cawan cili holland kuning
  • 1/2 cawan bawang holland
  • 1/2 cawan nenas atau 1/2 cawan nenas dalam tin, bersama 1/2 cawan air jus
Cara-cara:
  • Dalam kuali yang tidak melekat, panaskan minyak 
  • Goreng kan ayam yang telah dia gaul kan dengan tepung. 
  • Setelah ayam keperangan dan angkat dan tos kan minyak.
  • Dlm minyak yang sedikit masukkan paste tomato, jem, gula perang, cuka, garam dan stock ayam/air/jus nenas, kacau hingga mendidih dan sedikit pekat
  • Kemudian masukkan cili, nenas dan bawang dan masak selama 1 minit. 
  • Kemudian masuk kan campuran tepung jagung dan air kepekatan dan kacau hingga mendidih lagi. 
  • Kemudian masukkan ayam dan gaul sehingga rata.. Angkat dan hidangkan bersama nasi panas  
Kredit resepi: IG majalah rasa

RESEPI AYAM MASAK MERAH KENDURI

AYAM MASAK MERAH KENDURI
AYAM MASAK MERAH KENDURI

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam - potong kecil dan basuh bersih
  • (Garam, kunyit dan goreng - jangan garing sangat.)
  • 3 biji bawang besar (size besar tau)*
  • 4-5 ulas bawang putih*
  • 1 1/2 inci halia*
  • Blend semua bahan bertanda *
  • 3-4 senduk cili kisar
  • 5 sudu besar sos cili
  • 2 biji tomato
  • 2 batang serai - diketuk
  • 1 kulit kayu manis
  • 3 bunga lawang
  • 5 buah pelaga
  • Garam dan gula secukupnya
Cara-cara:
  • Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sampai naik bau.masukkan serai.tumis sekejap.
  • Masukkan bahan blend.tumis sampai garing.lepastu masukkan cili kisar.tumis lagi sampai garing.
  • Masukkan gula, sos cili dan tomato.biar seketika.kacau sesekali.perisakan garam.
  • Lepastu boleh lah masukkan ayam yang telah digoreng tadi.gaul sebati.
  • Siapppp...!!!
  • Sedap makan dengan nasi minyak atau nasi tomato 😋😋😋

RESEPI AYAM KUKUS MUDAH

AYAM KUKUS MUDAH
AYAM KUKUS MUDAH 

Untuk Ayam:
  • 1 ekor ayam jangan dipotong
  • 2" halia dihiris bulat
  • 3 ulas bawang putih, diketuk
  • 5-7 akar daun bawang ambil pangkal akar shj
  • 3ketul Gula batu 
  • 1 besin ais batu
Cara Menyediakanya:
  • Masak air dalam periuk secukupnya sehingga boleh menutupi ayam. 
  • Masukkan semua bahan dan rebus ayam sehingga empuk. 
  • Angkat dan rendamkan ayam ke dalam air batu seketika. 
  • Angkat dan keringkan ayam lepastu gantung.
untuk kicap:
  • 2sudu kecil minyak bijan
  • 3sudu besar kicap cair soya
  • 1sendok air rebusan ayam
  • 1inci halia diketuk
cara penyediaan:
  • potong dulu ayam, 
  • campurkan semua bahan tuang atas ayam.
semoga bermanfaat untuk semua

kredit resepi: Jenny Mesya‎

Resepi Ayam ButterMilk

Ayam ButterMilk
Ayam ButterMilk

Bahan-bahannya:
  • Ayam (untuk 4 orang makan - ayam tu potong la kecik-kecik)
  • 1 sudu besar serbuk kari 
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • sedikit garam
  • sedikit gula
  • 1/2 tin susu cair (kalau nak kuah banyak - lebihkan susu cair)
  • 3 sudu butter
  • Daun Kari
  • 3 biji bawang merah (- hiris atau potong dadu.)
  • 1 ulas bawang putih (ketuk-ketuk jer)
  • 6 biji cili api hijau  
  • Minyak untuk goreng ayam
Cara-cara:
  • Gaulkan ayam dengan serbuk kari dan sedikit garam. Rata dan sebatikan dulu dengan serbuk kari baru masukkan tepung jagung dan tepung gandum ke dalam ayam.
  • Goreng ayam sehingga masak (guna minyak biasa yer..)
  • Dah masak ayam, panaskan kuali plak dan masukkan butter.
  • Bila butter dah cair, masukkan bawang putih, bawang merah, cili api dan daun kari.
  • Masukkan susu cair bila bawang dah garing sedikit.
  • Biarkan susu cair tu mendidih sekejap dan kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Masukkan sedikit gula jika suka.
  • Kalau suka dan nak kuah ayam tu pekat, masak la lama sikit supaya kuahnya pekat gituuu..
  • Tapi saya suka kuahnya cair sikit. So, biarkan sekejap jer ayam tu. Bagi kuahnya pekat sikit-sikit jer.
  • Dan kalau terlajak pekat sangat, tambah jer air sikit.
  • Dah siap, makan dengan nasi panas-panas.

Resepi kari ayam

Kari ayam
Kari ayam 

Bahan-bahannya:
  • 3 ketul ayam
  • 2 sudu rempah kari Baba's
  • 1/2 bawang besar kuning
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji kentang
  • 1 cawan air
  • 2 sudu minyak
  • Secubit rasa
Cara-cara membuatnya:
  • Mula-mula panaskan minyak. Goreng bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. 
  • Kemudian, masukkan rempah kari dan goreng sehingga wangi. Masukkan air dan kacau sehingga sebati. 
  • Selepas itu, masukkan kentang, kentang, bendi dan ayam dan biarkan sehingga masak. 
  • Akhir sekali, masukkan secubit rasa atau garam dan gula dan biar sehingga sedikit pekat. Siap untuk di hidang!

