AYAM MASAK LEMAK NEGERI SEMBILAN

ayam masak lemak
ayam masak lemak

Bahan-bahannya :
  • 1/2 ekor ayam
  • 4 biji cili hidup (2 cili padi jika mahu pedas)
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 asam keping
  • Garam
  • Gula
  • Daun limau purut atau daun kunyit
  • Santan secukupnya
  • Kentang jika suka
Cara membuatnya:
  • Kisar cili, bawang merah dan kunyit hidup. Masakkan dengan santan hingga mendidih.
  • Masukkan ayam, kacau rata. Kemudian masukkan asam keping, garam, gula dan daun limau purut.
  • Sesuaikan rasa dan kepekatan. Bolehlah diangkat dan dimakan dengan nasi panas panas.
Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment