Showing posts with label Alor Setar. Show all posts
Showing posts with label Alor Setar. Show all posts

Sarapan pagi di restoran Selera Jelapang, depan stesen bas Alor Star

restoran Selera Jelapang
restoran Selera Jelapang
On the way aku nak ke Perlis, singgah jap di restoran Selera Jelapang yang terletak berhadapan dengan stesen bas, Alor Setar...Tapi aku ada terlewat sikit la nak bersarapan, kebanyakkan makanan sarapan dah habis...So aku rempat jer la menu-menu sarapan yang masih berbaki... Nasib roti jala dan peknga masih ada lagi, dan apa lagi, terus mengorder lerπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
roti jala kari ayam
roti jala kari ayam

peknga gulai ikan sekoq
peknga gulai ikan sekoq
Pastu terpandang macam ada cucur udang kat sini, pun takpa berlenggah, terus la jugak mengoder lagi dan lagi dan lagi.....
cucur udang kuah kacang
cucur udang kuah kacang
Itu je la menu sarapan yang aku sempat makan di sini...waktu aku datang ni, diorang dah tengah nak prepare lauk-lauk untuk makan tengahari daaa...
lauk pauk makan tengahari nih
lauk pauk makan tengahari nih
GPS koordinat dan google map Restoran Selera Jelapang ni adalah seperti di bawah ni.

GPS koordinat: 6°08'28.5"N 100°21'18.8"E atau 6.141252148228544, 100.35521339967819

https://maps.app.goo.gl/Pyme77HcSPgw5KkL9

Restoran Kechik, Mergong, Alor Setar

 

Restoran Kechik, Mergong
Restoran Kechik, Mergong

gerai kechik macam pasar malam
gerai kechik macam pasar malam
Ni tempat makan yang rare sikit. Restoran Kechik ni terletak di Mergong, Alor Setar...Mulanya aku ingatkan pasar malamkat depan restoran kechik ni...rupanya semua gerai tu, tempat makan dia dalam restoran kechik!...Diorang nak buat macam ala-ala food court la..korang boleh order kat gerai-gerai tu, kemudian duduk makan dalam restoran...tapi bila diorang hantar makanan, kena bayar terus kat penghantar makanan tu...
takoyaki
takoyaki

bihun sup utara
bihun sup utara

megi sup
megi sup

nasi goreng daging
nasi goreng daging
Ada banyak makan yang korang boleh makan...roti canai pun ada...tapi aku makan yang gambar-gambar kat atas tu jer kat restoran kechik ni...

Kalau korang nak datang ke sini, aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai panduan korang.

GPS koordinat: 6°07'47.0"N 100°20'33.5"E atau 6.129709456543455, 100.34262936176813

https://maps.app.goo.gl/krfJUztexMuPFMur8


Santai minum manisan di Kafe Bubblebee, Taman Mergong Jaya Alor Setar Kedah

 

Kafe Bubblebee, Taman Mergong Jaya Alor Setar
Kafe Bubblebee, Taman Mergong Jaya Alor Setar

Kafe Bubblebee, Taman Mergong Jaya Alor Setar
Kafe Bubblebee, Taman Mergong Jaya Alor Setar
Kafe Bubblebee ni dah merata tempat dah ada...bisness si suib sepahtu dah semangkin maju. Aku sampai Alor Setar ni dah petang dalam 4 lebih...tapi masih panas lit-lit...Kebetulan hotel yang aku book ni dekat dengan Kafe Bubblebee ni...jadi sebelum check in, kita check in dulu bubblebee kat sebelah hotel😁😁....Panas lit-lit, pekena bubblebee, memang rasa segar, sejuk perut penuh dengan aiskrim...ditambah dengan madu sarang plak yang ada dalam minuman tu, perghhh...ngam!
ni yang aku order kat bubblebee
ni yang aku order kat bubblebee
Kita layan dulu dalam kafe bubblebee ni sebelum check in hotel...lek arr..hotel sebelah jerπŸ˜…πŸ˜…...

Kepada yang nak datang Kafe Bubblebee ni, boleh rujuk GPS Koordinat dan google map di bawah.

