Showing posts with label sungai dua. Show all posts
Showing posts with label sungai dua. Show all posts

Jom makan ikan bakar di Adrianna Ikan Bakar, Sungai Dua, Pulau Pinang

 

Adrianna Ikan Bakar, Sungai Dua, Pulau Pinang
Adrianna Ikan Bakar, Sungai Dua, Pulau Pinang

Adrianna Ikan Bakar, Sungai Dua, Pulau Pinang
Adrianna Ikan Bakar, Sungai Dua, Pulau Pinang
Port makan malam sempoi di Sungai Dua, Pulau Pinang ni, korang boleh try di Restoran Adrianna Ikan Bakar 'Citarasa Sebenar Kuala Perlis'. Korang boleh pilih sendiri ikan-ikan segar untuk dijadikan hidangan.

Aku first time datang sini untuk makan malam... ingatkan biashe-biashe jer, rupanya sedapnya luar biase!😁... Kat bawah ni adalah menu yang aku order untuk makan malam aku...

siakap ikan bakar
siakap ikan bakar

sotong goreng tepung
sotong goreng tepung

telur dadar
telur dadar

sup ayam
sup ayam

sambal belacan padu!
sambal belacan padu!

kangkung belacan
kangkung belacan

hidangan lengkap makan malam aku
hidangan lengkap makan malam aku
Kepada yang nak try makan di sini, boleh la cari di Sungai Dua, Pulau Pinang. Kalau dari highway dari Seberang Jaya, ambil susur keluar Sungai Dua. Kena u turn sikit. Senang cerita aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai panduan korang.

GPS koordinat: 5.447461940471587, 100.41785068793051 atau 5°26'51.0"N 100°25'04.3"E

https://maps.app.goo.gl/pb16gnvt6HG7JuWW9

Layan air kelapa muda & coconut shake Maklom Sungai Dua, Penang

 

air kelapa muda & coconut shake Maklom sg dua
air kelapa muda & coconut shake Maklom sg dua
Terasa dahaga tekak di tengahari, jika lalu di Maklom, Sungai Dua, boleh la singgha warung Air Kelapa Muda original & coconut shake ni. Tepi jalan jer
warung coconut shake
warung coconut shake

air coconut shake
air coconut shake
Kalau lapar, di sini juga ada jual bihun sup dan juga sup gearbox. Kalau korang nak try coconut shake ni, boleh la singgah sini. GPS koordinat dan google map adalah seperti di bawah.

GPS koordinat: 5°27'01.8"N 100°24'21.0"E atau 5.450488, 100.405843

https://maps.app.goo.gl/zXRbGFwAeVF9MREC6


Nasi Kandar Drive Thru di Restoran Nasi Kandar Hussain Caltex Sungai Dua, Pulau Pinang

 

Restoran Nasi Kandar Hussain Caltex Sungai Dua
Restoran Nasi Kandar Hussain Caltex Sungai Dua
Ini memang rare! Nak tau apa dia yang rare tu? Haaaa, nidiaaa... nasi kandar drive thru pertama di Malaysia💪💪💪... Kat mana? Restoran ni adalah restoran Nasi Kandar Hussain yang berkembar dengan stesen minyak caltex Sungai Dua, selepas tol Sungai Dua menghala ke Permatang Pauh. Korang boleh pilih nak dine-in atau drive thru... pengalaman pertama drive thru nasi kandar😅😅
nasi kandar siap dalam packaging yang cun
nasi kandar siap dalam packaging yang cun

ayam bungkus asing
ayam bungkus asing

papadom
papadom

dah siap meng 'order' drive thru...
dah siap meng 'order' drive thru...

air pun boleh drive thru
air pun boleh drive thru
Restoran Hussain Nasi Kandar ni ada je kat tempat lain, tapi di Caltex Sungai Dua ni lain maciammm sikit. Boleh la korang nak try cuba test drive thru ni....

GPS koordinat Hussain Nasi Kandar Drive Thru : 5°27'13.5"N 100°25'10.9"E atau 

5.453756, 100.419691

Restoran MDI Idaman Sungai Dua, Gelugor Pulau Pinang

restoran MDI Idaman
dalam restoran MDI Idaman
 Restoran makan tenghari MDI Idaman yang terletak di Sungai Dua, Gelugor Pulau Pinang boleh la korang nak jadikan salah satu Alternatif untuk makan tengahari. Restoran ni berdekatan dengan Universiti Sains Malaysia (USM). So, Budak, budak USM memang buat port makan diorang la, bukan di MDI Idaman ni je....semua kedai/restoran makanan yang terdapat di sekitar USM memang laku keras la....Ada sat restoran yang memang famous yang aku nak terjah tu, tutup plak....tu yang datang MDI Idaman ni.... 
lauk pauk yang banyak

lauk pauk yang banyak

ni makanan tengahari aku
Ok la....korang boleh le nak cuba makan di sini. Restoran yang dekat-dekat dengan USM pintu masuk yang ada masjid USM.


