1

2

3

4

Showing posts with label ayam bakar. Show all posts
Showing posts with label ayam bakar. Show all posts

Bihun soto ayam bakar

Bihun soto ayam bakar
Bihun soto ayam bakar 

Resepi Sup:
  • Tumis bawang merah bawang putih halia bunga lawang kulit kayu manis bunga cengkih dan buah pelaga
  • Masukkan air
  • Biarkan mendidih
  • Masukkan rempah sup adabi lada hitam 
  • Masukkan kaki ayam
  • Rebus sampai empuk
  • Masukkan kentang carrot daun saderi
  • Perasakan dengan cukup rasa garam aji
Resepi Ayam Bakar:
  • Perap bersama madu sos lada hitam halia bawang putih
  • Bakar di atas bara api

Suun - digoreng dalam minyak yg panas tapi buka api kecik ja takut hangit

Celur bihun 
  • Kemudian bila hidangkan masukkan bihun kuah sup kemudian baru tabur ayam bakar kacang goreng taugeh daun sup&bwg..
Sambal kicap
  • Cili api kicap bawang pth air limau gula ajinomoto.. Blender

Kredit resepi: zarazelah othman

Makan tengahari di Restoran Simpang 9 Corner, Nibong Tebal

 

Restoran Simpang 9 Corner, Nibong Tebal
 Restoran Simpang 9 Corner, Nibong Tebal

Restoran Simpang 9 Corner, Nibong Tebal
 Restoran Simpang 9 Corner, Nibong Tebal
Kalau korang ada di Nibong Tebal, Pulau Pinang, aku rekomen korang makan tengahari di Restoran 9 Corner. Kena mai awai, lambat datang, banyak lauk yang habis. Di restoran ni menu wajib yang korang kena try adalah sotong king kong bakar dan ayam percik bakar. Memang padu!πŸ‘πŸ‘πŸ‘....

Selain sotong king kong bakar dan ayam percik bakar, ada juga ikan bakar dan juga 2-3 jenis gulai. 

pelbagai jenis masakan
pelbagai jenis masakan

sotong king kong bakar
sotong king kong bakar

ayam percik bakar
ayam percik bakar
Memang sedap makan tengahari di Restoran 9 Corner ni. Kawasan parking pun disediakan. Tempat makan pun ada banyak gak la. Tapi tengahari mungkin sesak sikit sebab waktu rehat untuk orang yang bekerja.
tempat makan yang luas dan selesa
tempat makan yang luas dan selesa

kawasan parking disediakan
kawasan parking disediakan
Kepada yang nak datang ke sini, cari lah di Nibong Tebal, Pulau Pinang, restoran tepi jalan jer. Kalau nak lagi senang, korang boleh je guna gps koordinat dan google map seperti di bawah:

GPS koordinat: 5°08'52.3"N 100°28'14.6"E atau 5.147871, 100.470711


Nasi Campur Restoran Cahaya Gembira di Kulim Kedah

Restoran Cahaya Gembira pandangan tepi
Restoran Cahaya Gembira pandangan tepi

Restoran Cahaya Gembira pandangan depan
Restoran Cahaya Gembira pandangan depan
Restoran Cahaya Gembira ni terletak betul-betul di simpang tiga traffic light jalan besar iaitu Jalan Lunas. Restoran ni menyediakan hidangan nasi campur dengan pelbagai lauk pauk sebagai pilihan. Selain itu Cahaya Gembira ni juga ada menyediakan hidangan special. Apa yang special tu? Ikan bakar dan ayam bakar la...yang di bakar panas-panas di atas grill dapur arang. Tapi sedih arr... masa aku sampai dah habis ikan bakar😭😭.....
restoran pun luas dan selesa
restoran pun luas dan selesa

boleh pilih pelbagai jenis lauk
boleh pilih pelbagai jenis lauk
Tempat parking pun luas jugak la untuk para pelanggan diorang. Untuk yang first time datang, mesti korang tercari-cari mana parking. Korang boleh masuk sebelum traffic light dan juga selepas traffic light... ada jalan nak masuk ke parking Restoran Cahaya Gembira... korang slow-slow la sikit takut terlepas jalan masuk tu.
disebabkan ikan dan ayam bakar dah habis, yang ni pun jadilah
disebabkan ikan dan ayam bakar dah habis, yang ni pun jadilah
Kalau korang nak try makan di Restoran Cahaya Gembira ni, aku sertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan lokasi untuk korang.

GPS koordinat: 5°24'17.7"N 100°33'10.4"E atau 5.404920, 100.552879

Ayam bakar simple tapi sedap dan tak perlu perap

 

Ayam bakar simple tapi sedap dan tak perlu perap
Ayam bakar simple tapi sedap dan tak perlu perap

Bahan:
  • Ayam 1 ekor 
  • 3 biji Bawang merah
  • 2 biji bawang besar
  • 3-4 biji Bawang putih
  • 1/2 biji Bawang holand
  • 1 inci Halia
  • 2-3 batang Serai
  • 1 sudu Lada hitam
  • 1-2 sudu Cili boh/cili kering (kalau nk pedas lebihkan)
  • * kisar semua
  • Madu
  • Gula
  • Garam
  • Kuib pati ayam
  • Serbuk perasa
Cara-cara:
Panaskan kuali masukan minyak + butter/marjerin
Tumis semua bahan diatas, masukan bahan-bahan perasa dan agak-agak dah naik bau masukan ayam. Masak ayam dalam kuali dulu dan Balik-balik kan ayam (balik sekli dua sahaja) dan smbil tu lumurkan bahan perap ke atas ayam sampai ayam separuh masak@bila isi ayam dah kembang tutup api. Biarkan sejuk 
(Cara ni cepat dan mudah, ayam tak perlu perap. Ayam pon lembut dan cepat masak bila bakar nanti)
Boleh lah bakar dalam oven  170-180 30-40mnt.

Makan tengahari di Restoran Gulai 7 Kawah, Alor Setar, Kedah.

Recommended!....Jika anda kini berada di Alor Setar, tengah mencari-cari tempat untuk makan tengahari yang sedap dan unik, boleh la cari Restoran Gulai 7 Kawah ni. Memang kena dengan nama restoran tu sebab sajian gulai 7 kawah ni pun menang ada kat sini...siap tersusun 7 kawah dengan pelbagai jenis masakan gulai...memang terbaik la kalau korang makan gulai utara ni..cukup rasa....
Restoran Gulai 7 Kawah Alor Setar

7 kawah gulai tersedia untuk dimakan
Selain 7 kawah gulai ni, terdapat juga banyak lauk pauk yang lain yang boleh dijadikan pilihan...ada ikan bakar, ayam bakar, ulam-ulaman dan banyak lagi la ada kat sini....macam-macam adooo...kawasan makan pun agak selesa, tak lah panas sangat, cuma makan kat situ je panas-panas..hihihihi...masakan exotic macam daging rusa pun ada.....Aku nak share la sikit apa yang aku makan kat sini...aku ambil semangkuk gulai daging batang pisang, ikan keli bakar, ayam bakar, ulam-ulaman, sambal belacan.....memang sedap, menang terbaik...hagtag (#) 'aku suka'......dah macam jalan-jalan cari makan TV3 la plak aku ni..kihkihkih.....tp aku rasa JJCM TV3 ni pernah datang review kat sini....