GPS koordinat: 6°07'49.1"N 100°20'33.9"E atau 6.130306392431939, 100.34274752690769

https://maps.app.goo.gl/gvKKgB8Z4nBNTTzs9

Chinese food halal di restoran Bakul Cheh Cha, Alor Setar Kedah

 

Restoran Bakul Cheh Cha, Alor Setar
Restoran Bakul Cheh Cha, Alor Setar

suasana dalam Restoran Bakul Cheh Cha
suasana dalam Restoran Bakul Cheh Cha
Ramai peminat makanan cina (chinese food) dikalangan orang melayu, namun yang halal agak sukar untuk di temui...Tapi kalau korang berapa di Alor Setar dan teringin nak makan chinese food yang halal, aku rekomen untuk korang Restoran Bakul Cheh Cha yang terletak di Jalan Lumpur, Kampung Lubok Peringgi, Alor Setar, Kedah...

Banyak menu chinese food yang korang boleh makan di sini....pelbagai jenis dimsum, dan lain-lain lah...hahahah..aku bukan kenal sangat makanan cina niπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

antara makanan yang aku order
antara makanan yang aku order

koay teow goreng chinese style
koay teow goreng chinese style

sapa tau ni nama dia apa?
sapa tau ni nama dia apa?😁😁😁
So, sebabkan aku sendiri tak kenal apa yang aku makanπŸ˜†πŸ˜†, jadi aku listkan je la apa yang aku makan berdasarkan list makanan dalam bil aku....So apa yang aku makan adalah, char koay teow, cantonese BBQ chicken Bao, Chee Cheong Pan Prawn, Siew Mai, Har Gao, dan Kao Choy Koh..

Kepada yang nak try makan di Bakul Cheh Cha ni boleh la datang ke sini. Sebagai panduan, boleh rujuk GPS koordinat dan google map seperti di bawah.

GPS koordinat: 6.124831407177734, 100.3617479479764

https://maps.app.goo.gl/99RdGTzNWD7xH9is5

Jalan-jalan tengok Rumah Kelahiran Tun Dr Mahathir Mohamad di Alor Setar

 

Rumah Kelahiran Tun Mahathir Mohamad
Rumah Kelahiran Tun Mahathir Mohamad

Rumah Kelahiran Tun Mahathir Mohamad
Rumah Kelahiran Tun Mahathir Mohamad
Rumah kelahiran Tun Mahathir Mohamad ni terletak di Lorong Kilang Ais Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai, Jalan Seberang Perak, Taman Pesisiran Tanjung Chali, 05000 Alor Setar, Kedah. Di rumah ini lah Tun Dr Mahathir Mohamad dilahirkan pada 20 Disember 1925 dan seterusnya membesar di rumah ini. Rumah yang mempunyai sebuah bilik ini dimiliki oleh Mohamad bi Iskandar. Struktur rumah ini asalnya berasaskan kayu, beratap nipah, berlantai papan dan bersiling kain ombak-ombak. Ia telah berberapa kali di ubah suai sehingga enjadi bentuk seperti yang ada sekarang.

Pada tahun 1990, Lembaga Muzium Negeri KEdah telah mencadangkan agar pihak Akid Negara Malaysia mengambil alih dan seterusnya memperbaiki rumah ini setelah mendapat persetujuan dari keluarga, usaha membaik pulih dimulakan pada tahun 1992.

Di dalam rumah ini dipamerkan segala peralatan asal, bahan-bahan yang berkaitan dengan sejarah hidup semenjak Tun Dr Mahathir dilahirkan sehinggalah beliau berkahwin yang kebanyakkannya diperoleh dari saudara-mara dan sahabat handai beliau.

galeri pameran (rumah bumbung lima)
galeri pameran (rumah bumbung lima)

galeri pameran (rumah bujang)
galeri pameran (rumah bujang)

antara barangan yang dipamerkan
antara barangan yang dipamerkan
Selain rumah asal Tun Dr Mahathir, pengunjung juga boleh melawat dua rumah pameran yang di namakan sebagai Rumah Bujang dan Rumah Bumbung Lima. 

Rumah Bujang mempamerkan bahan-bahan pameran yang memperlihatkan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kegiatan-kegiatan politik dari peringkat awal sehingga menjadi ahli UMNO, ahli parlimen, menteri kabinet dan seterusnya dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia. Pameran juga memperlihatkan aktiviti-aktiviti beliau dalam pertubuhan yang dianggotainya sebelum menceburi bidang politik. Hobi, aktiviti rekreasi dan makanan kegemaran Tun Dr Mahathir Mohamad juga dipamerkan dalam rumah ini.

