Showing posts with label daging masak merah. Show all posts
Showing posts with label daging masak merah. Show all posts

Resepi daging masak merah

daging masak merah
daging masak merah

Bahan:
  • Daging rebus lembut, rebus sikit dgn pewarna merah. Sejukkan dan hiris nipis. Sejukkan supaya senang potong dan tak pecah pecah. 
  • Lepas tu gorengkan sikit.
  • Bawang putih ketuk
  • Cili kisar
  • Bawang kuning
  • Cili api
  • Cili merah hiris
  • Daun sup
  • Sos tiram
  • Cili sos
  • Tomato sos
  • Sos ikan
Cara-cara:
  • Tumis bawang putih sampai naik bau
  • Masuk cili kisar n tumis sampai garing
  • Masuk sos tiram, cili sos, tomato sos n renjis sikit sos ikan.
  • Masukkan bawang, cili n daun sup. Masukkan air sikit. Nak berkuah lebihkan air ok.
  • Masukkan daging n kacau sebati. Masuk garam gula n perasa sikit. Seimbangkan rasa masin manis. Pastu tutup api.
Daging merah is done!

kredit resepi: aiin mustafar

RESEPI DAGING MASAK MERAH ALA THAI

DAGING MASAK MERAH ALA THAI
DAGING MASAK MERAH ALA THAI

Bahan-bahan:
Daging secukupnya cuci bersih dan rebus hingga empuk bersama sos bawang atau boleh juga guna pewarna merah. (zie rebus 30-35 minit menggunakan api kecil) kalau air kering tambah lagi. 
Bila daging dah empuk sejukan dan hiris nipis-nipis

Bahan Tumis:
  • 2 ulas bawang putih dicincang 
  • 1 biji bawang besar dihiris tebal
  • 4 sudu besar ibu sambal,atau boleh juga guna cili boh sahaja
  • 4 sudu besar sos cili  
  • 2 sudu besar sos tomato 
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos merah bawang (jika tiada boleh guna beberapa titik pewarna merah) 
  • 1 sudu besar penuh tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
  • garam, gula, secukup rasa dan serbuk perasa jika perlu 
  • tambahan: apa-apa sayur kegemaran 
Cara-cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih masukkan daging bila hampir garing masukkan bawang besar dan semua jenis sos dan bahan berbaki satu persatu kecuali air tepung jagung dan sayur.
Setelah mendidih masukkan air tepung jagung, sayur dan air  mengikut banyak kuah yang diingini kacau sebati. siap.

Kredit resepi: Aisyah humairah(mahn)