Makan tengahari di Restoran Mid Gulai Kawah Sungai Dua, Pulau Pinang

Restoran Mid Gulai Kawah di Sungai Dua, Pulau Pinang menyediakan hidangan makanan tengahari dengan pelbagai lauk pilihan yang ada. Special di Mid Gulai Kawah ni, selain banyak lauk disediakan, yang menjadi tarikan utama adalah gulai kawah yang terdapat di sini. Walaupun yang aku tengok masa aku datang kat Mid Gulai Kawah ni cuma ada satu je kawah yang besar yang dalam restoran ni, ianya tetap menjadi tarikan kepada para pelanggan. Gulai kawah yang aku tengok ni, diaorang masak gulai daging.
Mid Gulai Kawah Sungai Dua, Pulau Pinang
suasana dalam restoran Mid Gulai Kawah Sungai Dua
Selain gulai kawah, mungkin satu lagi tarikan di Mid Gulai Kawah ni, adalah ikan bakar. Aku tak sempat nak usha jenis ikan bakar disini, cuma aku perasan ada keli bakar. Yang lain korang kena datang tengok sendiri. Aku datang sini, fokus aku nak try gulai kawah diorang je dan pada aku gulai kawah diorang ni memang terbaik lah...daging yang lembut, kuah pun sedap dimakan.
Gulai kawah daging

Semangkuk gulai kawah daging
Aku datang agak lewat sikit, gulai kawah dah tinggal separuh. Daging pun dah berkurangan. Tapi at least dapat juga aku merasa gulai kawah daging ni. Memang ramai orang datang ke Mid Gulai Kawah ni. Menjadi tumpuan pekerja swasta dan kerajaan sebagai port makan tengahari. Jalan depan restoran ni agak sibuk. Traffic agak banyak. Nak parking pun agak terhad di sini. Kalau parking diseberang jalan, minta korang hati-hati la nak lintas jalan tu yer.....
senarai menu dah harga Mid Gulai Kawah Sungai Dua

keli bakar

tu diaaaaa......makan tengahari aku
Kepada yang ingin mencari dan mencuba makan tengahari di Mid Gulai Kawah Sungai Dua ni, boleh la datang ke sini. Restoran ni berdekatan dengan susur keluar highway plus Sungai Dua. Keluar dari highway, kalau dari pematang pauh, ambil kanan. Korang jalan ke depan sikit, Mid Gulai Kawah ni disebelah kiri jalan. Lebih memudahkan korang, aku sertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan korang.
gps koordinat Mid Gulai Kawah Sungai Dua : 5°26'47.2"N 100°25'18.7"E

Makan mee udang di L.A. Tea Garden Sungai Dua, Pulau Pinang

Mee Udang Sungai Dua, Pulau Pinang. Kalau korang datang je ke Sungai Dua ni nak cari mee udang, bersepah restoran mee udang ada di sini. Pilih mana korang suka. Banyak yang famous-famous kat Sungai Dua ni antaranya Aziz Mee Pak Ngah, Ida Mee Udang Sungai Dua, dan ada lagi la dua tiga tempat di kawasan ni. Yang aku nak review kali ni ada mee udang di L.A. Tea Garden Sungai Dua. Landmark yang paling senang korang nak cari L.A. Tea Garden ni adalah stesen minyak Petron di mana Petron ni betul-betul bertentangan dengan dengan restoran ni dan juga bersebelahan dengan Petron...haaaa jangan konpius, sebab ada 2 stesen petron yang ada di sini. 1 di seberang jalan, 1 lagi di seberang jalan yang satu lagi. So, nampak je dua stesen minyak ni, maka korang dah dikira dah sampai di L.A. Tea Garden ni. Lagi satu nak bagitau, Aziz Mee Pak Ngah dan Ida Mee Udang pun ada berdekatan dengan stesen minyak petron ni juga.....
mee udang
Mee udang yang ada dua ekor udang yang besar. Kombinasi udang, mee dan kuah memang meletop. Tapi mahal la sikit sepinggan mee udang ni. Aku tak ingat harga tapi dalam RM20 kot sepinggan(kalau silap tolong betulkan). Selain menu special mee udang di L.A. Tea Garden ni, menu lain yang juga menjadi pilihan orang ramai adalah menu western. Ada banyak juga menu western dalam senarai menu yang aku tengok. Oleh yang demikian, aku pun order la sikit western...saja nak rasa...
chicken chop

mushroom soup, garlic bread
Lokasi secara spesifik L.A. Tea Garden ni boleh rujuk google map seperti di bawah. Restoran tepi jalan je...senang nak cari. Aku sediakan juga gps koordinat sebagai panduan untuk korang guna. InsyaAllah, guna tak sesat...hahaha
gps koordinat : 5°26'45.2"N 100°25'22.0"E