Rumah Bumbung Lima pula memaparkan kisah pendidikan Tun Dr Mahathir Mohamad dari peringkat persekolahan sehingga ke Universiti, kariernya sebagai seorang doktor yang berjaya dan juga pernulisan beliau yang mempengaruhi pemikiran masyarakat.

basikal kegemaran Tun Dr Mahathir Mohamad
basikal kegemaran Tun Dr Mahathir Mohamad
Begitu la serba sedikit berkenaan Rumah Kelahiran Tun Dr Mahathir Mohamad. Kepada yang nak datang melawat ke sini, boleh cari di Alor Setar. GPS koordinat dan google map adalah seperti di bawah.

GPS koordinat: 6°06'47.5"N 100°21'46.3"E atau 6.113203, 100.362853

Bawa anak jalan-jalan Pusat Sains Negara, Alor Setar Kedah

Pusat Sains Negara, Alor Setar Kedah
Pusat Sains Negara, Alor Setar Kedah
Kepada hampa semua yang duduk di Area Utara, nak habaq kat hampa Pusat Sains Negara pun ada di belah Utara. Depa boh kat Aloq Setaq. Tak payah dah hampa semua pi panjat naik Kolompo nunnnn... jauhhh..hampa hampa paham la bahasa kedah akuπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Pusat Sains Negara ni terletak di Jalan Gunung Keriang, 06570 Alor Setar, Kedah. PSN yang di Kuala Lumpur tu lebih kurang sama jer dengan yang di Kedah ni, cuma di Kuala Lumpur tu agak besar la sikit dari yang di Kedah ni. Boleh tengok PSN KL yang aku pernah tulis dalam blog aku DISINI
kaunter beli tiket
kaunter beli tiket

tiket masuk
tiket masuk
Sebelum nak masuk tu, kena beli tiket dulu, murah je tiket.....
laluan pintu masuk dan keluar pameran
laluan pintu masuk dan keluar pameran
Then, boleh la korang masuk ke ruang pameran. Ada pelbagai aktiviti sains yang boleh dicuba oleh anak-anak. Sambil main, sambil belajar sains. Ada petugas yang boleh explain kalau korang tak tahu cara-cara nak main aktiviti sains tersebut. Gambar di bawah ni antara ruang-ruang pameran yang ada di Pusat Sains Negara Alor Setar ni...
pameran sains
pameran sains

pameran sains
pameran sains

pameran sains
pameran sains
Selain pameran aktiviti sains, terdapat juga persembahan sains yang aku dipersembahkan oleh petugas PSN. Persembahan sains tu tertakluk kepada waktu-waktu tertentu yang telah ditetapkan sahaja.
persembahan sains
persembahan sains 
Tempat ni memang sesuai untuk bawa anak-anak beraktiviti sains. Sangat menarik dan sangat berinfomatif untuk pembelajaran anak-anak.

Jadi, kepada yang nak datang bawa anak jalan-jalan ke PSN Alor Setar ni, boleh cari PSN ni di Jalan Gunung Keriang, 06570 Alor Setar, Kedah dan korang boleh juga cari dengan menggunakan gps koordinat dan google map seperti di bawah.

GPS koordinat: 6°11'27.7"N 100°19'29.5"E atau 6.191039, 100.324870


Pekena Zubair Capati titi Gajah, Alor Setar

 

Zubair Capati titi Gajah, Alor Setar
Zubair Capati titi Gajah, Alor Setar
Lepas aku jalan-jalan kat Bandar Alor Setar, masa nak balik ke hotel, terjumpa kedai Zubair Capati Titi Gajah ni. Hotel aku duduk tu TH Hotel...Dulu la sebelum kena jual dengan bekas menteri agama tu😁😁.. la ni tak panggil TH hotel dah..dah tukar nama...
layan makan capati
layan makan capati
Kita layan makan capati dulu sebelum balik hotel tido...

GPS koordinat dan google map Zubair Capati Titi Gajah seperti di bawah ni.

GPS koordinat: 6°11'38.1"N 100°22'59.8"E atau 6.193928, 100.383277



Makan tengahari yang sedap di restoran Mie Langgar/Mee Langgar, Alor Setar

 

restoran Mie Langgar/Mee Langgar, Alor Setar
restoran Mie Langgar/Mee Langgar, Alor Setar

