Makan tengahari di Restoran Gulai 7 Kawah, Alor Setar, Kedah.

Recommended!....Jika anda kini berada di Alor Setar, tengah mencari-cari tempat untuk makan tengahari yang sedap dan unik, boleh la cari Restoran Gulai 7 Kawah ni. Memang kena dengan nama restoran tu sebab sajian gulai 7 kawah ni pun menang ada kat sini...siap tersusun 7 kawah dengan pelbagai jenis masakan gulai...memang terbaik la kalau korang makan gulai utara ni..cukup rasa....
Restoran Gulai 7 Kawah Alor Setar

7 kawah gulai tersedia untuk dimakan
Selain 7 kawah gulai ni, terdapat juga banyak lauk pauk yang lain yang boleh dijadikan pilihan...ada ikan bakar, ayam bakar, ulam-ulaman dan banyak lagi la ada kat sini....macam-macam adooo...kawasan makan pun agak selesa, tak lah panas sangat, cuma makan kat situ je panas-panas..hihihihi...masakan exotic macam daging rusa pun ada.....Aku nak share la sikit apa yang aku makan kat sini...aku ambil semangkuk gulai daging batang pisang, ikan keli bakar, ayam bakar, ulam-ulaman, sambal belacan.....memang sedap, menang terbaik...hagtag (#) 'aku suka'......dah macam jalan-jalan cari makan TV3 la plak aku ni..kihkihkih.....tp aku rasa JJCM TV3 ni pernah datang review kat sini....

Antara lauk pauk lain yang ada yang aku sempat snap

Gulai daging batang pisang terbaik!!!!!

Ayam bakar sempoi

Ikan keli bakar pun turut sama-sama sempoi

Ulam-ulaman menambahkan lagi suasana kampung
Camna nak ke sini...sebenarnya aku pun guna gps....tempat ni bukan dalam bandar Alor Setar...keluar sikit dari bandar..Alhamdullillah, guna gps terus bawa ke restoran ni....kalau orang tempatan, mungkin tak ada masalah...orang luar macam aku ni. terpaksa la guna gps walaupun kadang-kadang Guna Pun Sesat....hohohohoho...

Gps koordinat  :  6°11'05.4"N 100°20'39.5"E

No comments:

Post a Comment