Jom makan Char Koay Teow Sungai Dua, Pulau Pinang

Kalau datang Penang, makanan yang selalu disebut-sebut selain nasi kandar, salah satunya char koay teow....antara tempat yang famous yang selalu orang cakap adalah char koay teow Sungai Dua...memang sedap char koay teow ni..sos tu yang menjadi rahsia sedap ke tak sedap char koay teow ni...Kalau tengok step nak goreng memang senang, tapi yang part sos tadi tu la yang diorang takan bagitau orang ramai....
Signboard Char Koay Teow Sungai Dua

Kisah Char Koay Teow Sungai Dua dalam Utusan Malaysia yang di"frame"kan

Ida Mee Udang Sungai Dua, Pulau Pinang

Mee udang kat sungai dua ada banyak gak..aku pernah try makan kat mee udang pak ngah sungai dua. Kedai makan Ida mee udang ni dekat sangat dengan mee udang pak ngah tu. Kalau Mee udang pak ngah bertentangan dengan stesen minyak petron, Ida mee udang ni plak, bersebelahan dengan petron yang sama. Aku penah try gak mee udang Mak Jah Kuala Sepetang, Perak. Kat tiga-tiga tempat ni aku order mee udang biasa je...nak order yang special tak mampu..aku kan papa kedana tapi selera makan tetap maintain..kahkahkah..Aku rasa udang yang paling besar antara kedai-kedai ni, kat Ida mee udang ni la yang paling besar untuk stardard mee udang biasa. Sedap arr gak aku rasa..
Ida Mee Udang Sungai Dua
Senarai menu Ida mee udang
Tempat parking pun ada disediakan bersebelahan dengan kedai ni. Ida mee udang ni start buka dari pukul 1 tengahari hingga 1 pagi dan tutup pada setiap hari Selasa.
Ok, tiba masanya aku nak share menu pilihan masa aku singgah kat sini. Aku try mee udang, nasi goreng udang dan koey teow goreng udang. Kalau korang datang sini, boleh la try menu yang special sikit. Rasanya menu special ni udang kena timbang dulu..harga ikut gram.

Aziz mee Pak Ngah - Mee Udang Sungai Dua

Mee udang sungai dua ni memang famous kat sini..Ada 2-3 kedai yang famous area ni...Untuk post kali ni aku nak share kedai Aziz mee Pak Ngah..lain kali aku gi kedai lain plak..Sungai Dua ni terletak dalam Negeri Pulau Pinang,..bukan kat Island tapi dia ni dok sebelah mainland...Kalau datang dari KL, lepas tol Juru, straight je sampai jumpa exit Sungai Dua...Traffic light sungai Dua tu, belok kanan..kedai tu betul2 bertentangan dengan stesen minyak petron. Kalau dari Kedah, lepas exit tol Sungai dua, terus ambil susur keluar sungai dua.....GPS koordinat nak datang sini, boleh pakai ni => 5°26'46.9"N 100°25'20.3"........
Aziz mee udang pak ngah view dari seberang jalan
berhadapan dengan stesen minyak petron
aziz mee udang pak ngah
Oleh sebab tengah bulan, gaji tak masuk lagi, aku tak order la mee udang...Sebab mee udang, udang kena timbang. Jadi mahal la sikit..so aku order yang biasa2 je..mee rebus, ada ada gak dia letak udang kecil dua ekor..jadi le tu, ada gak udang..hilang kempunan aku hahahahaha...Aku try gak order mee goreng kat sini..ada gak la dia letak udang..Sambil tu aku order gak sate..saja nak try sebab tengok macam sedap...tapi ada satu tempat kat bertam kalau nak cerita pasal sate yang sedap ni..pergh!!!! aku suka betul sate tu...tapi yang nanti aku cerita lain, next post bila aku pi melantak kat kedai tu nanti hihihihi....ni aku tempek gambar mee yang dah selamat landing dalam perut aku..semoga korang terliur..