RESEPI AYAM MASAK KICAP

AYAM MASAK KICAP
AYAM MASAK KICAP

BAHAN-BAHAN :
  • 1/2 ekor ayam gaul dgn garam dan kunyit (goreng)
  • 1 biji Bawang merah (hiris)
  • 2 ulas Bawang putih (ketuk)
  • Halia (hiris)
  • tumbuk @ blend 1 bawang merah, 1 biji bawang putih & halia..
  • 1 senduk cili kisar
  • 1 sudu rempah kari daging (optional)
  • 2 sudu sos cili
  • 1 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos abc
  • 1 sudu kicap pekat
  • 4 sudu kicap lemak manis
  • 1/2 cawan air (if nak berkuah letak lebih skit)
  • 1 batang Kayu manis
  • 2 Bunga cengkih
  • 1 bunga lawang
  • 1 batang serai (ketuk)
  • Bawang besar potong bulat
  • Ubi kentang (goreng dulu)
  • Cili padi
  • Daun sup & daun bawang
CARA-CARA :
Tumis bawang merah, bawang putih, halia & serai hingga kekuningan.. Masukkan bawang-bawang dan halia yang ditumbuk hingga bau wangi.. Masuk cili kisar & rempah.. Masak hingga pecah minyak.. masukkan sos cili, sos tiram, kicap abc, kicap pekat & kicap lemak manis.. kacau-kacau... 
boleh masukkan bawang besar potong bulat..
masukkan ayam goreng... gaul sebati
nampak pekat sangat masukkan air... dah masak.. tabur cili padi dengan daun sup & daun bawang
*tak perlu letak bahan perasa sebab kicap dan sos dah cukup manis dan masin..

Kredit resepi: Mami Mirza

RESEPI AYAM MASAK KANDAR

 

AYAM MASAK KANDAR
AYAM MASAK KANDAR

Ayam seekor dipotong ikut suka (goreng separuh masak or mentah je)

Bahan A:
  • Jintan Manis 2 sdu mkn
  • Jintan putih 1/2 sdu mkn
  • Bawang Holland sebiji potong 4
  • 5-6 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 12 tgkai cili kering
  • Goreng terlebih dulu kemudian blend dgn minyak
Bahan B:
  • Bunga lawang
  • Kulit kayu manis
  • Buah pelaga
  • 3 sdu mkn Serbuk kari
  • 1/2 sdu mkn Serbuk kurma
Cara-cara:
  • Tumis kesemua bahan B sampai naik bau dan serbuk kari kurma hingga pecah minyak. 
  • Kemudian masukkan bahan A.
  • Masak dalam 10 min
  • Masukkan kicap manis
  • Masukkan ayam
  • Perasakan dengan gula garam
  • Masukkan bawang Holland di potong bulat, cili hijau dan daun kari 

Kredit Resepi : Yasreen Balqish Al-Idrus‎ (Mahn via Koleksi Resepi Masakan Ayam)

Resepi Ayam Tiram Thai

Ayam Tiram Thai
Ayam Tiram Thai

10 ketul Ayam perap dengan:
  • 3 sudu besar Sos tiram, 
  • 2 sudu besar kicap manis, 
  • garam/secukup rasa, 
  • 1 sudu besar minyak masak. 
  • Bakar dalam air fryer/oven 180-200c 20min.
bahan sos: 
  • 5 ulas bwg putih, 
  • 4 biji cili padi merah, 
  • 3 batang akar ketumbar, 
tumbuk sampai lumat guna lesung. 
  • Masukkan 1 sudu besar sos tiram, 
  • 3 sudu kecil kicap cair, 
  • 2 sudu besar gula, 
  • 1 biji perahan limau nipis/lemon, 
  • daun ketumbar yg dah dipotong halus. 

Gaul semua sampai sebati, curah atas ayam.

kredit: raja siti afiqah azmi

RESEPI AYAM MASAk THAI

 

AYAM MASAk THAI
AYAM MASAk THAI

Ayam yg di goreng dgn kunyit.

Bahan tumbuk:
Bawang merah 5 biji
Bawang putih 3 ulas
Sedikit kunyit hidup
Cili padi (ikut nak pedas mana)

Bahan lain:
2 sudu sos tiram
2 sudu sos tomato
3 btg serai diketuk
3 helai daun limau purut
Garam dan gula

Cara-cara:
Tumiskan bahan tumbuk dgn serai hingga garing.
Masukkan sedikit air dan masukkan sos tiram,sos tomato dan daun limau purut.
Masak hingga bawang betul² masak dan pekat.Tambah perasa dgn bawang holland yg di potong nipis...ok siap.

Resepi Ayam Masak Thai

Bahan-bahan:
  • ayam goreng jangan garing sangat
    Ayam Masak Thai
     Ayam Masak Thai
  • tumbuk bawang merah and putih
  • bawang holland
  • cili api blend, dalam 10 biji , nak pedas lebih lagi
  • minyak ikan
  • sos cili
  • sos tiram
  • daun limau purut
  • serai
  • tomato
  • cendawan/kobis bunga/baby jagung

cara masak:

Tumis serai sehingga naik bau. Masukkan bawang yg di tumbuk dengan cili yg di blend tumis sampai garing.
Kemudian, masukkan daun limau purut dan sos tiram, sos cili, sos ikan dan air. Gaul sebati, masukkn tomato and baby carrot dan akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi bersama bwang holland. Secubit garam untuk rasa secukupnya.

Kredit Resepi : Nur Zira