restoran Mie Langgar/Mee Langgar, Alor Setar
restoran Mie Langgar/Mee Langgar, Alor Setar
Aku tak pasti la nama sebenar restoran ni, kejap Mie Langgar, kejap Mee Langgar.... sebab aku dah conpius, aku tulis dua-dua sekali nama restoran ni dalam posting aku niπŸ˜…. Sebenarnya aku dah pernah datang dah masa tahun 2018. Ni kira repeat la untuk kali kedua. Posting tu boleh tengok DISINI. Masa tu belum Covid lagi. Takda perubahan sangat yang aku perasan dari yang first aku datang. Semua sama jer.
tempat makan/meja makan dalam restoran
tempat makan/meja makan dalam restoran
Dari segi makan pula, memang banyak masakan tengahari yang korang boleh makan di sini. Yang special di restoran ni adalah ikan bakar, ayam golek, daging bakar, kira semua yang bakar-bakar lah. Yang bakar-bakar ni nampak menyelerakan, rasa macam nak makan semua sekaliπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
pelbagai jenis masakan untuk juadah tengahari
pelbagai jenis masakan untuk juadah tengahari

ikan-ikan bakar
ikan-ikan bakar

daging bakar
daging bakar

ayam golek/ayam bakar
ayam golek/ayam bakar
Tapi disebabkan kekangan kewangan, aku tak jadi nak ambik semua tu😁...sengkek, poket tengah rabakπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†..Jadi makan tengahari aku simple-simple jer, cam gambar kat bawah ni.
Alhamdullillah, ni je rezeki aku
Alhamdullillah, ni je rezeki akuπŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹
Kalau korang ada di Alor Setar, boleh la datang makan tengahari di sini. Boleh rujuk gps koordinat dah google map seperti dibawah sebagai rujukan.

GPS koordinat: 6°08'31.7"N 100°23'36.1"E atau 6.142138, 100.393369


Restoran makan tengahari di Kafe Adik Abang yang sempoi di Alor Setar

 

Kafe Adik Abang (Adik Abang cafe)
Kafe Adik Abang (Adik Abang cafe)

Kafe Adik Abang (Adik Abang cafe)
Kafe Adik Abang (Adik Abang cafe)
Kafe Adik Abang ni kira macam Restoran makan tengahari la... aku tak pasti pasai apa depa panggil kafe😁😁..Kafe Adik Abang ni beralamat di Jalan Alor Mengkudu, Kampung Tok Sirun, 05400 Alor Setar, Kedah. Sebelah Kafe Adik Abang ni ada stesen minyak Caltex. Seblah Caltex ni ada KFC, Mac Donald, Starbuck....
Kawasan nak ambil makanan yang luas
Kawasan nak ambil makanan yang luas

boleh makan santai-santai tepi bendang
boleh makan santai-santai tepi bendang

tempat makan pun selesa
tempat makan pun selesa
Bagi aku Kafe Adik Abang ni selesa la nak makan. Tempat yang agak luas. Tempat parking pun disediakan pun agak luas dan selesa. Korang boleh pilih nak nak makan bawah bumbung or nak santai-santai tepi bendang....kena plak angin sepoi-sepoi bahasa..perghhh syahdu... tapi kalau takde angin kepanasan la korangπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚...

Kalau korang datang sini, mula-mula sekali cari meja sebab kalau korang datang waktu lunch, kemungkinan susah nak dapat meja. Dah dapat meja, sorang kena tunggu di meja, yang lain boleh pi ambil makanan. Jangan tunggu depa mai ambik order sebab takan ada pun..Kafe Adik Abang ni style layan diri. Kena bayar dulu sebelum makan.

ada gulai kawah
ada gulai kawah

lauk-lauk goreng
lauk-lauk goreng

pelbagai jenis masakan
pelbagai jenis masakan

pelbagai jenis ikan bakar
pelbagai jenis ikan bakar

ada ulam-ulaman
ada ulam-ulaman
Banyak kan masakan yang ada di Kafe Adik Abang ni kan kan kan... Kalau korang nak makan secara hidang, ada disediakan talam supaya senang nak bawa ke meja. Aku guna talam senang sikit nak bawa banyak-banyak makanan.
ni la habuan makan tengahari aku di Kafe Adik Abang
ni la habuan makan tengahari aku di Kafe Adik Abang
Semua yang aku ambil tu kena bayar dulu sebelum makan. Diorang dah tulis besar-besar kat depan kaunter supaya korang alertπŸ˜…πŸ˜…
bayar dulu sebelum makan!
bayar dulu sebelum makan!
Kepada korang yang nak datang ke Kafe Adik Abang ni, korang boleh cari di Alor Mengkudu di Alor Setar ataupun kalau korang susah-susah sangat nak cari, boleh guna gps koordinat dan google map seperti dibawah ni.

GPS koordinat: 6°05'49.4"N 100°22'28.5"E atau 6.097060, 100.374593